Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Januari 31, 2009

Rantai Rasa Cinta 7

“Tak habis-habis lagi ke gelakkan aku?” Nazili geram apabila Iznul masih lagi mentertawakannya ekoran insiden di kelas tadi ketika mereka melepak di kafe menara selepas kelas. Apa yang kelakar sangat entah.

“Ok, ok,” Iznul menghabiskan sisa tawanya. “Siapa yang telefon kau tadi?”

“Hazami,” ujar Nazili.

“Hazami?” Air muka Iznul berubah serius. “Dia nak apa?”

“Dah aku tak angkat, mana aku nak tahu.”

“Kau telefonlah dia balik.”

“Tak kuasa aku.”

“Laa … kenapa pulak? Kalau ya pun kau dengan dia dah tak ada apa-apa tapi kau orang masih boleh jadi kawan kan?”

Walaupun tidak bercinta, mereka masih boleh menjadi kawan. Melalui pemerhatian dan pengalaman kawan-kawannya, banyak juga pasangan yang menjadi rapat selepas menjadi kawan biasa. Mungkin berkawan adalah lebih baik.

“Memanglah tapi aku tak pasti samada aku boleh terima dia sebagai kawan buat masa sekarang,” terang Nazili. Mungkin dia dapat memaafkan Hazami namun untuk melupakan perbuatan Hazami yang mengkhianati cinta mereka tidak semudah itu. Hatinya memerlukan masa untuk sembuh.

“Ok, aku faham. Tapi mesti dia ada benda penting nak cakap dengan kau kan? Kalau tak, tak adalah dia telefon kan?”

Nazili menjungkit bahu tanda tidak tahu. Semalam masa jumpa, tak nak cakap. Hari ni baru sibuk nak telefon. Huh!

“Zi, aku pergi beli makanan kejap. Kau nak?”

Nazili menggeleng. Tanda tidak mahu.

Sure? Bukan ke biasanya kau kuat makan?”

Nazili tidak seperti sesetengah perempuan lain yang terlalu mementingkan bentuk badan. Mungkin juga Nazili seorang perempuan yang bertuah kerana tidak kira banyak mana pun dia makan, badannya tetap kurus.

“Aku tak ada seleralah.”

“Hai, takkanlah baru tak jumpa sehari dah tak ada selera makan kut? Selama bertahun-tahun ni berpinggan-pinggan kau bantai. La ni nak jaga badan pulak ke?” Iznul sengaja mengusik.

“Tak ada maknanya!”

Iznul tersengih kemudian segera berlalu ke tempat nasi putih dan lauk-pauk yang dihidangkan secara bufet.

Terdapat hampir sepuluh buah gerai yang dibuka di kafe itu. Setiap gerai pula menjual makanan yang berbeza antara satu sama lain bagi mengelakkan persaingan. Selain nasi putih dan lauk pauk, ada juga beraneka makanan bergoreng seperti Bihun Goreng, Kueh Tiow Kung Fu dan Nasi Goreng Pattaya. Ada pencuci mulut seperti ABC, cendol dan ais krim. Ada kuih muih, kek, roti dan macam-macam lagi.

Memandangkan waktu itu adalah waktu makan tengah hari, maka Iznul memilih untuk mengisi perut dengan makanan yang dapat mengenyangkan sehingga ke petang. Justeru, dia memilih nasi putih dan lauk kegemarannya iaitu daging masak merah dan sayur campur sebagai hidangan tengah harinya.

Jika tidak ada kelas di sebelah petang, Iznul lebih suka makan tengah hari di rumah ibu saudaranya. Lebih selesa dan lebih aman. Tak adalah hiruk-pikuk macam di kafe ini yang sentiasa dibanjiri para pelajar fakulti berhampiran memandangkan itulah satu-satunya tempat makan yang ada di kawasan menara.

Ala ... mak cik lain pulak ke yang jaga kaunter ni? Mana mak cik yang biasa tu? Iznul menyeluk wallet di dalam saku seluarnya tatkala mak cik di kaunter itu sedang mengira jumlah Ringgit di pinggannya.

“Enam Ringgit empat puluh sen,” ujar mak cik itu.

Ala … Empat puluh sen pun nak kira ke? Enam Ringgit aja sudahlah.

“Enam Ringgit tak boleh?” seloroh Iznul. Mana tahu mak cik tu baik hati nak bagi kurang macam mak cik yang selalu jaga kaunter sebelum tu.

Mak cik itu menggeleng. Ingat ni pasar ke nak tawar-menawar? Empat puluh sen pun tak ada? Kalau tak ada duit, tak payahlah nak makan kat sini. Pergi makan kat dewan makan. Percuma!

