Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Januari 02, 2009

Cinta Yang Aku Mahu 29

“Now tell me, apa yang kau fikirkan tadi?” soal Irwan tatkala dia dan Eisya melepak di The Cones selepas kelas.

“Mana ada apa-apa,” balas Eisya. Sibuk aja!

“Ala… cerita ajalah. Dengan aku pun kau nak berahsia ke?”

“Rahsia apanya? Dah tak ada apa yang hendak diceritakan.”

Haruslah aku berahsia dengan kau! Bukan ke kau yang bagi tahu Danish pasal aku suka kat dia tu?

“Kau dengan Danish macam mana?” Irwan tahu apa yang mengganggu fikiran Eisya mesti ada kaitan dengan Danish.

Kalau aku tak bagi tahu Danish yang kau suka kat dia, sampai bila-bila pun dia tak tahu yang dia tak bertepuk sebelah tangan. Dahlah yang sorang tu berat mulut nak berterus-terang, yang sorang tu pulak dua kali lima aja. Akhirnya dua-dua yang makan hati sendiri. Salah siapa? Salah aku ke?

“Macam mana apa? Macam tulah,” Eisya malas hendak membangkitkan soal itu lagi. Bukankah dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan memikirkan soal cintan cintun ni lagi.

“Tengok tu. Masih nak berahsia dengan aku.”

“Takkan Danish tak cerita kat kau?” Eisya sengaja menduga Irwan. Kata kawan baik. Takkan duduk sebilik tak bercerita kut?

“Kalau Danish cerita, tak adalah aku tanya kau.”

“Kalau Danish tak cerita, buat apa aku nak cerita?”

“Eisya,” Irwan mula berang.

“Apa?”

“Kau ni kan memang…” belum sempat Irwan menghabiskan ayatnya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Irwan melihat nama si pemanggil sebelum menjawabnya. “Yup?”

Eisya memerhati cara Irwan bercakap dengan orang yang menelefon. Lain macam aja gayanya.

Awek barulah tu. Tengok, tak sampai sebulan aku break dengan dia, dia dah dapat pengganti aku? Cepat betul! Ya ya aja kata nak berubah. Tak nak cari pompuan lain konon! Lelaki memang pandai bermanis mulut. Semuanya penipu!

“Ok, see you later,” Irwan menamatkan perbualan.

“Awek baru?” soal Eisya selamba. Betul ke Irwan dah ada pengganti aku? Kalau betul, sepadan benarlah dia dengan Syella. Dua-dua tak boleh hidup tanpa boyfriend dan girlfriend. Tapi kenapa dia orang tak saling jatuh cinta ya?

“Kenapa? Kau jeles ya?” Irwan tersengih mengusik Eisya.

“Tak kuasa aku nak jeles!” Eisya menyangkal andaian Irwan.

Tapi kenapa aku rasa something bila dengar suara manja Irwan jawab panggilan tadi? Masa couple dengan aku dulu tak pernah pula dia nak cakap macam tu dengan aku. Betul ke aku cemburu? Ah, tak Eisya! Mungkin aku sakit hati sebab Irwan sanggup main-mainkan aku macam awek-awek dia yang lain.

Dalam diam, Eisya mengakui Irwan pernah membuatnya berasa terharu. Hampir-hampir dia percaya yang lelaki itu sudah berubah. Kerana dirinya, Irwan meninggalkan sikap playboynya. Kerana dirinya, Irwan menjadi pencinta yang setia. Tetapi ternyata Irwan juga menganggapnya sama seperti bekas kekasihnya dahulu. Dia hanya dijadikan bahan eksperimen.

“Betul ke?” Irwan semakin galak mengusik Eisya. Dia teringin sangat nak tengok rupa Eisya bila cemburu. Kan bagus kalau Eisya betul-betul cemburu melihat hubungannya dengan perempuan lain.

“Kenapa pula tak betulnya? Macamlah aku ni tergila-gila sangat kat kau!” balas Eisya tanpa disedari kata-katanya itu telah menghiris hati lelaki di hadapannya itu.

“Yalah. Aku aja yang tergila-gilakan kau,” Irwan seolah-olah berkecil hati.

Irwan tahu Eisya pasti menganggapnya tidak serius dengan hubungan mereka dahulu. Irwan juga tahu Eisya menerimanya dahulu kerana kasihan tapi dia tidak kisah kerana dia yakin lambat-laun Eisya pasti menyayanginya sepertimana dia menyayangi gadis itu.

Namun kini baru dia tahu kenapa hati Eisya sukar dimiliki. Rupa-rupanya sudah ada nama lelaki lain yang mengisi di kotak hatinya dan lelaki itu adalah sahabat baiknya sendiri.

Disebabkan itu, dia rela melepaskan Eisya. Apalah gunanya bercinta jika hanya sekadar di bibir. Dia tidak mahu Eisya bersamanya sedangkan di hatinya orang lain. Jika hati Eisya masih belum terisi, pasti dia tidak teragak-agak untuk terus memenangi hati Eisya.

Sya, kalaulah kau tahu yang aku tak pernah mainkan perasaan kau. Sampai sekarang pun aku tetap tak dapat lupakan kau. Walaupun aku tak dapat memiliki hati kau, dapat bersama kau sebagai kawan hari-hari pun aku dah puas hati. Mungkin berkawan adalah lebih baik.

Tiada ulasan: