Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Januari 27, 2009

Cinta Yang Aku Mahu 30

Resah yang kuubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu menemani
Aku sepi…
Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati
Ini benar-benar kurasakan
Dalam relung hatiku
Tanpamu aku tak mengerti
Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati…



Lagu Tanpa nyanyian Sixth Sense yang berkumandang di radio itu seolah-olah mewakili perasaannya ketika itu. Rasa hendak diluahkan kepada pujaan hati namun dia tahu itu tidak mungkin.

Di hadapan semua orang, dia masih mampu mengukir senyuman. Di hadapan mereka, dia masih mampu berbuat jenaka. Namun tiada siapa tahu dia sedang menanggung rasa kecewa yang berat. Tidak pernah dia menyangka sampai sedalam ini hatinya terluka hanya gara-gara seorang perempuan.

Akhirnya dia tewas juga kepada perempuan. Satu-satunya perempuan yang berjaya membuatkan hidupnya kucar-kacir. Satu-satunya perempuan yang berjaya membuatkan hatinya tidak menentu. Satu-satunya perempuan yang berjaya membuatkannya mengerti makna rindu.

Sedang dia melayani perasaan, tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari luar. Teman sebiliknya terpacul di muka pintu kemudian merebahkan diri ke katil.

“Wan, kenapa kau dengar lagu sedih?” soal Danish.

“Sebab aku tengah sedih,” jawab Irwan lemah.

“Samalah. Aku pun tengah sedih,” Danish turut menghayati lirik lagu itu. Tiba-tiba dia turut bernyanyi. “Tanpa cintamu aku resah. Tanpa kasihmu aku hampa. Tanpa dirimu aku mati.”

Irwan memandang Danish kehairanan.

“Ini benar-benar kurasakan dalam relung hatiku tanpamu aku tak mengerti …” Irwan mengikut Danish bernyanyi.

“Takut aku jauh dari dirimu dan kau tinggalkan aku sendiri tanpamu ku mati…” Irwan dan Danish bernyanyi sepenuh perasaan umpama hanya mereka berdua yang berada di situ.

“Woi, diamlah!”

“Memekak ja! Tak pasal-pasal hujan pulak nanti!”

Irwan dan Danish tidak menghiraukan suara-suara itu malah mereka semakin kuat bernyanyi. Yang penting, mereka puas hati dapat melepaskan perasaan menerusi bait lagu itu.

Tiada ulasan: