Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Januari 23, 2009

Rantai Rasa Cinta 6

Kini ku menemukan jawapannya
Walau pedih namun aku lega
Tiada lagi angan dan tanda tanya
Segalanya sudah jelas dan nyata

Aku harus menerima takdir-Nya
Ternyata bahagiaku bukan dia
Kita hanya bisa berteman mesra
Tapi bukan pasangan sejiwa

Aku mendoakan kau bahagia
Bersama dia yang kaucinta
Agar hatiku turut gembira
Melihat kau tersenyum bahagia



Nazili asyik melayan perasaannya sambil mencoret-coret di atas sehelai kertas sementara menunggu pensyarahnya tiba di kelas. Kehadiran Iznul langsung tidak disedarinya sehinggalah Iznul menyapanya.

“Zi …”

Nazili tersentak lalu pantas menyelitkan kertas tadi di dalam buku teks yang dibuat sebagai alas untuk menulis.

“Kau still marahkan aku ke?” Iznul masih diserang rasa bersalah kerana merahsiakan pertemuannya dengan Hazami daripada pengetahuan Nazili sedangkan Nazili berhak tahu tentang perkara itu. Bukankah antara mereka tidak pernah ada rahsia?

“Taklah. Aku tahu kau terpaksa,” balas Nazili. Marahnya pada Iznul sudah lama hilang. Dia tahu bukan Iznul yang seharusnya dipersalahkan dalam hal itu. Hazami juga tidak salah. Jadi, siapa yang salah? Tidak ada sesiapa pun yang salah. Mungkin sudah tersurat hubungannya dengan Hazami harus berakhir di sini.

So, kau dengan Hazami sekarang macam mana? Dia ada telefon kau?” soal Iznul ingin tahu. Bukankah Hazami sudah berjanji mahu menerangkan segala-galanya kepada Nazili?

“Aku dah jumpa dia malam semalam,” ujar Nazili tanpa berselindung.

“Dia cakap apa? Dia ajak kau couple balik ke?” soal Iznul lagi.

Pantas Nazili menggeleng.

“Kalau dia nak pun, aku takkan terima. Mustahil kita orang bersama semula. Dia kan dah ada Laily.”

So kau dengan dia dah tak ada apa-apalah sekarang?”

“Yalah kut.”

“Kau tak rasa kecewa ke? Tiga tahun kau tunggu dia tapi akhirnya macam ni kesudahan hubungan kau dengan dia.”

Of courselah aku kecewa. Bab sakit hati jangan ceritalah. Tapi entah kenapa aku rasa lega. Lega sebab aku dah bebas dari pernantian yang tak berpenghujung ni.

“Aku ok. Actually, aku lega sebab aku tak perlu perbodohkan diri menunggu sesuatu yang tak pasti. Mungkin Tuhan sengaja temukan aku dengan dia supaya aku tak menaruh harapan pada dia lagi. Bodoh kan aku?” Rasa kesal menyelinap di hati Nazili. Kalau aku tahu, aku takkan buang masa tunggu dia. Kalau aku tahu, dah lama aku lupakan dia. Kalau … ya kalau. Sayangnya aku tak tahu.

“Kau tak bodoh cuma kurang cerdik aja,” seloroh Iznul.

“Bodoh dengan kurang cerdik tu lain ke?”

“Lainlah. Dari segi ejaan dan sebutan,” Iznul tertawa kecil.

Nazili mencebik.

“Hah, gelak gelak!”

“Alalala… sejak bila pulak kau pandai ambil hati dengan aku ni?”

“Aku ambil ja, bukan curi!”

“Hai, dalam maksudnya tu.”

“Eleh… macamlah aku nak sangat hati kau tu!”

“Mulut kau kata tak ingin, Nazili tapi hati kau kata ingin ingin ingin. Mahu mahu mahu,” Iznul mengajuk salah satu dialog dalam drama Oh, Fatimah!

Sorry sikit ya.”

Sorry naik lorry.”

“Malaslah aku nak layan kau.”

“Ala… melawak sikit pun tak boleh.”

“Lawak ke? Tak kelakar pun.”

Dalam pada itu, tiba-tiba telefon bimbit Nazili berbunyi menandakan ada SMS yang masuk. Nazili melihat nama si pengirim. Air mukanya berubah serta-merta.

“Siapa?” Iznul memanjangkan leher untuk melihat ke telefon bimbit Nazili namun pantas dihalang oleh Nazili.

“Sibuk ja nak tahu!”

“Eleh… pakwe la tu!” Iznul mencebik.

“Pakwe la sangat.”

“Ala… kalau betul pun apa salahnya. Kau kan dah solo sekarang. Ya tak ya, kau kan dah solo sekarang so bolehlah kau bukak pintu hati kau tu untuk orang lain,” seloroh Iznul.

“Maksud kau?”

“Ala… buat-buat tak faham pulak. Dulu ada orang nak mengorat kau, kau cakap kau dah ada boyfriend. Sekarang kau dah single, bolehlah kau pertimbangkan calon-calon yang lain kan?”

“Eleh… Cakap aku. Kau tu?”

“Aku tak ada masalah. Aku lelaki. Aku boleh cari sendiri. Kau tu pompuan. Kalau tak ada orang nak kat kau, alamatnya membujang sampai ke tualah kau. Kau nak ke jadi andartu?”

“Andartu pun andartulah janji tak kebas suami orang.”

“Kau tak boleh cakap macam tu, Zi. Kau kena faham situasi dia orang. Lelaki sekarang kan lebih sikit daripada pompuan so pompuan-pompuan zaman sekarang terpaksalah berkongsi.”

“Kalau macam tu, aku lebih rela jadi andartu daripada berkongsi suami,” tegas Nazili. Berkongsi barang pun dah susah, inikan pula nak berkongsi suami yakni manusia.

“Ya ke kau sanggup?

“Kalau dah itu takdir-Nya.”

“Hai, macam kecewa aja bunyinya.”

“Bukan kecewa tapi pasrah. Terima kasihlah sebab ambil berat pasal aku tapi aku risau kalau-kalau kau yang jadi anbute nanti.”

Iznul berkerut.

“Anbute tu apa? Aku tak pernah dengar pun.”

“Anak bujang telajak!”

Iznul tergelak.

“Pandai-pandai kau aja buat istilah sendiri.”

“Habis kau ingat pompuan aja ke yang ada gelaran tu?”

“Memanglah sebab pompuan makin tua makin tak laku tapi laki lain. Lagi tua lagi laku,” ujar Iznul bangga. Sengaja mahu membuat Nazili cemburu. Biar dia tahu betapa beruntungnya jadi lelaki.

“Yalah sebab laki tua lagi cepat mampus. Senang nak bolot harta,” balas Nazili geram. Bagus sangat ke jadi lelaki?

“Tak baik tau kau cakap macam tu. Cinta kan tak kenal usia,” ujar Iznul lagi. Ternyata dia tidak bersetuju dengan pandangan Nazili. Zaman sekarang usia bukan lagi menjadi persoalan utama dalam menjalinkan sesuatu hubungan.

Kalau tak, tak adalah wanita yang kahwin dengan lelaki yang hampir sebaya ataupun lebih tua daripada ayah mereka sendiri. Wanita yang memilih lelaki yang jauh lebih berusia daripada mereka pasti mempunyai alasan mereka sendiri. Mungkin bagi mereka, lelaki yang lebih berusia adalah lebih matang dan lebih rasional pemikirannya.

Namun begitu, ada juga wanita yang memilih lelaki muda sebagai pasangan hidup mereka. Sebab apa dan mengapa? Cuma mereka yang tahu jawapannya. Yang penting kan keserasian dan kesefahaman antara kedua-duanya. Usia bukan pengukur tahap kematangan seseorang tapi pengalaman. Seseorang itu

“Eleh … pandainya kau berkata-kata. Ada pengalaman ke?”

“Adalah sikit-sikit,” bohong Iznul walhal bercinta pun dia tak pernah.