Eh, mak cik ni! Ingat aku tak mampu bayar ke? Iznul menghulur sekeping duit not 50.

“Duit kecik tak ada ke?” tanya mak cik itu.

“Tak ada. Ini aja yang saya ada,” ujar Iznul.

“Tapi mak cik tak ada duit tukar,” mak cik itu menunjukkan duit di dalam mesin wang. Tak ada langsung duit syilling mahupun duit sepuluh Ringgit.

Ish … macam mana berniaga tak ada duit kecik ni? Punyalah ramai orang yang datang makan kat sini. Takkan tak ada duit tukar? Iznul menoleh memandang Nazili bagi meminta pertolongan. Namun, Nazili kelihatan sibuk bercakap di telefon bimbitnya. Wajahnya serius. Iznul memandang mak cik itu semula.

“Kalau saya hutang dulu boleh?”

“Mana boleh.”

“Dah tu, macam mana?” rungut Iznul. Bukannya aku yang tak nak bayar. Dia yang tak nak terima duit aku.

“Tak apalah. Biar saya bayarkan dulu,” gadis yang berdiri di belakang Iznul menawarkan diri.

“Eh, tak apalah,” Iznul menolak.

“Tak apa. Nanti awak bayarlah balik. Berapa ni, mak cik?” gadis itu membayar harga makanan Iznul dan makanannya.

Iznul kaku memerhati perlakuan gadis itu. Hairan aku dengan minah ni. Kenal pun tak. Tiba-tiba dia nak bayarkan untuk aku. Dia tak takut ke kalau aku tak bayar duit dia balik?

“Terima kasih,” Iznul berasa terhutang budi selain berhutang duit dengan gadis yang baik hati itu.

No problem.”

“Tapi macam mana saya nak bayar balik duit awak nanti?

InsyaAllah kita akan jumpa lagi.”

“Hah?” Iznul berkerut. Confident ja.

“Kita kan satu fakulti.”

“O …”

“Saya pergi dulu ya.”

“Ok … Thanks again!” Iznul menghantar langkah gadis itu dengan pandangan mata. Kemudian baru dia teringat … Aduh, lupa pulak aku nak tanya nama dia! Tapi tak apa. Kalau betul aku dengan dia satu fakulti, tak susah pun nak jumpa.

“Kau pergi beli nasi ke masak nasi?” soal Nazili tatkala Iznul kembali ke meja.

“Panjang ceritanya …”

“Kalau macam tu, tak payah ceritalah.”

“Ok, aku pendekkan. Tadi masa aku nak bayar nasi ni, mak cik yang jaga kaunter tu marah aku sebab bagi duit 50. Aku cakaplah aku tak ada duit kecik. Aku nak panggil kau tapi kau pulak tengah cakap kat telefon. Tiba-tiba adalah sorang minah yang baik hati ni offer nak bayarkan untuk aku,” cerita Iznul.

“Kira dia belanja kaulah?”

“Bukan belanja. Pinjam aja.”

“Cheh ... Eh, siapa minah tu?”

“Entah. Aku pun tak kenal. Tapi dia cakap dia satu fakulti dengan kita.”

“Budak Grafik?”

“Aku rasa bukan. Mungkin budak Fesyen kut. Nampak macam ala-ala model aja.”

“Mesti cantik kan?”

“Dah nampak pun macam ala-ala model. Mestilah cantik.”

“Haa … kau sangkut kat dia ya?”

“Bila masa pulak aku cakap macam tu? Mana ada!”

“Eleh … malu-malu pulak.”

“Tak adalah!”

Nazili tersenyum memandang Iznul. Akhirnya Iznul jatuh cinta! Siapalah gadis yang berjaya membuka pintu hati kawan aku yang sorang ni?


**********


Malam itu, Nazili bersendirian di bilik asrama. Teman sebiliknya masih belum pulang sejak keluar ke kelas pagi tadi. Teman sebiliknya itu memang kaki jalan dan jarang-jarang berada di bilik. Namun, Nazili tidak kisah malah dia lebih selesa bersendirian sambil mengadap laptop.

Waktu-waktu begini Nazili suka merehatkan mindanya dengan menonton klip video artis kegemarannya di laptop sambil berbaring di atas katil jika tidak ada assignment yang perlu disiapkan. Nazili memang rajin mengumpul dan menyimpan klip video yang menarik dalam laptopnya. Dia juga tidak jemu menontonnya berulang kali.

Sedang Nazili leka menonton klip video Bukan Milikmu Lagi dendangan Agnes Monica, telefon bimbitnya berbunyi menyanyikan lagi Matahariku juga daripada Agnes Monica. Mendengarkan lagu itu, Nazili jadi malas hendak menjawab panggilan itu. Dia sudah tahu gerangan si pemanggil memandangkan dia sudah setkan lagu itu hanya untuk seseorang.


Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luruh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi …



Sekali lagi telefon bimbit itu bernyanyi selepas panggilan pertama tadi tidak berjawab. Nazili tetap tidak mengendahkan bunyi itu hinggalah masuk panggilan yang keempat. Itu pun kerana dia sudah tidak tahan mendengar telefon bimbit itu asyik melalak. Kesian Agnes Monica. Terpaksa mengulang nyanyiannya banyak kali.

“Kau nak apa lagi? Kan aku dah cakap kita dah tak ada apa-apa lagi!” Nazili terus menengking pemanggil itu sebaik-baik sahaja punat berwarna hijau di telefon bimbit itu ditekan.

“Zi, please … Bagilah Mi peluang sekali lagi,” rayu si pemanggil.

“Mi, kau tak faham bahasa Melayu ke? Atau kau nak suruh aku cakap bahasa Jepun baru kau nak faham?”

Cheh ... macam terrer aja cakap bahasa Jepun.

Nazili sudah nekad takkan tunduk pada janji dan rayuan lelaki itu lagi. Sekali hatinya dilukai, selamanya akan berbekas dalam diri.

“Zi, Mi masih sayangkan Zi.”

“Sudahlah, Mi. Zi takkan percaya cakap Mi lagi.”

“Zi, Mi tak tipu. Mi sayangkan Zi.”

“Kalau betul Mi sayangkan Zi, Mi takkan mengkhianati janji kita kan?”

“Mi tahu Mi salah tapi Zi sejak Mi jumpa Zi hari tu, Mi selalu teringat kat Zi. Mi rindu kat Zi.”

Nazili diam. Dia sudah tidak tahu mahu berkata apa. Yang pasti, dia juga rindukan lelaki itu. Bukankah sudah lama dia menantikan saat ini? Bersatu kembali dengan lelaki itu dan melewati hari-hari bahagia bersama.

Tidak! Kau kena kuat, Nazili! Jangan ikutkan perasaan. Dia cuma nak mainkan kau aja tu. Wake up, Nazili! Wake up!

“Mi, Zi dah mengantuk ni. Zi nak tidur,” Nazili terus mematikan talian. Jika dia tidak berbuat begitu, pasti dia akan cair mendengar kata-kata manis lelaki itu. Ah, lelaki memang pandai bermain kata! Tapi semuanya dusta semata.

Nazili kemudian mencari nama Hazami dalam telefon bimbitnya. Lagu Matahariku oleh Agnes Monica yang diset sebagai lagu dering ditukar kepada lagu Usah daripada Suki.


Panggilan sayang tak ku perlu
Peluangmu dah berlalu
Usahlah kau bimbang ia takkan ku kenang



Nazili tersenyum puas. Mudah-mudahan setiap kali lagu itu berkumandang di telefon bimbitnya, dia akan ingat perbuatan Hazami yang mengkhianati cinta mereka itu. Telefon bimbit Nokia itu diletakkan di atas katil. Klip video yang ditontonnya tadi dimainkan semula. Volume laptop dikuatkan.

Lagu itu dirasakan memang kena dengan emosinya sekarang. Bukankah sebaiknya kita mendengar lagu rancak apabila putus cinta? Lagu yang dapat menaikkan semangat kita semula. Bukannya lagu sedih yang hanya membuatkan kita bertambah sedih meratapi kisah cinta yang tidak kesampaian. Hidup harus diteruskan!


Takkan bisa diriku
Jadi seperti yang kau mau
Karna diriku bukan milikmu lagi
..heyya..hey..yah..

Yang takkan pernah terhapus dan tak terlupakan dari dirimu
Lelaki yang pernah bersamaku dan mencintaiku sepenuh hatimu
Tapi ternyata kau pergi tinggalkan diriku
Cinta dan seluruh mimpiku

Kau takkan bisa jadikan diriku seperti yang kau mau
Karna ku bukan milikmu
Aku adalah wanita yang pernah kau sakiti, tapi kau tahu
ku bukan milikmu lagi
(ku bukan milikmu lagi)

Takkan pernah kusesali dan aku ragukan keputusan ini
Sebab hidup takkan berhenti sampai di sini hanya karna dirimu
Tapi ternyata kau pergi tinggalkan diriku cintaku
dan seluruh mimpiku

Tiada ulasan: