Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, April 06, 2009

Cinta Yang Aku Mahu 36

Sorry, lambat. Dah lama tunggu?” dia terkoco-koco mendapatkan temannya yang sedang menunggu di restoran Mc’ Donald di Megamall Kuantan.

“Kau rasa setengah jam tu lama tak?” soalan si teman dibalas dengan soalan juga.

Sorry. Aku pergi jemput sepupu aku ni tadi. Dia baru sampai dari Medan. Kenalkan Ruri. Ruri, Eisya,” Syella memperkenalkan sepupunya kepada Eisya.

Eisya tersenyum tanda menyapa namun hanya dipandang sepi oleh sepupu Syella. Berlagaknya! Ingat aku heran sangat dengan kau? Biasalah lelaki. Kalau jumpa pompuan cantik saja baru nak pandang. Boleh jalanlah!

“Nak nugget?” Eisya mempelawa makanannya. Syella mengambil seketul nugget sementara Ruri cuma menggeleng tidak mahu.

Best pulak. Eh, aku pergi order kejaplah. Ri, kamu mahu?” Syella bertanya kepada Ruri.

Enggak mahu ah,” ujar Ruri sambil jari-jemarinya sibuk menekan-nekan punat telefon bimbitnya.

“Syel, aku ikut kau,” Eisya berasa kurang selesa jika ditinggalkan sendirian bersama Ruri. Dia memang lambat mesra dengan orang. Kalau orang yang bersamanya pun bersikap dingin dengannya, lagilah dia tak selesa.

“Eh, tak apalah. Kau duduk dengan Ruri. Sembang-sembang ya,” Syella tersenyum penuh makna.

Hisy... Syella ni. Kenapalah dia tinggalkan aku dengan budak ni? Macam sombong aja. Senyum tak, nak borak lagilah! Eisya memandang Ruri. Dari tadi Ruri asyik dengan telefon bimbitnya. Langsung tidak menghiraukan kehadirannya. Buruk sangat ke aku ni sampai dia tak nak pandang aku langsung? Main SMS dengan girlfriendlah tu. Ah, lantak dialah! Tak ada kena-mengena dengan aku.

Sebenarnya Eisya berharap sangat dapat berbual-bual dengan Ruri tetapi dia tidak tahu macam mana nak mula memandangkan Ruri pun seperti tidak berminat nak bersembang dengannya. Rasa macam tunggul saja. Sudahnya masing-masing terus membisu sehinggalah Syella kembali bersama makanannya.

“Hai, kenapa diam aja ni?” suara Syella memecah kebisuan antara mereka. “Ri, udahlah. Dari tadi kamu dengan handphone terus,” Syella menegur sepupunya. Rimas pula dia melihat gelagat Ruri.

Ruri adalah anak kepada kakak ibu Syella. Ibu dan bapa Ruri menghantarnya ke Malaysia kerana mereka mahu Ruri mengubah sikapnya yang liar. Memandangkan sekarang cuti sekolah di Indonesia, maka mereka rasa inilah waktu terbaik untuk menghantar Ruri ke sini. Mereka mahu menjauhkan Ruri daripada kawan-kawannya yang dirasakan membawa pengaruh negatif kepada Ruri.

Pada mulanya Ruri enggan menurut kata-kata ibu dan bapanya. Lebih-lebih lagi dia tidak mahu berpisah dengan teman wanitanya yang juga berada di Medan. Namun ketegasan ibu dan bapanya membuatkannya terpaksa akur. Anggap sajalah dia sedang bercuti. Bukan lama pun. Sebulan saja. Fikir Ruri. Tetapi kejauhan itu membuatkannya merindui teman wanitanya.

Dia takut lelaki lain mengambil kesempatan ketika ketiadaannya untuk mendekati teman wanitanya. Maklum saja, teman wanitanya cantik dan menjadi pujaan ramai. Walaupun teman wanitanya memberi jaminan yang dia takkan berubah hati tapi siapa tahu? Hubungan jarak jauh ni memang banyak dugaannya. Lantaran itu, Ruri tidak henti-henti bermain SMS dengan teman wanitanya sejak dia tiba di Kuala Lumpur tadi dan sekarang di Kuantan.

Kalau diikutkan, ini bukanlah kali pertama dia ke Malaysia. Ketika kecil dulu, dia pernah datang bersama ibu bapanya melawat Syella sekeluarga di situ. Tapi pastilah keadaannya dulu dan sekarang sudah banyak berubah. Namun Ruri adalah seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan suasana baru. Campak saja dia ke mana-mana, pandailah dia nak hidup.

So, lepas ni kau nak balik ke apa?” tanya Eisya. Semalam dia dan Syella sudah berjanji untuk menonton wayang hari ini tetapi tiba-tiba ibu Syella menyuruh Syella menjemput Ruri di terminal bas memandangkan ayahnya ada hal dan tidak dapat menjemput Ruri.

“Tengok wayanglah. Kan semalam kita dan plan,” balas Syella.

“Ruri macam mana?” Eisya memandang Ruri. Lelaki itu masih asyik dengan telefon bimbitnya. Tidak mengendahkan perbualannya dan Syella.

“Dia ikut sekalilah,” ujar Syella. Takkan dia nak tinggalkan Ruri sendirian. Nak hantar Ruri ke kedai maknya bimbang Ruri akan kebosanan. Nak hantar Ruri ke rumah terasa malaslah pulak. Jalan Cenderawasih tu bukannya dekat. Mahu dekat setengah jam memandu. Pergi balik pasti mengambil masa satu jam!

“Dia tak penat ke? Dia kan baru sampai dari Medan,” Eisya kurang bersetuju dengan cadangan Syella.

“Ri, kamu mahu ikut kita nonton wayang?” Syella bertanya kepada Ruri sambil diperhati oleh Eisya.

Dalam hati, Eisya berharap agar Ruri tidak mahu mengikut mereka. Dia akan berasa kurang selesa jika Ruri ada bersama mereka. Dia tidak dapat menjadi diri sendiri. Jika kebiasaannya dia banyak bercerita dengan Syella ketika mereka keluar bersama namun kehadiran Ruri membuatkannya jadi segan dan pendiam.

“Filem apa?” tanya Ruri sekadar berbasa basi.

“Upin Ipin.”

“Hah? Filem apa tu?” Ruri tercengang. Dia tidak pernah mendengar tajuk filem itu.

“Cerita animasi 3D Malaysia. Mahu enggak?”

Ruri diam seketika. Boleh juga tapi teman Syella ini seperti tidak suka dengan aku. Dari tadi dia diam saja sampai aku pun tak tahu nak cakap apa dengannya.

“Boleh juga.”

Ternyata jawapan itu menghampakan Eisya.


**********


Selepas menonton wayang, mereka bertiga singgah di sebuah gerai ekoran Ruri mengadu lapar kerana tidak makan tengah hari tadi. Ketika makan, Syella dan Ruri rancak berbual tentang perihal keluarga mereka sementara Eisya hanya mendengar. Kali ini Ruri tidak lagi sibuk dengan telefon bimbitnya seperti siang tadi. Sesekali Syella dan Ruri ketawa apabila ada cerita yang lucu.

”Aku nak pergi tandas kejap,” Syella segera berlalu tanpa sempat Eisya bertanya apa-apa.

Hisy.... Syella ni. Suka sangat tinggalkan aku berdua dengan Ruri ni. Seperti siang tadi, tiba-tiba suasana sunyi menyelubungi mereka apabila ditinggalkan berdua. Masing-masing tidak tahu macam mana hendak memulakan perbualan.

“Bang, boleh beri saya air putih?” Ruri menyapa seorang pekerja gerai yang melintasi meja mereka.

“Air putih?” pekerja itu berkerut. ”Air susu?”

“Bukan. Air putih,” Ruri mengulangi ayatnya.

“Air masak,” Eisya yang tadinya cuma memerhati mencelah.

“O...air masak,” pekerja itu mula mengerti. “Sekejap ya.”

“Terima kasih,” balas Eisya ramah.

Ruri memandang Eisya.

“Kamu faham bahasa Indonesia?” soalnya.

“Sikit-sikitlah,” balas Eisya.

“Belajar dari mana?”

Pacar gue,” ujar Eisya dengan gaya bahasa Indonesia.

Pacar kamu orang Indonesia? Wilayah mana?” Tanya Ruri penuh minat. Dia tidak menyangka Eisya bercinta dengan orang kampungnya.

“Jodja.”

“Owh…”

Eisya tergelak melihat muka Ruri yang mempercayainya tanpa ragu.

“Apa yang lucu?” Ruri kehairanan.

“Saya main-main ajalah. Saya mana ada pacar Indonesia.”

Jangan kata Indonesia, pakwe Malaysia pun aku tak ada.

“Hah?”

Pacar yang saya maksudkan tadi Sheila on 7.”

“Owh...jadi kamu mainin aku?”

Canda kok.”

Akhirnya mereka sama-sama tertawa. Namun, deringan telefon bimbit Eisya mematikan tawa mereka.

Sorry...” Eisya melihat nama di skrin telefon bimbit lalu segera menjawabnya.

“Sya!” sapa suara itu sebaik-baik sahaja telefon itu dilekapkan ke telinga.

“Apa hal?” intonasi suara Eisya berubah kasar serta-merta apabila mendengar suara itu. Entah kenapa suaranya automatik akan bertukar kasar jika bercakap dengan pemilik suara itu.

“Aku rindu gila kat kau. Saja nak dengar suara kau. Kau tengah buat apa?” Tanya si pemanggil.

“Buat apa lagi? Tengah cakap telefonlah,” balas Eisya.

“Itu aku tahulah. Maksud aku, sebelum aku telefon tadi, kau tengah buat apa?” si pemanggil mendengus geram.

“Aku tengah dating dengan seorang cowok dari Medan ni,” ujar Eisya sambil melirik ke arah Ruri. Ruri cuma tersenyum memerhatikan gelagat Eisya.

“Yalah tu,” dia tidak percaya dengan kata-kata Eisya. Eisya dating? Yalah tu. Dengan lelaki pun jarang-jarang bercakap, dating konon.

Pada awal perkenalan mereka, dia menyangka Eisya anti-lelaki memandangkan Eisya langsung tidak menegur pelajar lelaki di dalam kelas mereka tapi dengan pelajar perempuan lain pulak. Mereka jadi rapat pun sebab diletakkan dalam satu kumpulan sewaktu subjek Human Communication ketika semester satu dulu. Pensyarah mereka yang menetapkan ahli kumpulan dengan alasan mahu mereka mengenali antara satu sama lain.

Melihatkan Eisya masih tidak menegurnya walaupun mereka satu kumpulan, maka dia mengambil langkah pertama menegur Eisya dulu. Apabila sudah selalu berbual-bual, tahulah dia yang Eisya bukan anti-lelaki tetapi teramat malu dengan lelaki ekoran sudah enam tahun dia bersekolah di sekolah perempuan. Justeru, Eisya mengalami kesukaran untuk bergaul dengan lelaki ketika di sekolah menengah hinggalah sekarang. Sebab itulah Eisya tidak ramai kawan rapat lelaki.

Dan memandangkan dia berkawan baik dengan Danish, maka automatik Eisya juga baik dengan Danish. Baginya, tak susah untuk rapat dengan Eisya asalkan orang itu tahu macam mana hendak memancing Eisya bercakap. Masa mula-mula kenal Eisya dulu, dia rasa Eisya sangat pendiam tapi bila dah rapat ada-ada saja cerita yang nak dikongsinya. Lebih-lebih lagi kalau pasal muzik dan band.

“Tak percaya sudah.”

“Siapa?” Si pemanggil mula tidak senang dengan khabar itu. Betul ke Eisya tengah dating? Tapi dengan siapa? Takkan Danish kut? Tapi bukan ke Eisya sebut Medan tadi? Siapa? Hisy... Kalaulah aku boleh terbang ke sana untuk melihat jejaka mana yang terpikat dengan Eisya yang kasar dan selekeh tu...

“Sepupu Syella.”

“Biar betul? Kau berdua aja ke dengan dia?”

“Yalah, aku dengan dia aja ni...” Eisya sudah tersenyum. ”...sebab Syella pergi tandas.”

Si pemanggil mengeluh lega. Ingatkan berdua aja. Buat suspen betul. Janganlah Eisya jumpa siapa-siapa dalam cuti ni. Doanya dalam hati.

“Sya, kau ada contact Danish? Tak pun dia ada contact kau tak?” dia sengaja mengubah topik bagi mengetahui hubungan Eisya dan Danish. Manalah tahu Danish pun sedang berusaha memikat Eisya semula.

“Aku tak contact siapa-siapa pun cuti ni.”

“Kau memang. Asyik nak orang aja yang mulakan.”

Well, you know me.”

Yes, I know you very well...”

Sebab itulah aku jatuh cinta dengan kau.

“Tahu tak apa.”

“Tak apalah, Sya. Kawan aku dah sampai tu. Nanti aku SMS kau ya. Take care. Bye!”

Love you .... kata-kata terakhir itu cuma terucap dalam hatinya.

Bye.”

“Siapa? Mak kau?” tanya Syella yang baru muncul dari tandas. Dia tahu Eisya tidak dibenarkan balik lambat.

“Irwan,” jawab Eisya.

“Rajin betul dia call kau cuti ni ya. Dia cakap apa?”

“Tak ada apa. Saja katanya.”

”Tapi aku tengok macam ada apa-apa aja. Aku rasa dia masih syok kat kaulah. Kalau tak, takkanlah dia sanggup berhabis kredit call kau. Kan, Ri?”

Ruri yang tidak tahu hujung pangkal cerita tersentak apabila disoal secara tiba-tiba begitu namun dia cuma mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Syella. Eisya tersipu. Mungkin dia segan apabila hal itu didengari oleh Ruri.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"bang,boleh beri saya air putih?"
seharusnya bang boleh minta air putih.... just komen

Ilmar Imia berkata...

trima kasih! :D

Tanpa Nama berkata...

kt ktuantn prade ada rstrn mcD ke????rsnye ada kfc je

Ilmar Imia berkata...

ek? silap la tu
anyway, thx sbab tegur :D

Nemo^0^eriMo berkata...

menarik...
tp nemo xabis study lg citer ilmar...
just give me time...
hiks....

nnt2... jengah la ke blog nemo plak erk?
www.chentanemo.blogspot.com
www.erimoAnaqie87.blogspot.com

AVA berkata...

Jemput ke blog kami.

AVA berkata...

Seandainya 8 bulan sebagai proses penilaiannya - maka itu adalah terlalu panjang. Kebiasaan bagi sesebuah penerbit hanya akan menyimpan 2 - 4 minggu sahaja. Tapi memang ada penerbit yang menyimpan terlalu lama untuk proses penilaiannya. Terpulang kepada Ilmar untuk menarik semula atau tidak.