Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, Disember 24, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 27

“Betul ke kau dah tak nak fikir pasal cintan cintun ni?” soal Fauziah sebaik-baik sahaja Eisya selesai menceritakan tentang pertemuannya dengan Danish sebentar tadi.

“Betullah. Kenapa? Kau tak percaya?”

“Aku percaya tapi kan orang kata cinta pertama ni susah nak dilupakan,” balas Fauziah.

“Orang kata ke kau yang kata?”

“Orang katalah.”

“Aku dah nekad. Aku tak nak buang masa lagi. Aku nak belajar betul-betul. Final pun dah dekat,” Eisya berazam untuk mendapat keputusan yang baik pada semester ini.

Cukuplah dia gagal ujian Public Relation dulu. Dia tidak mahu gagal dalam peperiksaan akhir pula.

“Baguslah kalau kau fikir macam tu. Hidup kita ni kan masih banyak lagi perkara lain selain cinta. Tapi Sya, kau dengan Irwan macam mana pula?”

“Irwan? Kita orang masih berkawan malah aku rasa lebih rapat daripada dulu. Mungkin macam ni lebih baik kut,” Eisya berganjak ke katil kemudian merebahkan tubuhnya.

“Hai, takkan nak sambung tidur kut?” Fauziah melihat jam di atas meja belajarnya. Pukul sebelas.

Biasanya Eisya akan bangun lewat pada hujung minggu begitu tapi pagi tadi Fauziah sendiri terkejut tengok Eisya bangun awal. Pukul lapan lagi Eisya sudah bersiap untuk keluar. Ingatkan nak pergi mana. Rupa-rupanya nak jumpa Danish. Ingatkan lepas balik jumpa Danish ada berita gembira tapi lain pula ceritanya.

“Yalah. Tadi kan aku terpaksa bangun awal,” keluh Eisya.

Pagi-pagi lagi dia telah dikejutkan oleh bunyi telefon bimbitnya. Danish yang menelefon. Ajak jumpa. Kalau diikutkan memang dia malas hendak keluar pagi-pagi itu namun Danish beria-ria. Terpaksalah dia korbankan masa tidurnya.

“Aku rasa kau kena buat satu azam baru lagilah.”

“Apa dia?”

“Azam kurangkan tidur!” Fauziah memukul tubuh Eisya dengan bantal.

Tiada ulasan: