Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 9

“Wan, aku ada benda nak bagi tahu kau,” Eisya segera mendapatkan Irwan selepas kelas pada keesokannya.

Dia tidak mahu menunggu lama. Irwan perlu diberitahu tentang Bella hari itu juga.
“Esok-esok ajalah. Aku ada janji dengan Bella ni,” ujar Irwan.

“Kejap aja,” rayu Eisya.

Balik-balik Nabila! Kau terlalu memuja pompuan tu sampai kau tak sedar yang pompuan tu hanya gunakan kau.

Irwan melihat jam di tangannya.

Tak larinya awek kau tu!

“Okey, dua minit aja. Apa dia?”

“Semalam aku terdengar perbualan budak kelas Nabila,” ujar Eisya. Tak ingin aku nak panggil dia ‘Bella’. Nama dah sedap-sedap Nabila, panggil Bella pula. “Aku rasa baik kau cari aja awek lain. Nabila tu tak jujur dengan kau. Dia dah ada boyfriend.”

“Ala…orang cantik macam dia mestilah dah ada boyfriend,” Irwan langsung tidak terkejut dengan berita itu. Orang cantik macam Bella tu mestilah ramai yang tergila-gila. Tak kurang juga yang mencemburuinya sampai sanggup buat cerita yang buruk-buruk tentang dia.

“Kau dah tahu? Habis kau masih nak teruskan hubungan dengan dia?” soal Eisya. Biar betul kawan aku ni? Takkan awek orang pun nak kebas?

“Selagi dia belum kahwin, dia berhak keluar dengan siapa-siapa.”

“Walaupun dia cuma nak gunakan orang tu?”

“Apa kau cakap ni, Sya?”

“Wan, Bella tak ikhlas kawan dengan kau. Dia cuma gunakan kau untuk dapat markah tinggi dalam assignment.”

“Kau jangan mengarutlah, Sya. Aku tak ada masa nak dengar semua ni.”

“Wan, aku ni kan kawan kau. Takkan aku nak tipu kau?”

“Kau tak kenal Bella. Dia tak macam tulah,” Irwan membela Nabila.

“Kadang-kadang kita tak payah kenal orang itu dengan rapat pun kita boleh tahu hati budi dia melalui sikap dan personalitinya.”

“Sudahlah, Sya. Malas aku nak layan kau. Kau pun sama macam Danish,” Irwan segera meninggalkan Eisya. Buang masa aku aja.

“Suka hati kaulah. Apa-apa hal kau jangan cari aku!” Eisya kecewa dengan reaksi Irwan.

Geramnya! Minta-mintalah Tuhan tunjukkan kat kau macam mana perangai sebenar awek yang kau gila-gilakan tu. Baru padan dengan muka kau.

Tiada ulasan: