Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 1

“Dia tinggalkan kau? Padanlah dengan muka kau,” ujar Eisya. Sedikit pun tak ada rasa simpati terhadap temannya itu.

“Kau ni tak kesian langsung kat aku. Aku kan baru putus cinta ni,” Irwan seakan merajuk. Apa punya kawanlah. Bukannya nak pujuk. Lagi nak menambah sakit hati aku.

“Yalah tu. Macamlah aku tak kenal perangai kau tu? Hari ni kata frust. Esok bila dah jumpa awek baru mula lupa awek lama. Sudahlah Wan. Bila kau nak berhenti buat benda tak berfaedah ni?” Eisya masak benar dengan perangai temannya yang seorang itu.

Dia sudah muak mendengar kisah-kisah cinta Irwan yang selalu terputus di tengah jalan. Setiap kali putus cinta, mesti dia yang jadi tempat Irwan mengadu. Eisya sendiri tak tahu kenapa dia yang dicari oleh Irwan untuk mengadu sedangkan bercinta pun dia tak pernah apatah lagi nak bagi kaunseling tentang cinta pada orang.

“Apa pula tak berfaedah? Inilah masanya aku nak cari awek. Untung boleh buat bini,” balas Irwan. Masa belajar nilah nak cari calon.

“Nak buat bini konon. Orang kalau nak buat bini, carilah yang bijak, sopan santun, lemah lembut. Ini tidak. Asal cantik aja, kau sapu. Macam mana nak kekal?” sindir Eisya. Eisya juga mengenali kekasih-kekasih Irwan jadi dia sudah tahu macam mana ciri-ciri perempuan yang digilai Irwan.

“Aku cuma nak cari yang perfect aja,” ujar Irwan membela diri.

“Hello…kau ingat kau perfect sangat ke? Orang kata jangan harapkan perempuan secantik Zulaikha kalau diri tak setampan Nabi Yusof,” Eisya mula berceramah. Diri sendiri tak seberapa tapi ada hati nak tackle awek persis Siti Nurhaliza, Fasha Sandha, Raja Farah, Linda Hashim dan yang seangkatan dengannya.

“Bukan ke orang kata pasangan kita tu kena bertentangan dengan diri kita untuk melengkapkan sesuatu hubungan tu. Sebab aku tahu aku tak baiklah aku kena cari perempuan yang baik. Barulah seimbang kan?” Irwan masih tidak mahu mengalah.

“Whatever…” Eisya sudah malas hendak melayan Irwan. Orang bagi nasihat bukannya nak hargai. Menjawab pulak! Jam di tangan kirinya dilihat. “Wei, dah nak pukul satu ni. Kau tak pergi sembahyang Jumaat ke?”

“Eh, hari ni hari Jumaat ke?” soal Irwan. Bukan hari Khamis ke?

“Buat-buat lupalah tu,” marah Eisya.

“Yalah. Kejap lagi aku pergilah,” Irwan tahu Eisya amat menitikberatkan soal sembahyang. Eisya kan ustazah!

“Kejap lagi tu bila?”

“Kejap lagilah. Surau kan kat depan tu aja.”

“Memanglah surau tu dekat aja. Tapi takkan kau nak pergi sembahyang macam ni?”

Irwan melihat dirinya yang hanya berseluar jeans dan berbaju T.

“Apa salahnya? Barulah rock!”

“Haa…yalah. Memang rock.”

“Yalah. Aku tahu. Kau ni macam awek aku pulak. Awek aku pun tak bising.”

“Kau ada awek ke?” sindir Eisya.

“Dululah,” Irwan kembali buat muka sedih.

“Kita sebagai umat Islam kenalah saling mengingati. Kalau aku tak tegur nanti dikira bersubahat. Aku tak nak bersubahat. Berdosa namanya,” Eisya berlagak serius.

“Yalah, Ustazah Farisha. Aku pergi sekarang. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam,” Eisya tersenyum melihat Irwan. Minumannya dihabiskan lalu dia bangkit menuju ke asrama perempuan.

Dalam perjalanan ke asramanya, Irwan berselisih dengan sekumpulan pelajar perempuan. Matanya terpana apabila terlihat salah seorang gadis di dalam kumpulan pelajar itu. Fulamak! Cantiknya. Irwan terpesona melihat kecantikan gadis itu.

Tak lama kemudian, kedengaran azan Zohor berkumandang. Para Muslimin sudah berpusu-pusu ke masjid ketika Eisya menapak di asramanya.

Pintu bilik nombor 225 itu dikuak. Eisya merebahkan diri ke katilnya. Tak sampai beberapa saat, dia terlena.

Tiada ulasan: