Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Disember 23, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 26

Sudah hampir lima belas minit berlalu namun kedua-dua tubuh itu masih membisu. Masing-masing tidak tahu apa yang ingin diperkatakan.

“Dan, kenapa kau nak jumpa aku?” akhirnya Eisya terpaksa memulakan bicara. Jika tidak, pertemuan itu akan terus diiringi kebisuan.

“Sya… err… aku tak tahu macam mana nak mula,” Danish cuba menyusun kata. “Irwan bagi tahu aku yang kau dah clash dengan dia…” Danish diam sejenak kemudian memandang Eisya. “Betul ke kau clash dengan dia sebab aku?”

“Apalagi yang Irwan bagi tahu kau?” soal Eisya. Irwan ni memanglah. Tak boleh simpan rahsia langsung! Orang dah kata jangan bagi tahu Danish. Dia bagi tahu jugak. Siaplah kau Wan!

“Dia kata kau suka kat aku. Betul ke?”

Eisya diam. Apalah gunanya kau tahu sekarang? Semuanya sudah terlambat. Pintu hati aku dah tertutup. Sudah tak ada cinta untukmu lagi…

“Sya…”

Eisya mengangkat muka menentang mata Danish.

“Yup! Aku mengaku aku memang suka kat kau.”

Danish lega mendengar pengakuan Eisya. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Kalaulah dia menyedari perkara itu dengan lebih awal, sudah tentu dia dan Eisya sudah dibuai bahagia sekarang.

“Sya, sebenarnya aku pun sukakan kau. Apa kata kita ...”

“Kalau dulu kau bagi tahu aku, mungkin aku akan jawab ya. Tapi sekarang rasa tu dah tak ada,” Eisya yang sudah dapat mengagak apa yang akan diperkatakan oleh Danish memotong ayatnya.

“Sya, berilah aku peluang sekali lagi,” rayu Danish. Kalau dia tahu Eisya juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya, pasti dia tidak akan teragak-agak meluahkan perasaannya dulu.

“Dah terlambat, Dan… Aku dah tak nak fikirkan pasal benda ni lagi. Sekarang aku nak concentrate pada study aku. Cukuplah aku membuang masa beberapa bulan ni. Aku dah serik. Aku tak nak kecewakan mak ayah aku. Aku minta maaf, Dan…” luah Eisya.

Betul ke tindakan aku ni? Aku terlalu ikut perasaan ke? Adakah aku pasti yang aku takkan menyesal? Pasti! Keputusan aku muktamad. Aku takkan berganjak.

Tiada ulasan: