Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Disember 16, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 19

Eisya duduk di suatu meja sambil matanya tidak lepas dari memerhatikan Danish dan Syella yang duduk tidak jauh dari mejanya. Eisya berasa cemburu melihat keintiman Danish dan Syella.

Dek kerana terlalu leka memerhatikan gelagat Danish dan Syella, Eisya tidak sedar tatkala Irwan mengambil tempat di hadapannya.

Irwan berasa pelik melihat sikap Eisya sejak akhir-akhir ini. Walaupun jasadnya di situ tetapi fikirannya tidak di situ. Eisya selalu saja tidak memberikan perhatian kepada perbualan mereka. Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Irwan memandang ke arah yang menjadi perhatian Eisya. Danish and Syella? Irwan melihat Eisya kemudian melihat ke arah yang dilihat oleh Eisya dan memandang Eisya kembali.

“Sejak akhir-akhir ni dia orang tu selalu nampak berdua kan?” Irwan sengaja menanyakan soalan itu. Cuba membaca reaksi Eisya. Eisya tersentak lalu memandang Irwan. “Patutlah Danish dah tak selalu lepak dengan kita. Dia orang dua orang macam sesuai kan?”

Eisya cuba berlagak biasa walaupun dalam hatinya agak terasa dengan kata-kata Irwan itu.

“Apa kata kita buat double date nak?” cadang Irwan.

“Double date?”

“Erm…Kita dua orang, Danish dengan Syella.”

“Suka hatilah,” ujar Eisya tanpa sedar kata-katanya itu memakan dirinya. Dia tidak menduga Irwan benar-benar mengotakan kata-katanya. Sangkanya Irwan hanya bergurau. Dan sekarang mereka benar-benar double date. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Danish bersama Syella. Betul ke dia orang dah couple?

Sepanjang mereka berempat menjalani aktiviti santai itu, tanpa Eisya sedari Irwan memerhatikan sikap dan tingkah lakunya. Sengaja dia merancang rancangan itu agar dia dapat memastikan perasaan Eisya. Dan kini dia telah mendapat jawapannya.

“Sya, Wan nak Sya berterus-terang dengan Wan,” ujar Irwan tatkala dia menghantar Eisya pulang ke asrama.

“Wan nak Sya terus-terang pasal apa?” soal Eisya tanpa sebarang sangsi.

Irwan diam sejenak. Eisya berdebar-debar menantikan apa yang akan dikatakan oleh Irwan. Apakah Irwan tahu pasal perasaan aku pada Danish?

“Eisya sukakan Danish?”

Eisya tersentak. Sah, Irwan dah tahu! Tapi macam mana dia tahu? Nampak sangat ke?

“Kenapa Wan tanya macam tu?” Eisya cuba berlagak biasa.

“Sya, terus-terang ajalah dengan Wan. Wan tak marah.”

“Wan tak percayakan Sya ke?”

“Sya, Wan tahu Sya tak pernah curang dengan Wan. Tapi Wan susah hati tengok Sya macam ni. Wan tahu dalam hati Sya cuma ada Danish. Betul kan?”

“Wan…” Eisya tunduk. “Sya minta maaf.”

“Sya tak perlu minta maaf. Wan yang patut minta maaf sebab paksa Sya terima Wan. Kalau Sya betul-betul sayangkan Dani, Wan rela lepaskan Sya.”

“Wan…”

“Pergilah Sya. Wan tahu Danish pun sayangkan Sya.”

“Tapi Wan?”

“Jangan risaukan Wan. Wan sanggup buat apa saja asalkan Sya bahagia. Cuma satu yang Wan minta daripada Sya. Jangan pernah lupakan Wan sebagai teman Sya. Kalau Sya perlukan seseorang, Wan akan selalu ada untuk Sya.”

“Terima kasih, Wan. Sya janji Sya takkan lupakan Wan.”

Tiada ulasan: