Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Ahad, Disember 14, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 18

Eisya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Dari tadi, jam di tangannya sentiasa menjadi tumpuan.

Mana dia ni? Dah pukul berapa ni? Tak datang kelas ke? Eisya memandang ke pintu namun hampa.

Begitulah keadaannya selama 30 minit kelas itu berjalan. Sekejap memandang jam di tangan dan sekejap memandang ke pintu.

Sepuluh minit kemudian barulah penantiannya berakhir apabila orang yang ditunggu muncul.

“Sorry, puan,” Danish meminta maaf atas kelewatannya dan mencari tempat duduk yang masih kosong. Puan Yuslinda, pensyarah subjek Kewartawanan hanya menggangguk.

Eisya gembira melihat wajah itu. Dia mengambil begnya di kerusi sebelahnya untuk Danish duduk namun Danish melangkah ke arah Syella lalu melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.

Eisya terasa hati dengan sikap Danish. Pandangan dihala kepada Danish dengan harapan Danish akan membalas pandangannya namun Danish sedikit pun tidak menoleh ke arahnya. Malah lelaki itu rancak berbual dengan Syella.

Eisya kembali menumpukan perhatian ke pembelajaran apabila berasakan bahawa Danish tidak mahu memandangnya.

Apabila menyedari Eisya tidak lagi memandangnya, Danish mencuri peluang itu untuk memandang Eisya yang duduk di sebelah Irwan.

Sungguh hatinya kecewa tatkala mengetahui hubungan Irwan dengan Eisya. Dia tidak menyangka begitu cepat hubungan mereka berkembang padahal mereka tidak pernah menunjukkan sebarang tanda.

Apa mimpi si Irwan? Adakah dia hanya mahu main-mainkan Eisya? Tapi kalau Eisya menolak, takkan Irwan berani membuat pengakuan? Tangan yang bertepuk sebelah takkan berbunyi. Kenapalah aku tak bagi tahu Eisya tentang perasaan aku pada dia? Kalau tidak, mesti Eisya takkan couple dengan Irwan. Salah aku ke terlewat mengucapkan cinta ataupun memang sudah ditakdirkan dia bukan untuk aku? Kenapa aku selalu sahaja dikecewakan oleh cinta? Apakah orang macam aku tak layak merasai nikmat cinta? Dulu Iyleeya. Sekarang Eisya. Bezanya Iyleeya mengetahui perasaan aku tapi Eisya tak. Kalaulah dia tahu… menyesal aku tak bagi tahu Irwan masa dia tanya pasal perempuan yang aku suka tu.

“Dan, jom lepak Mushroom,” Irwan mendapatkan Danish selepas kelas.

“Sorrylah, Wan. Aku dah janji dengan Syella nak pergi minum sama,” bohong Danish. Syella memandang Danish, tidak mengerti.

Bila masa pulak aku janji dengan dia?

“Kalau macam tu, kita minum sekalilah,” cadang Irwan.

“Tak apalah. Lagipun aku tak nak ganggu kau dengan Eisya. Jom Syella.”

Syella hanya menurut langkah Danish walaupun dia masih berasa hairan.

“Mana Danish? Dia tak ikut sekali?” Eisya menghampiri Irwan.

“Dia nak pergi minum dengan Syella,” ujar Irwan.

“Syella?” Eisya seakan tidak percaya.

Sejak bila pula Danish baik dengan Syella? Bukan ke Danish tidak berapa berkenan dengan sikap Syella yang keanak-anakan dan manja itu? Apakah Danish tahu perasaan aku dan sengaja mempergunakan Syella untuk menyakiti hati aku?

“Tak apalah. Kita pergi dua orang ajalah. Jom,” Irwan mengajak Eisya ke bangunan yang dipanggil Mushroom oleh pelajar-pelajar di situ.

“Dan, tadi you kata nak pergi minum?” Syella semakin hairan apabila Danish tidak menuju ke Mushroom sebaliknya ke asrama.

“Sorry, Syel. Aku tak ada mood,” balas Danish.

“Ala…jomlah minum kejap. You dah janji kan tadi?”

Danish terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Takkan Syella serius? Aku cuma nak lepaskan diri daripada Irwan dan Eisya aja tadi.

“Okeylah tapi kejap aja tau,” Akhirnya Danish akur apabila melihat wajah Syella yang mengharap.

“Jom!” Syella tersenyum gembira.

Tiada ulasan: