Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, Disember 10, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 17

Kelas itu riuh rendah dengan suara para penghuninya. Macam pasar borong. Macam itulah pelajar Mass Comm yang sinonim dengan tabiat banyak mulut.

Irwan menapak di kelas itu. Matanya liar mencari seseorang. Darahnya mendidih apabila melihat seorang pelajar lelaki duduk di sebelah aweknya. Irwan menghampiri pelajar lelaki itu.

“Kau buat apa ni?” Irwan tidak puas hati.

“Buat apa?” pelajar lelaki itu tidak mengerti.

“Ni tempat aku. Kau duduk tempat lain,” Irwan mengalih beg pelajar itu ke tempat duduk belakang.

“Kaulah duduk tempat lain. Aku nak duduk sebelah Eisya,” jawab pelajar lelaki itu.

“Kenapa pula? Aku tak benarkan. Tak ada siapa yang boleh duduk sebelah Eisya selain aku.”

“Sejak bila pula kau ada hak untuk tentukan siapa yang boleh duduk sebelah Eisya? Eisya ni awek kau ke?”

“Soalan yang bagus. Baik, biar aku bagi tahu kau.”

“Wan…” Eisya memandang Danish.

Apa reaksi Danish kalau dia tahu tentang perkara itu? Entah kenapa dia tidak mahu perihal dirinya dengan Irwan itu diketahui oleh Danish.

“Dengar sini semua. Untuk pengetahuan kau orang, Farisha Irwayu ni awek aku. So jangan ada sesiapa pun yang berani kacau dia,” Irwan membuat pengumuman di hadapan kelas.

Beberapa orang pelajar bersorak. Ada juga yang terkejut.

“Sejak bila?”

“Tak cakap pun!”

Danish memandang Eisya. Eisya ke gadis yang dimaksudkan oleh Irwan semalam?

“Hai, bukan main gembira lagi aku tengok kau ni. Ada apa-apa ke?” tegur Danish apabila melihat Irwan pulang dengan wajah yang ceria. Irwan melabuhkan punggung ke kerusinya yang bersebelahan dengan Danish.

“Kau tahu, budak perempuan yang aku suka tu dah terima aku,” ujar Irwan penuh gembira.

“Ya ke? Patutlah nampak bahagia,” usik Danish. “So bila kau nak kenalkan awek baru kau tu kat aku?”

“Ala…aku tak kenalkan pun, kau dah kenal dia.”

“Siapa? Budak Mass Comm juga ke?” Irwan tersengih. “Biar betul? Aku rasa semua awek Mass Comm kau dah merasa,” ujar Danish bersulam sindiran.

Memang sejak dia kenal Irwan, sudah ramai pelajar perempuan Diploma Komunikasi dan Media UiTM Arau ni yang pernah menjadi awek teman baiknya itu. Dari pelajar semester satu hinggalah pelajar semester tiga. Sayangnya tak ada satu pun yang kekal.

“Mana pula semua. Hampir-hampir aja. Tapi kali ni confirm lain. InsyaAllah yang ini yang terakhir.”

“Serius?”

“Serius,” ikrar Irwan.

Kali ini dia nekad. Mudah-mudahan inilah pelabuhan cintanya yang terakhir dan semoga ia akan tetap kekal berlabuh di hatinya.

“Kau mesti terkejut.”

Memang aku terkejut. Eisya kan bukan taste Irwan. Apa mimpi si Irwan? Adakah dia cuma nak main-main? Tapi Eisya tak membantah pun.

Danish tidak dapat menumpukan perhatian semasa pembelajaran. Penerangan Puan Shira yang mengajar subjek Perhubungan Awam hanya dipandang sepi. Entah kenapa pengakuan Irwan tadi seakan mengganggu fikirannya.

Eisya dengan Irwan? Tak mungkinlah! Entah-entah dia orang ni saja nak main-main tak? Bukannya Eisya tak tahu tentang sikap Irwan. Playboy kampus!

Entah-entah Eisya nak mintak pendapat aku pasal Irwan masa kat Alor Setar hari tu. Mesti dia nak tanya aku patut ke tak dia terima Irwan. Kenapalah aku bodoh sangat?

Selepas waktu kelas tamat, Danish tidak menunggu lama. Dia terus menghilang sebelum sempat Eisya dan Irwan sempat menyapanya.

“Danish tu nak pergi mana? Tergesa-gesa aja,” Eisya bertanya kepada Irwan.

“Entah. Dia tak cakap apa-apa pun. Jom!”

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cepatler sambung cite nie...
^fina^