Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Mac 23, 2009

Cinta Yang Aku Mahu 35

Irwan tersenyum sendiri sambil membelek kiriman SMS di telefon bimbitnya. Perlakuannya itu diperhati oleh si ibu.

“Hai, senyum sorang-sorang ni, sakit angau ke?” si ibu mengambil tempat di sisinya.

“Eh, mama,” Irwan bangkit dari pembaringannya.

Irwan anak tunggal dan disebabkan itu dia sangat rapat dengan kedua-dua orang tuanya sampaikan semua perkara pun dia cerita kepada mereka.

“Mama heranlah. Hari ni kan hari minggu. Irwan tak keluar ke? Biasanya hari minggu macam ni susah benar mama dan abah nak jumpa Irwan.”

“Mama tak suka Irwan duduk rumah ke?” tanya Irwan sekadar bergurau.

“Bukan itu maksud mama. Cuma mama heran.”

“Nak keluar macam mana? Awek jauh. SMS ajalah untuk ubat rindu.”

“Yalah tu. Bukan ke awek Irwan bersepah kat KL ni?”

“Tapi semua tu tak sama dengan yang satu ni.”

“Owh… maknanya Irwan dah jumpalah the perfect match?”

Irwan tersengih.

“Bila nak bawak budak tu jumpa mama dan abah?”

“Kalau boleh, sekarang ni jugak Irwan nak mintak mama dan abah masuk minang dia.”

“Ewah ewah. Belajar tak habis, kerja pun belum. Nak bagi anak orang makan apa?”

“Irwan bukan apa, ma. Irwan cuma tak nak dia jadi milik orang lain. Irwan betul-betul suka kat dia tapi dia suka kat kawan Irwan.”

“Kalau Irwan dah tahu yang dia suka kat orang lain, habis, Irwan ingat kalau mama dan abah pergi pinang dia sekarang, dia nak terima Irwan ke?”

“Irwan cakap kalau... hehe.”

“Erm....Kalau jodoh tak ke mana.”

“Ma, mama nak menantu yang macam mana? Yang cantik? Yang pandai bergaya? Yang sopan santun? Ataupun yang hebat memasak?” Irwan cuba menyelidik ciri-ciri menantu yang diidamkan oleh ibunya. Manalah tahu kalau-kalau ibunya tidak berkenan dengan pilihannya nanti.

“Mama tak kisah asalkan anak mama ni bahagia. Tapi kalau pompuan pilihan Irwan tu ada ciri-ciri yang Irwan sebut tadi lagi bagus.”

“Sayangnya ma, semua ciri tu tak ada kat dia. Dia tu selekeh, tak pandai mekap, kasar, masak lagilah hampeh.”

Selama mengenali Eisya, Irwan sudah tahu semua perangai buruk Eisya. Eisya sendiri yang mengaku yang dia tak pandai masak.

“Asyik lauk yang sama aja. Bosan aku,” rungut Irwan pada suatu hari ketika mereka makan di dewan makan asrama. “Kalau dapat makan masakan rumah kan best. Kalau dapat makan nasi putih dengan tomyam dan telur dadar best ni. Sya, kau masakkan untuk aku.”

“Nak masak ceruk mana? Lagipun, aku mana tahu masak,” balas Eisya jujur.

“Kau tipu. Kau sengaja tak nak masakkan untuk aku kan?” Irwan tidak percaya. Dia tahu Eisya sengaja tidak mahu memasak untuknya.

“Laa...tak percaya pulak. Lagipun kenapa pulak aku yang kena masak untuk kau? Girlfriend kau kan ada. Kau suruhlah dia masak untuk kau.”

“Ala...aku nak rasa air tangan kau.”

“Owh...cakaplah awal-awal. Kalau nak rasa air tangan aku senang aja. Biar aku pergi basuh tangan jap. Lepas tu aku tuskan dalam cawan, kau minum ya.”

“Loyar buruklah kau ni. Orang nak bermanja pun tak boleh.”

“Tak kuasa aku nak manjakan kau. Dah ada girlfriend tu, manja ajalah dengan girlfriend. Sibuk nak manja dengan orang pulak.”

Eisya juga kuat tidur...

“Sya, kau buat apa?” Irwan menelefon Eisya pada suatu pagi. Mendengarkan suara Eisya yang ‘seksi’ itu dia sudah dapat mengagak yang Eisya masih diselubungi mimpi. “Woi, tidur lagi ke? Dah pukul berapa ni? Anak dara apa ni? Nanti dah kahwin macam mana?”

“Bisinglah kau. Bukannya aku kahwin dengan kau pun,” marah Eisya apabila tidurnya diganggu saat dia sedang lena dibuai mimpi. Eisya memang takkan bangun selagi jarum jam belum menunjukkan pukul 1 tengah hari. Tapi bila ada kelas pagi, tahu pulak dia bangun awal.

Selain tak pandai memasak dan kuat tidur, Eisya juga jenis yang tidak kisah tentang penampilan diri...

“Wei, Sya. Kau ni nak pergi kelas ke ataupun nak pergi jamban?” tegur Irwan apabila melihat Eisya hanya berselipar ke kelas.

“Dua-dua sekali. Dalam kelas tu kan sejuk. So kalau nak pergi jamban nanti pun senang,” balas Eisya selamba.

“Kau ni kan, dari semester satu sampai dah semester tiga ni, tak pernahnya nak berubah. Cubalah pakai elok-elok sikit,” Irwan sudah mula membebel. Tak pernah dia jumpa pompuan yang selekeh macam Eisya. Pompuan lain punyalah berdandan dan bergaya habis, si Eisya ni pulak selamba badak aja pakai selipar ke kelas. Kalau selipar cantik bolehlah terima lagi. Ini selipar Jepun!

Eisya pula akan pura-pura tidak mendengar setiap kali Irwan membebel tentang penampilannya. Dia juga tidak kisah jika ada orang yang mengutuk caranya berpakaian. Baginya, dia selesa begitu dan dia belum ada rasa mahu berubah.

So apa yang buat Irwan terpikat kat dia?” tanya si ibu lagi.

“Entah,“ Irwan menjungkit bahu. “Yang Irwan tahu, Irwan selalu rasa nak dengan dia. Kalau ada apa-apa dialah orang pertama yang Irwan cari. Apa-apa pun pasal Irwan, Irwan nak dia tahu. Mama nak tahu, ada suatu hari tu Irwan demam. Dia masuk hostel Irwan semata-mata nak suruh Irwan pergi klinik.”

“Biar betul?” si ibu terlopong mendengar cerita si anak. Berani sungguh budak tu. Mesti bukan calang-calang orang.

“Iya, ma.”

“Lepas tu, apa jadi?”

“Terpaksalah Irwan ikut.”

”Baguslah. Mama pun suka jugak kalau dapat menantu macam tu. So bila Irwan sakit nanti, senanglah kerja mama,” ujar si ibu yang faham benar dengan sikap anaknya yang tidak suka ke klinik itu.

Sebenarnya Irwan bukan takut nak pergi klinik ataupun berjumpa dengan doktor tapi dia tak suka makan ubat pil. Bukan tak suka tapi sebenarnya dia tak pandai makan ubat pil! Jadi, daripada membiarkan ubat tu membazir tidak terusik, dia lebih rela tidak ke klinik. Biar dipaksa ataupun diugut, Irwan tetap takkan makan ubat yang diberikan oleh doktor. Kalau nak dia makan ubat tu jugak, terpaksalah si ibu mencairkan ubat itu terlebih dahulu.

“Tiba-tiba mama rasa teringin nak jumpa budak tu.”

“Mama tak kisah ke kalau dia tak cantik, tak pandai mekap, selekeh, kasar dan tak pandai masak?”

“Tu semua tak penting. Yang penting, dia sayangkan anak mama ni dan hormat mama dan abah. Yang lain-lain tu boleh belajar perlahan-lahan.”

“Mama doakanlah mudah-mudahan terbuka hati dia untuk terima Irwan.”

InsyaAllah, mama memang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mama.”

Thanks, ma.”

Tiba-tiba telefon bimbit Irwan berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

“Dia ke?” usik si ibu.

“Bukan. Kawan Irwan masa kat MRSM dulu,” Irwan melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Nak tunggu Eisya telefon alamatnya macam nak tunggu Hujan Gula-gula macam novel Miz Mia tulah jawabnya.

Eh, Irwan tak suka baca novel. Dia tahu pasal novel tu pun sebab Eisya. Ada suatu hari tu, dia ikut Eisya ke kedai buku. Bila tengok tajuk novel tu ada perkataan 'hujan', Eisya terus capai buku tu. Hujan tu kan band favourite Eisya.

So, dia yang malas membaca ni cuma mengetahui jalan cerita novel tu daripada Eisya. Menurut Eisya, Hujan Gula-gula tu samalah macam nak tunggu kucing bertanduk ataupun Menunggu Bulan Jatuh ke Riba. Pendek kata, perkara yang mustahil akan berlaku.

“Tak apalah, mama ke dapur dulu. Irwan nak makan apa tengah hari ni?”

“Irwan nak lauk tomyam dengan telur dadar boleh tak, ma?”

“Untuk Irwan, mestilah boleh. Mama ke dapur dulu.”

Irwan menjawab panggilan telefonnya sejurus ibunya beredar ke dapur untuk memasak makanan tengah hari.

“Hah, kau. Apa cerita?”

“Hampeh kau! Balik cuti tak bagi tahu aku,” suara di hujung talian menyapa gegendang telinganya.

“Haha... saja aku nak lepak rumah dulu.”

“Yalah tu. Macamlah aku tak kenal kau. Kau tu mana pernah lepak rumah. Lepak jom?”

“Mana?”

“Tempat biasalah.”

“Boleh ja tapi bukan hari nilah. Hari ni aku tak rasa nak keluarlah. Lagipun mak aku nak masak special untuk aku.”

“Kalau macam tu, besoklah.”

“Okey, aku jumpa kau kat sana.”

Allright. So, aku jumpa kau besok.”

“Okey!”




*Thanks to Aina (PJ) & Fiza (Shah Alam) sebab bagi pinjam laptop di hujung minggu :D

4 ulasan:

bidadari cinta berkata...

haha..biar betul g kelas pakai selipar jepun??mmg selekeh tul la..haha...

alkene87 berkata...

besh..besh..
cepat2 sambung
tak sabar nak tau ending
eisya pilih irwan ke saufi?
harap2 ar irwan..
cute sgt irwan ngn eisya
bila lawan ckp..hehe
ntah2 saufi kwn irwan mase mrsm kot
jeng!jeng!
xnak irwan frust lg
sedih sgt bile irwan
dpt tau yg eisya ada ati kat danish..
ish, bile ar irwan nak confess
kat eisya psl perasaan die.?

sOfEa_95 berkata...

hohoho...
best lerrr,he3.

Anis Mohd berkata...

selekeh ke kalo g kelas pakai selipar jamban ?
anis slalu je buat ..