Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 4

“Cantik gila budak pompuan tu. Feminin sangat,” cerita Irwan sambil membayangkan wajah gadis yang dijumpainya siang tadi.

“Cantik kat luar belum tentu kat dalamnya pun cantik,” bantah Danish. Hairan dia melihat sikap temannya itu. Baru semalam kata putus cinta, tetiba hari ni kata jatuh cinta pula. Cepat betul hatinya terubat.

“Kalau dia rajin jaga kecantikan luaran, mestilah dalam pun dia jaga kan,” balas Irwan.

“Mana kau tahu? Kita kan rambut aja sama hitam tapi hati lain-lain.”

“Kau ni janganlah serius sangat. Tak kenal maka tak cinta beb!”

“Dah kenal pun belum tentu cinta beb! Entah-entah makin tambah menyampah.”

“Patutlah kau tak ada girlfriend sampai sekarang. Cerewet sangat.”

“Mestilah aku cerewet. Aku bercinta bukan untuk seminggu dua tau. Sekali aku jatuh cinta, kalau boleh biarlah dia cinta aku seumur hidup.”

“Bagus betul kawan aku sorang ni,” Irwan pura-pura memuji. “Eh, Dan, kau suka pompuan yang macam mana ek?”

“Kenapa kau nak tahu?”

“Laa…saja aku nak tahu. Tak boleh? Aku kan kawan kau. Manalah tahu kalau ada mana-mana ex-girlfriend aku yang menepati ciri-ciri yang kau nak. Bolehlah aku rekeman kat kau.”

“Sorry and thank you.”

“Ala…Dan, cakaplah pompuan macam mana yang kau suka,” desak Irwan.

“Yang kau beria-ria nak tahu ni kenapa? Yang penting pompuan yang aku suka tak sama dengan pompuan yang kau suka okey?” Danish mengalihkan perhatiannya ke buku di atas mejanya.

“Mana kau tahu? Buatnya kita suka pompuan yang sama nanti macam mana?”

“Tak akannya,” ujar Danish tanpa memandang Irwan.

“Danish…” Irwan berlagak persis seorang gadis menggoda Danish. Danish mengelak daripada dipegang oleh tangan kasar Irwan yang sengaja dilembutkan.

“Ni apa hal ni? Dah makan ubat ke belum?”

“Entah-entah kau ni gay tak?”

“Astafirullah. Aku waras lagilah. Entah-entah kau tu yang tak betul.”

“Dan…” Irwan melembutkan suaranya.

“Hee…yalah. Yalah. Aku cakap,” Danish akur. Tidak tahan dia melihat ‘kelembutan’ Irwan. Irwan tersengih kerana taktiknya berjaya. “Aku sebenarnya tak ada angan-angan nak dapat awek yang macam ni ataupun macam tu. Kalau aku tengok pompuan tu, aku suka, aku sukalah. Kalau tak suka, tak sukalah.”

“Kau ni tak menjawab soalanlah. Aku tanya pompuan yang kau suka tu pompuan yang macam mana? Pompuan yang suka pakai baju kurung ke? Yang bertudung labuh ke? Yang berambut panjang ke.”

“Kan aku dah cakap. Aku bukan jenis orang yang suka nak tetapkan ciri-ciri awek idaman aku. Kalau hati aku kata suka, sukalah. Lagipun, pada aku, cara dia berpakaian tak penting. Asalkan tak keterlaluanlah, Sebab bagi aku, kalau perangai dia cantik, automatik dia akan nampak cantik walaupun sebenarnya dia tak adalah cantik sangat,” terang Danish.

“Nasib baik taste kita tak sama. Kalau tak, mesti kita suka gadis yang sama kan? Tapi Dan, kalau kita suka kat gadis yang sama apa kau nak buat? Aku cakap terus-terang dengan kau, aku takkan cepat menyerah kalah. Aku akan bersaing dengan kau.”

“Itu terpulang pada keadaan dan siapa orangnya. Dahlah, Wan. Aku nak study ni,” Danish kembali menumpukan perhatian ke meja belajarnya yang tadi tergendala gara-gara Irwan sibuk bercerita tentang awek yang baru dilihatnya.

“Kau ni asyik study aja. Tak boring ke?” soal Irwan. Setiap malam teman sebilik yang juga merangkap teman sekelasnya itu tidak pernah dilihat tidak mengulang kaji pelajaran. Bukan macam aku. Baca buku bila time nak exam aja.

“Aku ni kan tak pandai. Kenalah kerja keras sikit. Lainlah kau. Tiap-tiap semester dapat Anugerah Dekan,” balas Danish lalu kembali mencatat isi-isi penting dari buku teks Public Relation itu.

“Ala…tu semua kira nasib aja. Lagipun soalan exam tu kan tanya pasal apa yang kita dah belajar. Lainlah kalau dia tanya pasal akaun ataupun bisnes. Aku pun tak dapat jawab,” Irwan senyap seketika sebelum kembali bersuara, “Dan, kau tak teringin ke nak cari awek sebelum habis semester ni?” Irwan masih belum mahu menamatkan perbualan mereka tadi.

“Buat apa? Buang masa aja.”

“Apa pula buang masa? Ini soal masa depan tau.”

“Belum masanya lagi. Diri aku sendiri pun tak terjaga.”

“Sebab itulah kau perlukan orang untuk jaga kau,” Irwan tersengih.

“Tak payah cari. Aku dah jumpa,” tanpa sedar dia menuturkan ayat itu.

“Ya ke? Siapa? Kau tak cerita pun,” mendengarkan itu, Irwan semakin galak mengorek rahsia Danish.

Alamak! Terlepas cakaplah pula. Danish mula tersedar.

“Kita orang belum ada apa-apa lagilah. Aku pun tak tahu dia suka kat aku ke tak.”

“Dah kau tak tanya.”

“Aku takut dia tak suka aku aja. Kau kan tahu aku pernah kecewa sebelum ni kan?”

“Ala…itu cerita lama. Mana tahu yang ni lain. Dan, ceritalah kat aku siapa awek tu.”

“Betul kau nak tahu?”

“Betullah. Ceritalah cepat,” gesa Irwan.

“Nama dia…” Danish ragu-ragu untuk menyebut nama itu.

“Cepatlah!” Irwan semakin tidak sabar.

Tiada ulasan: