Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 08, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 12

“Kau nak minum apa? Teh O ais limau kan? Kau tunggu kejap ya. Aku pergi order,” Irwan bangkit menuju ke kaunter sebelum sempat Eisya menahannya.

Kenapa pulak dengan kawan aku sorang ni? Buang tabiat ke apa? Tetiba aja berubah sikap.

Eisya memerhatikan tingkap laku Irwan. Sejak baik daripada demam, perangai Irwan seakan berubah.

Tak pernah-pernah pulak dia layan aku macam ni. Apa kena dengan dia ni? Takkan dia… Astafirullah… apa aku cakap ni? Ya Allah ya Tuhanku, Kau panjangkanlah umur kawanku, Irwan… amin…

“Thanks,” ujar Eisya sebaik-baik saja Irwan menghulurkan minuman kegemarannya. Irwan mengambil tempat bertentangan dengan Eisya.

“Wan, kau tak apa-apa ke? Aku tengok beberapa hari ni perangai kau peliklah. Kau demam lagi ke?”

“Tak adalah. Aku dah sihat,” balas Irwan ceria.

“Tak pernah pernah kau baik macam ni.”

“Aku jadi baik ni pun sebab kaulah.”

Eisya berkerut. Tidak mengerti. Sebab aku? Apa yang aku dah buat? Besar sangat ke pengaruh aku?

“Sya, aku dah buat keputusan. Aku tak nak lagi kejar mana-mana perempuan,” luah Irwan.

“Betul ke kau ni, Mohd Irwan Shafris yang aku kenal dulu?” Eisya semakin hairan dengan sikap Irwan. Jangan-jangan Irwan ni salah makan ubat tak?

“Aku serius Sya. Aku nak berubah,” tegas Irwan.

“Baguslah kalau macam tu. Tapi kenapa tiba-tiba? Apa yang menyebabkan kau nak berubah?”

“Sebab aku rasa aku dah jumpa apa yang aku cari selama ni. Aku rasa aku dah jumpa perempuan yang betul-betul memahami dan ambil berat pasal aku.”

“Ya ke? Siapa perempuan yang malang tu?”

Irwan memandang Eisya.

“Kau…”

“Jangan main-mainlah, Wan. Cakaplah betul-betul. Siapa?”

“Aku serius ni. Kaulah, Farisha Irwayu Ibrahim. Aku tahu aku memang tak pandai berkata-kata tapi Sya aku betul-betul dah jatuh hati dengan kau,” Irwan meyakinkan Eisya.

Dia tahu selama ini, Eisyalah yang banyak memberinya semangat. Gadis itu tidak pernah jemu mendengar masalah cintanya bahkan Eisya sentiasa ada tatkala dia memerlukan teman untuk berbicara. Kenapalah dia tidak pernah sedar hakikat itu sebelum ini?

Dan keyakinannya itu semakin kuat apabila dia menyaksikan sendiri Nabila bermesra dengan lelaki lain di KFC kelmarin. Kali ini di gegendang telinganya sendiri dia mendengar dengan jelas, Nabila merengek manja bersama lelaki itu. Di hadapan matanya sendiri, dia melihat Nabila menyuapkan makanan ke mulut lelaki itu. Dia menyesal kerana menidakkan kata-kata Eisya, sahabat baiknya sendiri.

“Aku sedar selama ni kau banyak ambil berat pasal aku. Sya, sudi tak kau jadi girlfriend aku?”

“Hah?” Eisya tersentak.

Irwan tahu Eisya pasti terkejut dengan perubahan drastiknya. Namun hatinya tidak akan berganjak lagi untuk menyayangi gadis itu lebih daripada seorang sahabat. Dia tahu gadis itulah perempuan yang tepat untuk dirinya.

Walaupun cara berpakaian Eisya tidak seperti gadis idamannya, namun penampilannya sudah cukup untuk memikat hatinya. Walaupun sikap gadis itu tidak selembut dan semanja gadis idamannya, namun sikapnya yang mengambil berat perihal dirinya sudah cukup untuk membuatkan dirinya tersenyum bahagia.

“Macam mana, Sya?” soal Irwan apabila Eisya hanya membisu. Mungkin Eisya masih terkejut.

“Aku tak tahu. Macam mana aku nak terima kau sedangkan selama ini aku hanya anggap kau sebagai kawan?” Eisya serba salah.

“Tapi kita boleh cuba kan? Mungkin kita boleh jadi lebih serasi. Bukan ke percintaan itu bermula dengan persahabatan?”

“Aku fikir dulu boleh?”

“Berapa lama?”

“Seminggu? Mungkin dua minggu.”

“Lamanya. Tak apalah. Aku bagi kau masa untuk fikirkan. Tapi aku harap jawapan kau tak mengecewakan aku.”

Tiada ulasan: