Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Disember 09, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 15

“Dia cakap macam tu?” soal Fauziah apabila dia dan Eisya berada di bilik asrama mereka.

Eisya mengangguk.

“Memang slowlah mamat tu.”

“Ala…Sya susah-susah sangat kau terima ajalah si Irwan tu. Irwan tu okey apa,” Syella yang sudah mengetahui akan dilema Eisya itu bersuara sambil sibuk menghias diri di cermin.

Eisya dan Fauziah menoleh ke arah Syella.

“Eh, Syella! Kau wangi-wangi ni nak pergi mana? Bukan ke kau baru aja clash dengan Fazren?” Eisya seolah-olah terlupa akan perihal Irwan dan Danish.

Tadi aku ajak tengok wayang kata ada date. Ingatkan pagi tadi datenya. Rupanya malam.
“Siapa cakap aku nak keluar dengan Fazren? Aku nak keluar dengan Islah,” balas Syella.

“Is? Is mana?” Eisya cuba mengingati nama-nama coursematenya. Setahu aku, batch aku tak ada nama Is. “Budak Mass Comm ke?”

“Taklah. Is tu budak engin,” ujar Syella.

“Budak engin? Macam mana kau boleh kenal dengan dia?” Eisya masih menyiasat perihal boyfriend baru Syella.

Eisya tahu bukan urusannya dengan siapa Syella nak berkawan. Tetapi jika terjadi apa-apa kepada Syella, apa yang harus dijawabnya kepada ibu bapa Syella yang sudah mengamanahkannya menjaga Syella?

Belum sempat Syella menjawab, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Syella mencapai telefon bimbitnya.

Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Pantas dia menjawab panggilan itu tanpa mengendahkan Eisya dan Fauziah yang masih memerhati dirinya.

“Is dah ada kat bawahlah. Aku pergi dulu ya,” Syella mencapai beg tangannya.
Namun sebelum berlalu, Syella sempat berpesan kepada Eisya,

“By the way, I’m still choose Irwan. Bye!”

“Bertuah aku tengok kawan kau tu,” ujar Fauziah apabila bayang Syella hilang dari pandangan mereka.

Eisya memandang Fauziah tidak mengerti. Apa yang bertuah?

“Semalam clash dengan A, hari ni keluar dengan B. Esok clash dengan B, lusa keluar dengan C. Senangnya hidup dia. Satu pergi, datanglah pulak satu lagi,” Fauziah menjawab persoalan yang bermain di benak Eisya.

“Biasalah. Orang cantik,” tiba-tiba Eisya teringat akan peristiwa ketika dia sekolah menengah dulu.

Dulu kat sekolah pun macam tu. Budak-budak laki semua minat kat Syella. Tak ada sorang pun yang minat kat aku. Saufi pun minat kat dia. Kenapa orang yang aku suka mesti suka kat Syella? Sekarang kat kolej pun Syella still ramai peminat.

“Oi…Fikir apa?” Fauziah menyiku lengan Eisya.

“Tak ada apa,” Eisya berlagak biasa.

“Sya, kau percaya tak cinta tu mampu mempengaruhi hidup seseorang? Kerana cinta manusia mampu melawan segala kesusahan dan rintangan. Kerana cinta juga manusia menjadi leka dan lalai. Kau nak yang mana satu?” soal Fauziah.

“Kau nak yang mana satu?” Eisya mengajukan soalan itu kepada Fauziah kembali.

“Mestilah yang pertama,” jawab Fauziah.

“Dengan siapa?”

“Dengan….” Fauziah mula sedar dirinya diperangkap. “Kau nak kenakan aku ya? Dahlah. Malas aku nak layan kau. Dah pukul berapa ni? Aku tak sembahyang Asar lagi ni. Sebelum dapat cinta manusia lebih baik dapatkan cinta Allah dulu,” Fauziah berlalu ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.

Eisya kembali memikirkan perkara yang menyelubungi fikirannya. Irwan ke Danish? Eisya melepaskan keluhan.

Ah, buat apa aku sibuk fikirkan benda ni? Baik aku dengar Hujan aku. Eisya mencapai pemain mp3nya lalu memainkan lagu Hujan.

Tiada ulasan: