Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Khamis, Oktober 20, 2011

Cerpen : HARI BERSAMANYA



“NIS, tolong jangan kahwin dengan Rahman.” Akhirnya terluah juga ayat itu daripada mulutnya. Sejak mereka keluar dua jam yang lalu, dia belum beroleh keberanian untuk meluahkannya. Namun kini, dia lega.

Nisdawati yang tadinya leka memerhatikan anaknya bermain di tepi pantai itu nyata terkejut lantas mencari wajahnya. “Nine, awak sakit ke? Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?”

Tanpa menjawab soalan itu, dia mencapai kedua-dua belah tangan Nisdawati lantas menggenggamnya erat. Dia nekad akan meluahkan segala-galanya kepada Nisdawati malam ini. “Nis, saya sayangkan awak. Saya nak kahwin dengan awak. Awak batalkan perkahwinan awak dengan Rahman ya?”

“Nine…” Nisdawati kaget. Tidak menyangka yang pemuda itu menyimpan perasaan terhadapnya.

“Saya tahu saya bukan ayah kandung Tasha tapi saya yakin saya mampu bahagiakan awak dan Tasha. Saya tak sanggup kehilangan Tasha dan awak…” ujarnya bersungguh-sungguh.

Perlahan genggaman tangannya dileraikan oleh Nisdawati. Nisdawati melarikan pandangan matanya. “Nine, saya tahu awak sayangkan Tasha, tapi itu tak bermakna yang awak perlu memaksa diri awak untuk bersama saya. Saya janji walaupun saya dah kahwin dengan Rahman, hubungan awak dan Tasha takkan putus.”

“Tak, Nis. Saya tak pernah memaksa diri saya untuk menyayangi awak. Rasa itu datang daripada hati saya yang tulus ikhlas.” Sedih hatinya apabila perasaan sayangnya disalah erti oleh wanita itu. Selama ini dia ikhlas melayani Nisdawati dan Natasha. Bukan kerana simpati.

“Nine, siapalah saya ni. Saya ni janda, dah ada anak pula tu. Sedangkan awak masih bujang. Banyak lagi perempuan baik lain yang lebih layak untuk jadi teman hidup awak…” ujar Nisdawati merendah diri.

“Tapi Nis, saya cuma mahukan awak. Saya tak kisah awak janda ke, awak dah ada anak ke… Saya tetap sayangkan awak. Awak fikirlah balik keputusan awak untuk berkahwin dengan Rahman tu ya…” Dia benar-benar berharap yang Nisdawati akan mengubah keputusannya. Dia tahu Nisdawati juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya. Cuma mungkin kerana statusnya membuatkan wanita itu tidak berani untuk berterus terang. Namun, dia tetap berdoa agar jodohnya ada dengan Nisdawati.



“APA yang kau buat kat luar ni?” Suara itu membawanya kembali ke alam realiti.

Dia memandang pemilik suara itu yang kini sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. “Tak ada apalah, Mi. Saja ambil angin,” bohongnya padahal jiwanya sedang berkecamuk memikirkan tentang perkahwinan Nisdawati dan Rahman. Dia tahu Nisdawati menerima Rahman semula kerana Natasha.

“Nine, aku tengok dua tiga menjak ni kau asyik termenung saja. Kau ada masalah ke?” tanya Fahmi, prihatin.

“Tak adalah. Aku okey,” dalihnya. Tidak mahu teman serumahnya itu mengetahui apa yang terbuku dalam hatinya.

“Alah, tak payahlah kau nak tipu aku lagi. Aku tahu apa yang sedang kau fikirkan. Kau sukakan Nisda, bukan?” tebak Fahmi.

Walaupun telahan Fahmi itu benar, namun dia masih cuba berlagak selamba. Seolah-olah tidak terkesan dengan kata-kata temannya itu. “Apa yang kau cakap ni? Merepek sajalah.”

“Alah, Nine… aku kenal kau dah lama. Aku tahu kau sukakan dia. Kalau tak, buat apa kau duduk kat sini dan tenung rumah dia kat sebelah tu, kan?”

Zap! Tebakan Fahmi tepat mengena sasaran.

“Kenapa kau tak berterus terang saja pada dia?”

Dia mengeluh. Wajah Fahmi dilihat sekilas sebelum berkata, “Kalau aku terus terang dengan dia pun, tak ada apa yang akan berubah. Dia dah baik dengan bekas suami dia balik.”

“Kau pasti ke dia akan bahagia dengan bekas suami dia tu?”

“Kenapa kau cakap macam tu?” soalnya kembali. Lagak gaya Fahmi itu seolah-olah temannya itu kenal benar dengan lelaki yang dipanggil Rahman itu.

“Aku rasa orang sebaik Nisda tu tak patut dapat suami macam si Rahman tu. Dia pernah tinggalkan Nisda sekali, tak mustahil dia boleh tinggalkan Nisda sekali lagi,” jelas Fahmi.

“Kau ni terlalu berburuk sangka dengan oranglah. Bukan ke si Rahman tu dah berubah? Lagipun setiap orang berhak diberi peluang kedua.” Meskipun dia sendiri pun tidak berapa yakin dengan Rahman, namun dia cuba berfikiran positif. Dia cuma dapat berdoa mudah-mudahan Rahman benar-benar sudah berubah.

Namun, Fahmi tetap mempertahankan pendapatnya. “Boleh percaya ke yang dia dah berubah? Aku tak percaya dia dapat berubah dalam sekelip mata. Nine, aku percaya kau mampu bahagiakan Nisda. Takkan kau sanggup tengok Nisda tu merana sekali lagi di tangan Rahman? Tasha… Tasha dah anggap kau macam ayah dia sendiri. Kau pun dah anggap dia macam anak kau sendiri, bukan? Kebahagiaan kau dah ada kat depan mata, takkan kau nak lepaskan macam tu saja?”

“Ya, aku mengaku aku sayangkan dia orang, tapi Nisda dah pilih Rahman. Takkan pula kau nak aku runtuhkan rumah tangga orang lain? Aku tak sanggup, Mi.”

“Nine, Nisda dengan Rahman tu belum pun berkahwin lagi. Kau masih ada peluang untuk ubah kenyataan ni. Yang penting, kau kena cakap terus terang dengan Nisda.”

Kerana kata-kata Fahmi itulah, dia memberanikan diri memberitahu Nisdawati tentang perasaannya pada malam tadi. Namun nampaknya usahanya itu hanya sia-sia. Nisdawati tetap akan berkahwin dengan Rahman.

Kenapalah aku selalu saja kecewa dalam bercinta? Dulu Intan. Sekarang Nisda pula. Mungkin dah takdir aku hidup membujang sampai ke tua...



Alahai, benarkah Nine akan membujang sampai ke tua?

Ikuti sambungannya dalam...


Turut membariskan cerpen-cerpen daripada

Rizai Reeani
Ratu Bulan
Elzara Hariri
Zuliana Abuas
Maria Kajiwa
Nash Azly
Packy Sidique
Farah Husain

Tempah segera menerusi

aurorabookstore2@gmail.com

atau

ilmia85@gmail.com

300 pembeli pertama berpeluang mendapatkan buku ini dengan harga RM15.00 sahaja (termasuk caj pos).

Tiada ulasan: