Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Mei 25, 2012

Mini Novella: Orang Kedua ~3~

PAGI itu semua pelajar di kelas itu bersorak apabila kelas mereka dibatalkan oleh pensyarah mereka. Tanpa membuang masa semua melangkah ke luar. Ariana turut melangkah ke luar. Langkahnya terhenti apabila melihat Badrul sedang berbual-bual dengan temannya di koridor.
Badrul terpandang akan Ariana. Baru saja dia hendak menegur Ariana tetapi niatnya terbantut apabila Ariana berpatah. Badrul berasa hairan dan pelik melihat sikap Ariana. Takkan dia tak nampak aku? Badrul berkira-kira sendiri. Apa pula salah aku kali ni?
“Yo, Bad, Naz…” Rizal menyapa Badrul dan Nasir.
“Riz, Ria mana?” Tanya Badrul.
“Entah. Library kut.”
“K, tak apalah. Aku pergi dulu.”
“Aku tahu hubungan kau dengan Bad.”
Ariana memandang Azlan.
“Kau ni tak tahu malu ke? Kau kan tahu Bad dengan Elly. Tak ada lelaki lain ke kau nak cari?”
Ariana tersentak dengan kata-kata Azlan. Kata-kata Azlan memang betul tapi cara Azlan menegurnya benar-benar menghiris hatinya. Kau ni siapa nak cakap macam tu dengan aku? Bad tak ada apa-apa, kau pula yang sibuk-sibuk. Ariana menyumpah-nyumpah Azlan di dalam hati. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku menendang mulutnya. Sabar, Ria. Sabar. Ariana cuba menenangkan hatinya sendiri.
“Cubalah kau fikir sikit. Hubungan dia orang baik-baik saja. Kalau Elly tahu pasal perkara ni macam mana? Kau nak tanggung? Yang jadi mangsanya Bad! Kau jangan ingat yang Bad tu betul-betul nak kat kau. Aku yakin dia cuma nak jaga hati kau saja. Baik kau putuskan hubungan kau dengan Bad sebelum sesuatu yang buruk berlaku…”
Ariana mengeluh apabila mengenangkan kata-kata Azlan tempoh hari.
 “Kau ni memang tak nampak atau saja buat-buat tak nampak?”
“Hm?” Ariana tersentak daripada lamunannya lalu mengangkat muka. Kelihatan Badrul berdiri di hadapannya. Ariana malas hendak melayan Badrul tatkala itu.
 “Aku rasa power mata aku dah bertambahlah. Kau ni salah tempat ke?”
“Kenapa kau tanya macam tu?”
“Kau tak takut ke kalau orang lain nampak kita dua orang kat sini? Nanti apa pula kata dia orang…”
“Kau tak suka aku duduk sini ke?”
Suka! Sememanglah dia suka kalau Badrul berada di sisinya aku tetapi hubungan mereka tidak semudah itu.
“Tak. Aku tak suka,” bohong Ariana.
“Betul kau tak suka?” Badrul tidak percaya dengan kata-kata Ariana.
Mereka berpandangan.
Ariana tidak mahu memandang mata itu lalu tunduk pura-pura membaca. “Suka hati kaulah.”
Badrul tersengih memandang Ariana. Mereka duduk tanpa membicarakan sepatah kata.



“BAD, sebenarnya aku ada suatu perkara nak bagi tahu kau. Tapi kau kena janji yang kau takkan bagi tahu siapa-siapa.”
            “Apa dia?”
            “Lagi satu, lepas aku bagi tahu kau, kau janji apa yang aku nak bagi tahu ni takkan mengubah persahabatan kita lepas ni? Kita tetap kawan macam dulu okey?”
            “Cakaplah apa dia.”
            Ariana menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan yang ada.
            “Bad, sebenarnya aku…” Ariana memandang Badrul yang masih setia menunggu tiap patah kata yang bakal keluar daripada mulutnya.
            “Aku…” Ariana serba salah.
            “Cakaplah!”
            “Aku sukakan kau.”
            Serta merta ayat itu terpacul dari mulutnya apabila disergah Badrul sebegitu. Bukan saja Badrul yang terkejut bahkan Ariana sendiri berasa terkejut bagaimana mulutnya laju mengeluarkan ayat tersebut.
Alamak, dah terlepas. Nak buat macam mana ni? Ah, sudah terlanjur dia bercakap, lebih baik dia berterus terang saja.
            “Aku tak minta apa-apa daripada kau. Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati aku. Aku dah tak terdaya menanggungnya. Dan tolong jangan benci aku. Itu saja aku nak cakap. Aku balik dulu,” Ariana melangkah laju.
            “Ria!”
            Ariana berdebar-debar tatkala Badrul menghampirinya lalu memandang tepat ke matanya. Ariana sudah tak ada kekuatan untuk menentang wajah itu lalu tunduk.
            “Kalau aku cakap yang kau tak bertepuk sebelah tangan?”
            Ariana mengangkat muka. Tidak tahu sama ada dia harus gembira atau serba salah dengan apa yang baru didengarnya.
            “Aku pun sukakan kau, Ria.” Badrul berterus-terang. “Aku gembira bersama kau…”
            “Tapi kau dah ada Elly.”
            “Sebab itu aku takut nak berterus terang dengan kau. Tapi Ria, aku betul-betul sukakan kau.”



“RIA!”
Ariana tersentak.
“Kau ni baca buku ke berangan?” Ilyani melabuhkan punggung di sebelah temannya itu. “Kau ni kenapa? Dua tiga menjak ni aku tengok kau asyik termenung saja. Kau tak sihat ke?”
“Tak ada apalah,” Ariana cuba menyembunyikan perasaan yang bergolak dalam hatinya.
“Betul ke tak ada apa-apa?”
“Betul cuma…” Ariana mencari alasan agar temannya itu tidak mengesyaki yang bukan-bukan. “Aku peninglah dengan subjek-subjek ni. Aku rasa nak berhenti belajar saja.”
“Isy, kau ni. Orang dah bagi belajar, kau nak berhenti pula. Cuba kau fikir orang yang nak belajar tapi tak berkesempatan nak belajar. Kau sepatutnya rasa bertuah sebab telah diberi peluang untuk merealisasikan cita-cita kau.”
“Tapi kadang-kadang aku rasa give up lah, Yanie.”
“Kau kena kuatkan semangat kau. Jangan mudah mengalah. Cuba kau fikir mak bapak kau kat kampung yang nak tengok kau berjaya. Kau sanggup ke tengok orang yang telah bersusah payah memerah keringat semata-mata untuk beri kau yang terbaik. Lepas tu senang-senang saja kau nak hancurkan harapan mereka?”
“Aku tahu, Yanie.”
“Kalau ada apa-apa, aku bersedia dan setia mendengarnya.”
“Terima kasih, Yanie.”
“Kita kan kawan. Dahlah, kau nak pergi makan tak?”
“Naklah. Lapar ni,” Ariana memegang perutnya.
“Tahu pun lapar. Ingatkan dah lupa makan minum. Asyik berangan saja.”



SELEPAS memesan minuman, mereka melabuhkan punggung di suatu meja. Ariana memerhati sekeliling. Tiba-tiba matanya melekat pada suatu wajah. Ariana segera melarikan pandangannya.
            Kenapalah kau selalu muncul di hadapan aku? Bila aku nak jumpa, tak jumpa. Bila aku tak nak jumpa, selalu saja kau muncul.
            “Kenapa, Ria?” Ilyani hairan melihat sikap Ariana.
            “Tak ada apa. Air kita dah siap kut. Jom.” Ariana tergesa-gesa membayar minuman tersebut dan pantas melangkah meninggalkan tempat itu.
Salahkah dia apabila menyukai sesuatu yang bukan miliknya? Salahkah dia kerana perasaan ini datang sendiri? Salahkah dia apabila dia tidak dapat menahan perasaan ini daripada terus menyayanginya?
Memang kata orang kumbang bukan seekor tetapi bagaimana kalau hanya kumbang itu yang dia suka? Yang dia mahu? Kerana dialah kumbang yang masih sudi hinggap pada sekuntum bunga kertas seperti dia meskipun dia tidak secantik sekuntum bunga mawar.
Apakah yang harus dilakukannya tatkala hati ini masih berdegil untuk mengingati dia? Sesungguhnya dialah satu-satunya. Oh, Tuhan, mengapa perasaan ini harus ada pada orang yang salah?


Tiada ulasan: