“AHMAD DANISH HAIKAL.”
Nama
itu meniti di bibirnya seraya pandangan matanya tertancap pada wajah di
hadapannya itu.
Wajah
itu diamati.
Tak
adalah hensem mana pun. Kulit pun gelap
tapi masih dalam kategori sedap mata memandang. Rambutnya pula ditutupi dengan snow cap yang dipakainya.
Dia
masih teragak-agak untuk menghampiri pelajar lelaki itu.
Ketika
dia mendapat tahu bahawa tuan punya nama alias student repeater itu akan menjadi pasangannya untuk subjek Multimedia
Production sepanjang semester itu, dia berkeras tidak mahu. Bermacam-macam
alasan yang diberikan agar Dr. Othman atau lebih mesra dipanggil Dr. O
membenarkan dia memilih pasangannya sendiri. Namun siapalah dia untuk membantah
pensyarah yang amat dikenali dengan sikap tegasnya itu.
Kata
Dr. O, dia dikira bertuah dapat bekerjasama dengan orang yang dia tidak kenal
atau rapat kerana dia dapat mengenali orang lain dan tidak terikat dengan
kawan-kawan yang sama saja setiap semester.
Menurut
Dr. O lagi, hal ini dapat melatih dirinya bekerja dengan orang yang tidak
dikenali kerana apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan nanti, mereka tidak
boleh memilih dengan siapa mereka mahu bekerja.
Sebenarnya,
dia tidak kisah sangat bekerja dengan siapa-siapa pun asalkan orang itu okey
dan boleh buat kerja. Tapi apa yang dia dengar tentang manusia yang bernama
Ahmad Danish Haikal ini adalah sebaliknya.
Menurut
cerita yang dia dengar daripada Irwan, pelajar lelaki itu kerap tidak hadir ke
kelas. Atas sebab apa, tiada sesiapa pun yang tahu. Menurut Irwan lagi, dahulunya
Danish tidak begitu. Namun sejak semester lepas, sikapnya berubah menjadi
pendiam dan suka mengasingkan diri. Mungkin disebabkan kematian ayahnya.
Memandangkan
pelajar lelaki itu sering tidak hadir, ramai yang tidak mahu sekumpulan dengannya.
Ada atau tiada, sama saja. Akhirnya, dia terpaksa mengulang subjek tersebut
pada semester ini.
Jika
bukan kerana tugasan, Elfira juga tidak pernah terfikir untuk mencari pelajar
lelaki itu. Tambahan pula, dia bukanlah orang yang suka mengambil tahu akan
perihal orang. Habis kelas saja, dia terus balik ke asrama. Mungkin disebabkan
itulah dia tidak berapa mengenali senior-seniornya walaupun sudah lima semester
dia belajar di situ.
Mujur
salah seorang rakan sekelasnya, Irwan, mengenali Danish. Apabila Irwan
memberitahu bahawa Danish berada di kafeteria itu, dia membuat keputusan untuk
bersemuka dengan Danish.
Yalah,
jika dia tidak mengambil kesempatan itu, entah bila pula dia dapat berjumpa
dengan Danish sedangkan tarikh akhir untuk menghantar projek mereka semakin
hampir.
Dia
tidak tahu sama ada Danish mengetahui atau tidak yang mereka adalah pasangan
untuk tugasan itu kerana hingga ke hari itu, Danish tidak pernah mencarinya. Tapi
kalau difikir secara logik, macam mana Danish tu nak tahu yang mereka perlu
bekerja berpasangan jika dia selalu tak datang kelas? Jadi, nak tak nak,
terpaksalah dia menebalkan muka untuk menjejaki Danish.
Pandangan
matanya masih tertancap pada Danish yang sedang menjamah makanan seorang diri. Dia
berkira-kira sama ada dia patut menegur Danish waktu itu atau menunggu sehingga
Danish selesai makan.
Macam
mana kalau Danish memarahinya kerana mengganggunya makan?
Tapi
kalau dia lepaskan peluang ini, takut dia terlepas peluang untuk berjumpa
dengan Danish lagi.
Dalam
keadaan tertanya-tanya itu, kakinya melangkah juga menghampiri pelajar lelaki
itu.
Dia
tercegat di hadapan pelajar lelaki itu tetapi pelajar lelaki itu seolah-olah
tidak menyedari kehadirannya. Dia berasa seperti tunggul pula apabila pelajar
lelaki itu langsung tidak mengangkat muka. Nampak gayanya, terpaksalah dia
bersuara.
“Awak
ni Danish, kan?”
Mahu
tidak mahu, terpaksalah Elfira mengenepikan perasaan malunya dan memulakan
langkah dahulu. Jika tidak, sampai sudahlah tugasan mereka tidak siap. Jika
tugasan mereka tidak siap, dia juga yang susah. Tidak pasal-pasal, dia harus
mengulang subjek pada semester depan pula nanti.
Ops!
Mintak
dijauhkan!
Pelajar
lelaki yang dikenali sebagai Danish itu mengangkat muka. Entah mengapa
tiba-tiba sahaja hatinya berdebar-debar sejurus pandangan mata milik wajah tenang
itu memanah tepat ke matanya.
Pandangan mereka bertaut seketika sebelum Danish
menjawab, “Ya, saya.”
Tiba-tiba
lidahnya jadi kelu untuk berkata-kata. Dia terpesona mendengar suara itu. Namun,
pantas rasa itu dibuang jauh-jauh. Dia tidak mahu terleka.
“Saya
Elfira. Err... Dr. O ada beritahu awak apa-apa tak pasal saya?” Elfira memberitahu
namanya. Sedikit gagap. Mungkin gemuruh.
Gelengan
Danish membuatkan Elfira menarik nafas lalu dilepas kuat. Nampak gayanya,
terpaksalah dia menerangkan dari mula.
“Boleh
saya duduk sini?” Elfira meminta izin seraya menunjuk kerusi di hadapan Danish.
Takkan
dia nak bercakap sambil berdiri saja? Masaklah! Nak tunggu Danish pelawa, macam
tak saja gayanya.
Danish
cuma mengangguk sebagai isyarat memberi izin.
Melihatkan
itu, Elfira menarik kerusi lalu melabuhkan punggung. Haish. Tak pernah-pernah
dia buat muka tak malu macam ni dengan mana-mana lelaki. Kalau tahu dek mak dan
abah di kampung, boleh cair tahi telinganya mendengar tazkirah mereka.
Maafkan,
El, mak, abah. El buat ni pun sebab terpaksa!
“Awak
tahu tak yang projek akhir subjek Mutimedia Production tu kena buat secara
berpasangan?” Elfira membuka mukadimah.
Danish
menggeleng.
Isy,
asyik angguk dan geleng aje! Dah tak boleh bercakap ke? Elfira mengomel dalam
hati.
Geram
pula dia melihat sikap Danish yang berat mulut itu. Macamlah soalan yang ditanya
tadi merupakan soalan yang sulit dan tidak boleh didengari oleh orang lain. Itu
pun susah nak jawab ke?
Elfira
menerus, “Memandangkan semua budak kelas kita dah ada partner, jadi Dr. O suruh saya jadi partner awak untuk projek tu.”
Elfira
cuba membaca riak wajah Danish. Entah Danish suka atau tak berpasangan
dengannya.
Ah,
kalau Danish tak suka, dia berkali-kali ganda lagi tak suka!
“Ooo...”
Danish tetap beku seperti tadi. Langsung tiada senyuman pada wajahnya. Namun,
tidak pula bermasam muka. Biasa-biasa saja.
Oooo?
Itu saja?
Elfira
menunggu kata-kata balasan daripada Danish. Mungkin Danish ada sesuatu yang nak
dicakapkan namun setelah dua minit berlalu, Danish masih tidak bersuara dan
hanya memandangnya.
Memang
cuma ‘ooo’ saja.
“Kita
kena bincang pasal projek tu,” kata Elfira sebaik-baik saja dia teringat akan
tujuan dia menemui Danish di situ.
Kalau
nak harapkan Danish, entah sampai bila mereka akan duduk berdiam diri seperti
itu. Dari tadi Danish asyik memandangnya sampai dia naik segan.
“Okey,”
jawab Danish sepatah.
Seperti
tadi, hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulut Danish. Elfira mengeluh.
Dia sudah nampak tanda-tanda tak best
apabila bekerjasama dengan Danish nanti.
Dr.
O, saya nak tukar partner! Teriak Elfira
dalam hati.
2 ulasan:
Bleh x akak komen bab 2 nanti..
sbb bab 1 tu bab pengenalan...
t.q..
Eh, boleh saja!
Tak ada masalah :)
Catat Ulasan