Bila dia cakap dia tak pernah bercinta, pasti orang akan mentertawakannya. Mereka menganggapnya bergurau tapi itulah kenyataannya. Dari kecil hingga sekarang, Iznul memang gemar berkawan dengan sesiapa sahaja. Baik lelaki mahupun perempuan. Pendek kata, dia tidak ada masalah langsung dalam pergaulan. Namun entah kenapa hatinya tidak pernah terpikat pada mana-mana perempuan. Mungkin sahaja serunya untuk bercinta masih belum tiba.

Salah ke dia sebab tak pernah bercinta walaupun dia sudah hidup hampir 22 tahun di muka bumi ini? Salah ke dia apabila dia tidak pernah terjebak dengan cinta monyet ketika di sekolah dulu? Apakah setiap orang perlu ada kisah cinta monyet? Penting sangat ke? Wajib ke? Kalau tak pernah bercinta maka orang itu akan dianggap tidak normal?

“Jom kita tengok siapa yang kahwin dulu. Kau ke aku?” ujar Nazili.

“Ni taruhan ke?” soal Iznul.

“Tak tapi lebih pada cabaran.”

“Kalau aku menang, aku dapat apa?”

“Kalau kau menang, kau dapat calon isterilah. Tapi ada syaratnya.”

“Apa dia?”

“Tak boleh main tipu. Kau kena cari orang yang betul-betul kau suka sebab orang tu nantilah yang akan jadi isteri kau. Bukan perempuan tangkap muat semata-mata nak kalahkan aku ok?”

“Ok, aku setuju. Berapa lama tempoh cabaran ni?”

“Sepanjang hayat kitalah.”

“Tapi kalau aku mati sebelum kau macam mana pulak?”

“Apa kau cakap ni, Iz? Kau tak boleh mati dulu sebelum aku!” pintas Nazili.

“Laa… aku cakap kalau. In case. Soal mati ni kan kita tak tahu. Manalah tahu kalau aku ditakdirkan membujang seumur hidup sebab mati di usia muda ke.”

“Kalau salah satu antara kita mati dulu, cabaran ni akan dianggap batal.”

“Ok, deal. Eh, tapi kalau kau menang pulak?”

“Kalau aku menang, kau kena tanggung duit hantaran aku boleh?”

“Apa hal pulak? Bakal suami kaulah yang kena tanggung. Kenapa pulak aku?”

“Sebagai menebus kekalahan kau.”

“Kalau macam tu, aku rela mati dulu daripada kau,” ujar Iznul dalam nada perlahan namun masih dapat didengari oleh Nazili.

“Apa dia?” Nazili pura-pura kurang dengar.

“Tak ada apa. Aku cakap lebih baik aku guna duit tu untuk majlis kahwin aku daripada kena tanggung duit hantaran kahwin kau.”

“Aku main-main ajalah. Kalau aku menang, aku dapat suamilah. Benda ni untuk suka-suka ajalah. Bukannya serius pun.”

Iznul mengeluh lega apabila mendengar kata-kata Nazili. Mampus aku nak bayar duit hantaran untuk Nazili dan bakal isteri aku. Kalau aku kerja gaji lima angka tak apalah jugak.

Sorry guy, I’m late. Saya ada hal sikit tadi.”

Para pelajar mengambil tempat masing-masing sebaik-baik sahaja pensyarah yang berusia pertengahan 40-an itu melangkah ke kelas.

Ok, let start the class.”

Baru sahaja pensyarah itu hendak memulakan sesi pembelajaran, tanpa diduga telefon bimbit Nazili berbunyi menyanyikan lagu Matahariku daripada Agnes Monica. Satu kelas tertumpu ke arahnya.

“Woi, silentlah!” ujar suatu suara.

“Macam dia sorang ada handphone,” ujar yang lain pula.

Sorry,” Nazili segera mematikan telefon bimbitnya. Macam mana aku boleh lupa nak silent ni? Aduh, malunya aku!

Iznul di sebelahnya sudah tersengih-sengih.

Ejek akulah tu!

1 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

ngeee..
besh2..
nk lgi,,nk lgi..