Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 08, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 14

“Kau orang tunggu sini dulu. Aku pergi beli tiket,” Irwan menawarkan diri.

“Aku pergi beli pop corn,” Danish bangkit untuk mengikut Irwan.

“Sya, kenapa kau ajak aku dengan Danish? Kesian Irwan,” ujar Fauziah seraya Irwan dan Danish menghilang.

“Habis, takkan aku nak keluar berdua aja dengan dia?” Eisya serba salah.

“Ala…bukannya kau tak biasa dengan dia,” balas Fauziah.

“Memanglah tapi sejak dia luahkan perasaan dia kat aku, aku rasa lain macam aja bila berdua dengan dia. Rasa tak selesa.”

Kalau dia tak offer aku jadi girlfriend dia mesti tak jadi macam ni. Tak adalah aku rasa serba tak kena bila dengan dia. Lebih baik dia terus couple dengan Nabila daripada dia buat hidup aku huru-hara.

“Kau tak nak bagi peluang kat dia ke?”

“Aku tak nak tipu hati aku dan aku tak nak mainkan perasaan dia. Lagipun kita orang kan sekelas. Apa-apa hal nanti, tak ke susah?”

“So kau nak buat apa sekarang?”

“Tengok wayang!” ujar Eisya apabila melihat Irwan menghampiri mereka.

“Aku dan Eisya duduk sekali. Gee duduk dengan Danish ya?” Irwan sengaja mencari idea supaya dia dapat berdua-duaan dengan Eisya.

“Kenapa pulak? Kenapa kau tak beli sebaris aja semua?” tanya Eisya.

“Tak ada empat tempat duduk yang sebaris. So terpaksalah kita berpecah,” balas Irwan.

“Tak ada, tak ada. Lebih baik kau duduk dengan Danish. Biar aku duduk dengan Gee,” ujar Eisya.

Sengaja beli tiket asinglah tu. Ingat aku tak tahu taktik kau?

“Ala…takkan aku nak duduk dengan Danish? Tak syoklah!” Irwan membantah.

“Itu bukan masalah aku,” Eisya mengambil dua keping tiket di tangan Irwan kemudian menarik tangan Fauziah. “Jom, Gee.”

Fauziah hanya menurut.


***


“Aku pergi tandas kejap,” Irwan bergegas ke tandas awam berhampiran sebaik-baik sahaja mereka berempat keluar dari panggung wayang itu.

“Aku pun nak pergi tandas,” Fauziah sengaja membiarkan Eisya berdua-duaan bersama Danish bagi memberi peluang kepada Eisya mengungkapkan perasaannya.

“Kita pergi sana jom,” Danish dan Eisya melabuhkan punggung di sebuah bangku yang disediakan untuk pengunjung di situ.

“Dan, aku ada benda nak tanya kau,” Eisya memberanikan diri. Adakah ini masa yang sesuai?

“Pasal apa?” soal Danish.

“Pasal aku,” ujar Eisya perlahan namun masih dapat ditangkap oleh telinga Danish. Danish memandang Eisya. Eisya tertunduk.

“Kau rasa aku ni orang yang macam mana?” Eisya tidak berani memandang muka Danish tatkala itu.

“Kenapa kau tanya soalan macam tu?” Danish hairan.

“Saja. Aku pun nak tahu jugak apa tanggapan orang lain pada aku. Kalau yang tak elok, aku boleh perbaiki,” bohong Eisya. Dia cuba berlagak biasa. Takut Danish mengesan sesuatu.

“Bukan ke kau jenis orang yang tak ambil peduli apa orang nak kata? Kau kan selamba,” balas Danish.

Macam pelik aja si Eisya ni. Ada apa-apa ke?

“Yalah, tapi sekali-sekala aku nak jugak tahu apa yang orang tak suka pasal aku.”

“Semua pasal kau aku suka,” ujar Danish namun cuma di hatinya. Sikap Eisya yang tidak ambil peduli akan apa yang orang lain kata mengenai dirinya itulah yang menarik minatnya kepada gadis itu.

Tidak seperti gadis lain yang suka menghabiskan duit untuk membeli baju-baju yang cantik, Eisya tetap dengan t-shirt dan seluar mekaniknya. Eisya memang tidak gemar menghabiskan duitnya untuk perkara yang tidak perlu.

Sejak dia mengenali Eisya ketika semester satu, jam tangan dan kasut Eisya tidak pernah bertukar. Eisya tidak akan membeli yang baru jika barangnya yang lama masih elok. Biar apa pun gelaran yang dilemparkan kepadanya, kedekut, kolot, tak trendy atau apa aja, Eisya tetap dengan caranya yang tersendiri.

“Orang lain aku tak tahulah. Tapi pada aku, kau baik, suka tolong orang, jujur, rajin, sempoi, kelakar…”

“Itu aja?”

Danish diam. Berfikir. Perlukah aku mengatakannya sekarang ataupun aku harus menunggu sedikit waktu lagi? Apakah aku sudah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan?

“Itu aja,” ujar Dimas.

Eisya tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan mahu bertanya lanjut namun kedatangan Irwan mematikan perbualan mereka.

2 ulasan:

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ berkata...

suke ceta nie..

lbh suke klu eisya ngn danish...
^^...

Ilmar Imia berkata...

hehe... trima kasih!