Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 7

Danish menyangkut sejadah di kerusi selepas selesai mengerjakan solat Isyak. Dia menghampiri Irwan yang sedang tekun di hadapan komputer.

Sejak balik dari kelas petang tadi, Irwan tidak berganjak dari komputer itu. Makan tak. Mandi tak.

“Kau buat apa ni?”

Irwan diam. Pertanyaan Danish dibiarkan tanpa jawapan.

“Ni assignment mana, Wan? Macam assignment Writing for Mass Media aja. Tapi bukan ke subjek ni subjek budak part two? Assignment siapa yang kau buat ni, Wan?” Danish tahu itu bukan assignment mereka.

“Bella,” balas Irwan selamba.

“Bella?” Terkejut Danish mendengar jawapan itu. “Berapa dia bayar kau?”

“Aku tak minta bayaranlah.”

“Hah?” Danish tergamam. “Maksud kau, kau bersusah payah buat semua ni tanpa sebarang bayaran? Free of charge?”

Irwan diam lagi.

“Apa ubat pompuan tu bagi sampai kau ikut aja kehendak dia?” Danish kurang senang dengan jawapan itu. Selama dia mengenali Irwan, Irwan bukanlah orang yang senang dibuli. Kalau tak suka, dia akan cakap tak suka. Kalau tak nak, dia akan cakap tak nak. Tak ada sesiapa pun yang boleh memaksanya melakukan perkara yang dia tak suka. Tapi sikap Irwan sekarang berlawanan dengan pendiriannya sebelum ini. Entah-entah memang betul pompuan tu guna-gunakan Irwan tak?

“Aku cuma tolong dia ajalah.”

“Bukan macam ni caranya nak tolong dia. Kalau dia mintak kau ajarkan ke bolehlah terima. Ini tolong buatkan. Kalau macam tu aku pun nak. Tak payah buat apa-apa pun boleh lulus semester. Wan, kau tak rasa ke pompuan tu ambil kesempatan kat kau?”

“Jangan mengarutlah. Dia kan awek aku,” marah Irwan. Membebel pulak mamat ni. Menyesal aku bagi tahu.

“Kalau betul dia sayangkan kau takkan dia suruh kau buat assignment dia? Bagi aku, kalau orang tu sayang kat kita dia akan buat kita senang. Bukannya membebankan lagi.”

“Aku tak rasa bebanlah. Aku memang suka buat benda ni,” bohong Irwan padahal kalau diikutkan hati dia pun sebenarnya memang malas nak buat benda tu. Dia buat ni pun sebab nak ambil hati Nabila aja.

“Assignment Graphic and Layout kau dah siap belum?” Danish tahu Irwan terpaksa ataupun mungkin dipaksa buat benda tu. Tengok dari gayanya pun, Danish tahu Irwan sedang cuba menahan mengantuk.

“Belum.”

“Bila kau nak buat? Deadline dia Isnin ni tau,” Danish mengingatkan. Sangkanya Irwan sudah menyiapkan assignmentnya. Nampak sangatlah Irwan lebih mengutamakan assignment Nabila.

“Aku tahulah. Dah siap assignment Bella ni nanti, aku buatlah.”

“Aku tak fahamlah kau ni. Sanggup utamakan assignment orang lain daripada assignment sendiri. Kalau dapat A pun, dia yang untung. Bukannya kau.”

“Bisinglah kau ni. Pergi tidurlah,” Irwan rimas.

“Aku cuma bagi nasihat aja. Dan sebagai kawan, aku tak sanggup tengok kau dipergunakan.”

“Yalah. Terima kasih sebab ambil berat pasal aku. Dahlah, aku nak fokus ni.”

Danish menggeleng-gelengkan kepala kemudian merebahkan diri ke katil. Baik aku tidur daripada bercakap dengan orang yang tak makan nasihat.

Tiada ulasan: