Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, Disember 17, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 20

“Irwan putuskan hubungan dengan kau supaya kau boleh bersama Danish?” Fauziah seakan tidak percaya apabila mendengar cerita Eisya pada keesokan paginya. Eisya menggangguk. “Tak sangka ada lagi laki yang baik hati macam Irwan tu.”

“Aku pun tak sangka dia sebaik itu,” luah Eisya.

“Habis kau nak buat apa sekarang? Kau nak berterus-terang dengan Danish?” soal Fauziah.

“Aku pun tak tahu. Aku rasa bersalah pula pada Irwan.”

“Kita ni kan manusia biasa. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.”

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Eisya dan Fauziah melihat ke pintu. Syella muncul di muka pintu.

“Sya, Gee, petang ni aku tak pergi makan tau. Aku makan kat luar,” ujar Syella.

“Kau nak keluar ke? Dengan siapa?” soal Eisya. Jangan cakap Danish!

“Dengan Danish,” jawab Syella.

Eisya terkedu mendengar nama itu. Hai, semalam dah keluar hari ni keluar lagi? Hubungan dia orang betul-betul dah serius ke?

“Erm…kau tak kisahkan?” soal Syella. Dia tahu Eisya pernah menyimpan perasaan pada Danish dulu. Tapi memandangkan sekarang Eisya dah ada Irwan jadi tak salah rasanya kalau dia bersama Danish.

“Tak adalah. Buat apa aku nak kisah. Aku bukannya ada apa-apa dengan dia pun,” Eisya menyembunyikan perasaan sebenarnya.

“Betul ke? Baguslah. K, aku pergi dulu,” Syella berlalu dengan senang hati.

“Betul ke kau tak kisah?” Fauziah menyoal Eisya.

“Mestilah aku kisah. Dalam banyak-banyak lelaki kat kolej ni kenapa Danish?” ujar Eisya. Di hadapan semua orang dia boleh berlakon. Tapi tidak pada Fauziah.

“Ala…rilekslah. Mungkin dia orang cuma makan-makan aja. Lagipun belum tentu lagi Danish tu syok kat Syella kan?” Fauziah cuba menyedapkan hati temannya itu.

“Cuba kau cakap kat aku lelaki mana yang tak syok kat Syella tu?” soal Eisya.

“Irwan!” pantas Fauziah menjawab.

“Irwan tu lain taste dia.”

“Haa…tahu pun. Lain padang lain belalang. Lain lubuk lain ikan kan?”

“Apa yang kau merepek ni?”

“Lain orang, lain citarasanya. Dahlah. Tak payah fikir-fikir. Jom teman aku pergi koperasi,” Fauziah bangkit untuk bersiap. Tudung putih yang disangkut di kerusi dicapai dan dipakai di kepalanya.

“Buat apa?”

“Beli maggi. Maggi aku dah habis.”

“Tapi aku tak mandi lagi.”

“Tak payah mandilah. Orang bukan tahu pun,” balas Fauziah. Sengaja dia tidak mahu Eisya mandi. Bukan dia tak tahu tabiat Eisya yang suka mandi lama tu.

“Kalau dah bau semerbak masakan orang tak tahu? Tunggu aku mandi kejap,” Eisya bangkit dari katil lalu mencapai perkakas mandinya dan mengatur langkah ke bilik mandi.

“Kejap aja tau. Lima minit aja!” jerit Fauziah.

Tiada ulasan: