Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, September 04, 2009

Hujan Raya

“Ala... bolehlah, ma, bah,” Krisya Norsabrina merengek persis kanak-kanak kecil yang memberontak akibat keinginannya tidak dituruti.

“Rina, jangan hendak mengada-ngada. Kalau jadi apa-apa nanti bukankah susah? Rina itu anak dara. Bahaya tinggal seorang diri di rumah. Lagipun, jiran-jiran kita sudah ramai yang pulang ke kampung,” balas Encik Khalid. Cadangan Krisya Norsabrina itu langsung tidak masuk akal!

“Tapi bukankah Rina sudah besar? Sudah 17 tahun,” Krisya Norsabrina masih berdegil. Enggan tunduk pada kehendak kedua-dua ibu bapanya itu. Mama dan abah selalu tidak percayakan aku. Aku tahulah jaga diri. Mereka ingat aku ini budak kecik lagi ke?

“Abah kata tidak boleh, tidak boleh!” Encik Khalid mula meninggi suara. Walaupun Krisya Norsabrina satu-satunya anak mereka, tetapi dia dan isterinya tidak mahu terlalu memanjakannya. Bimbang sekiranya Krisya Norsabrina menjadi besar kepala jika semua kemahuannya dipenuhi. Sekali-sekala kemahuan Krisya Norsabrina harus dihampakan supaya dia tahu bukan semua benda dia akan dapat.

Mendengarkan itu, Krisya Norsabrina terus menarik muncung lalu bingkas berlalu ke kamar tidurnya. Dia tahu mama dan abahnya pasti tidak sampai hati membiarkannya merajuk lama-lama. Dia yakin tidak sampai lima minit, pasti mamanya akan menjenguknya di bilik dan memujuknya seperti selalu. Krisya Norsabrina tersenyum sendiri.

Detik waktu dihitung. Satu minit, dua minit, tiga minit... Mana mama ni? Entah-entah mama sudah malas hendak pujuk aku. Ah, mama dan abah memang tidak sayangkan aku lagi! Krisya Norsabrina menyembamkan mukanya ke bantal. Kali ini, dia betul-betul merajuk. Benci!



Nak tahu apa yang dirajukkan oleh Krisya Norsabrina dengan abah dan mamanya? Jangan lupa dapatkan novel Remaja@PTS One 2009 yang dah pun ada kat pasaran awal Ramadan lalu dan selak muka surat 299 :)

Turut memuatkan cerpen Aizam Aiman, Kusyi Hirdan, Bahruddin Bekri, Ezee Rahmani, Haryani Kamilan dan ramai lagi selain komik daripada Alifstyle, Zaidi, Koma dan Ard-one. Kad raya percuma pun ada. Cuma RM14.50!


Tiada ulasan: