Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Khamis, Disember 25, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 28

“Mana Syella ni? Tak siap lagi ke?” Eisya melihat ke bilik Syella di tingkat tiga. Pintunya tertutup. Eisya kemudian melihat jam di tangan kirinya. “Dah pukul berapa ni? Nak pergi kelas ke tak Syella ni? Hish!”

Eisya mula hilang sabar. Begnya dicapai. Pintu biliknya dikunci lantas dia segera menjenguk Syella di biliknya.

“Syella! Syella!”

Pintu bilik itu diketuk kuat. Selepas pintu itu hampir pecah diketuk oleh Eisya, barulah pintu itu dikuak dari dalam. Seorang gadis muncul di muka pintu.

“Ya Allah, Syella! Kau baru bangun ke?” Eisya terkejut melihat keadaan Syella yang baru bangun tidur.

“Alamak… sorry Sya. Aku tidur lambat semalam. Erm… kau duduk dululah. Aku pergi mandi kejap,” Syella bergegas ke bilik mandi yang terletak di hujung tingkat bangunan itu.

“Punyalah berzaman aku tunggu dia. Rupanya dia sedap tidur. Apalah yang dibuatnya semalam?” bebel Eisya sendiri.

Lima belas minit kemudian Syella kembali ke biliknya.

“Syel, kau buat apa semalam sampai tak tidur?” soal Eisya. Setahunya Syella bukan seorang yang rajin berjaga malam walaupun untuk menyiapkan assignment.

“Tak buat apa,” Syella yang sedang membelek-belek bajunya di dalam almari untuk dipakai ke kelas berpaling mengadap Eisya. “Actually aku main SMS dengan Danish.”

Mulanya Syella agak keberatan untuk membuka cerita namun apabila difikirkan, tak salah sekiranya Eisya tahu tentang perkara itu. Lagipun Eisya juga sudah mengetahui yang dia menyukai Danish.

“Danish?” Eisya cuba berlagak selamba.

Betul ke Danish tu suka kat aku? Macam tak serius aja. Baru semalam dia cakap suka kat aku tapi dalam diam dia syok layan pompuan lain. Nasib baik aku reject dia. Ok, Sya. Rileks! Kan aku dah buat keputusan? Lantak dia oranglah nak bercinta ke apa ke. Tak ada kena mengena dengan aku.

“Aku pun tak sangka dia layan aku,” Syella menyolek mukanya di hadapan cermin.

“Hai, dah lambat macam ni pun kau masih nak mekap ke?” Eisya hairan melihat Syella yang terlalu menjaga penampilan diri itu.

Bagi Eisya, Syella sudah cukup cantik walaupun tanpa secalit solekan. Tiba-tiba dia berasa malu. Sedangkan Syella yang sudah sedia cantik itu pun masih mengambil berat soal kecantikan, ini kan pula dirinya yang tidak seberapa itu.

Syella cuma tersenyum. Beberapa minit kemudian dia selesai berdandan.

“Jom!”


***


Setiba di kelas, Puan Nora sedang mengajar subjek Publication. Eisya dapat merasakan kesemua mata di dalam kelas itu memandangnya dan Syella.

Ni yang aku tak suka datang lambat ni. Rungut Eisya. Eisya mengambil tempat di sebelah Irwan di barisan hadapan manakala Syella pula duduk di sebelah Danish di barisan belakang.

Kebiasaannya Eisya, Irwan dan Danish akan duduk sebaris. Kalau tidak pun, pasti berhampiran antara satu sama lain. Namun sejak akhir-akhir ini, hubungan mereka bertiga seakan-akan renggang.

Eisya dapat merasakan itu. Danish semakin jauh daripadanya. Danish tidak lagi melepak bersama mereka dan sudah jarang-jarang bersembang bersama mereka. Sebaliknya, Danish lebih banyak menghabiskan masanya dengan Syella. Ya, Syella. Tapi kenapa Syella jadi begini?

Dahulu, lelaki yang mengejarnya tetapi sekarang jadi sebaliknya. Kenapa Syella beria-ria dengan Danish? Betul ke Syella sukakan Danish? Macam mana pula dengan Danish? Danish pun sukakan Syella ke? Mestilah suka kan? Kalau tak, tak adalah dia layan Syella kan?

“Sya!” Irwan melambai tangannya di hadapan mata Eisya. Eisya tersentak. “Kau berangan ya?”

“Mana ada?” Eisya membetulkan duduknya dan mula menumpukan perhatian pada pembelajaran Puan Nora, seorang pensyarah yang kelakar tapi garang bila datang angin dia.

“Mengaku ajalah yang kau memang berangan.”

Eisya menoleh memandang Irwan namun Irwan hanya buat muka selamba.

“Sya, kalau kau tak nak kena repeat baik kau pay attention.”

Eisya terkedu. Mulut!

“Kau tak nak cerita kat aku ke?” tanya Irwan sambil tangannya mencatat nota yang ditulis di papan putih.

“Cerita apa?”

“Benda yang mengganggu fikiran kau tulah.”

“Wan, kalau kau tak nak kena repeat baik kau pay attention,” balas Eisya pula.

Irwan tertawa. Ceh! Tiru ayat orang.

“Aku takkan kena repeat punyalah. Aku kan DL every semester.”

“Berlagak! Kau yakin ke semester ni kau DL lagi?”

“Yakin tu taklah tapi confident tu ada.”

“Loyar buruk pulak. Dahlah, malas aku layan kau. Aku kan kena pay attention, nanti kena repeat pulak,” Eisya mengeluarkan pen dan buku notanya dari dalam beg.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehmm..best bila nk sambung nie