Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Ahad, Oktober 11, 2009

Cinta Yang Aku Mahu 39

Selepas selesai mandi, dia turun ke tingkat bawah menyertai abang dan sepupunya menonton televisyen.

“Cerita apa?” Dia melabuhkan punggung ke sofa. Sepupunya cuma menjungkit bahu tanda tidak tahu manakala abangnya pula sedang khusyuk menonton drama Melayu di Astro Ria itu. Seolah-olah tidak mendengar pertanyaannya tadi.

“Bang...”

“Apa?” jawab abangya yang bernama Danny acuh tak acuh sambil matanya masih melekat pada kaca televisyen itu.

“Cerita apa?” ulangnya lagi.

“Hisy... kacau sajalah,” Danny kurang senang apabila konsentrasinya terganggu.

“Siapa pelakon dia?”

“Tengok sajalah,” Danny malas hendak melayan pertanyaan adiknya yang dirasakan kurang penting. Fokusnya lebih tertumpu pada heroin drama itu.

“Macam nak terkeluar anak mata tu,” dia sengaja mengusik. Sengaja mahu mengganggu fokus abangnya. Begitulah gelagat abangnya apabila sudah menatap wajah pelakon pujaannya, Liyana Jasmay. Langsung tidak memandang ke kiri, kanan, depan mahupun belakang. Abangnya mendengus kecil.

Suasana hening seketika. Masing-masing membisu. Pandangan ketiga-tiganya kini terarah ke televisyen.

“Aduh, sakit perutlah pula. Abang nak pergi tandas sekejap. Jangan tukar siaran tau!” ujar Danny sebelum bergegas ke tandas. Syella tersengih lantas mengambil kesempatan itu untuk menukar siaran.

“Bosanlah cerita ni.”

Tangannya pantas mencari-cari siaran yang menarik perhatiannya. Banyak drama saja. Cerita-cerita berepisod ni yang malas hendak tengok ni. Nanti dah balik kolej, tak terlayannya. Macam mana nak layan kalau ada-ada saja orang yang conquer bilik TV kat kolej tu. Kalau masing-masing nak tengok cerita yang sama tak apalah juga. Ini tidak. Kena ikut majoriti.

“Syel, Eisya tu gimana orangnya?”

Serentak dia memandang sepupunya. Mungkin terkejut dengan pertanyaan sepupunya itu. Takkanlah Ruri sudah jatuh hati dengan Eisya?

“Kenapa tanya?”

Enggak bisa?”

Bisa. Kamu rasa orangnya gimana?”

“Orangnya baik. Enggak macam-macam,” balas Ruri.

Kesempatan berbual-bual dengan Eisya siang tadi memadamkan anggapannya terhadap Eisya yang dirasakan sombong. Mana tidaknya, Eisya seolah-olah tidak mahu memandangnya apatah lagi menegur ketika pertama kali mereka bersua. Justeru, dia juga mendiamkan diri. Namun tadi Eisya sudah mula ramah bercerita dengannya.

Syella memandang sepupunya sambil tersengih-sengih.

“Apa?”

“Kamu suka dia kan?”

“Kalau suka sebagai teman, enggak salah bukan?”

Syella tertawa kecil.

“Kalau kamu jadian sama dia pun, bagus juga dong. Dia baik dan setia. Buktinya dia setia banget sama Sheila on 7.”

“Ah, gila kamu! Aku kan udah punya cewek!”

“Ya, aku tahu cewek kamu itu lebih cantik daripada Eisya tapi Eisya juga punya kelebihan tau.”

“Kalau dia jadi kakak ipar kamu, kamu suka?” ujar Ruri sebaik-baik saja dia terlihat Danny yang baru saja keluar dari bilik air.

“Kakak ipar?” Dia tidak dapat menangkap maksud tutur bicara Ruri. Kemudian, baru dia tersedar akan kehadiran Danny.

“Hah, siapa suruh tukar?!” Danny mengambil remote control di atas meja lantas menukar kembali siaran drama tadi.

Danny dengan Eisya? Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkakak iparkan Eisya. Masalahnya, sesuai ke?


**********


Matanya yang baru hendak pejam terbuka kembali apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada SMS yang masuk.

Hisy...dia ni lagi! Tak reti bahasa ke? Orang dah kata salah nombor, salah nomborlah! Tak faham bahasa Melayu agaknya!

Telefon bimbit itu dibiarkan sepi. Malas dia hendak layan. Buat sakit jiwa saja. Mula-mula kata salah nombor, lepas tu tanya macam-macam pula. Taktik lapuk. Kalau kau nak mengayat, salah oranglah weh!

Beberapa ketika kemudian, telefon bimbit itu berdering pula. Eisya mula hilang sabar lantas telefon bimbit itu dicapai.

“Weh, kau tak faham bahasa Melayu ke? Aku dah cakap salah nombor, salah nomborlah! Aku cakap Jawa nanti baru tahu!”

“Pandai ke cakap Jawa?”

Gulp! Macam kenal saja suara ni.

“Ruri?”

“Ya, aku.”

Sorry, aku ingat orang gila tadi. Macam mana awak dapat nombor saya ni?”

Seingat aku, tak ada pula dia mintak nombor telefon aku tadi dan aku pun tak adalah sesuka hati nak bagi nombor telefon aku kat orang yang baru aku kenal.

“Daripada Syella,” balas Ruri.

“Mmm... Err... Ada apa awak telefon saya ni?” Eisya mula diserang gagap. Kenapa tiba-tiba dia telefon aku ni?

“Saja.”

Saja? Takkan saja-saja kut?

“Sebenarnya saya tak dapat tidur...”

Habis tu, apa kena-mengena dengan aku?

“Sya, boleh tak kita jumpa?”

“Bila?”

“Sekarang?”

“Sekarang?!” Dia melihat jam. Buang tabiat ke Ruri ni? “Tak bolehlah, Ruri. Dah lewat ni.”

“Aku jemput kamu ya?”

“Tak boleh. Mak saya tak bagi.”

“Janganlah bagi tahu mak kamu.”

“Tak boleh, Ruri,” tegas Eisya. Dia tahu apabila ibunya tidak mengizinkannya berbuat sesuatu perkara itu pasti ada sebabnya.

“Okey, sorry. Kalau esok, boleh?”

“Syella ada sekali kan?”

“Ya, pasti.”

“Kalau macam tu, esok sajalah ya. Aku mengantuk ni.”

“Okey, selamat malam.”

Talian dimatikan. Apa kena Ruri ni? Baru saja kita orang jumpa tadi. Dia dah terpikat kat aku ke? Aduh, perasannya kau Eisya!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kak ilmar ilmia, nape tak bersambung CINTA YG AKU MAHU ??? lama tau saya tunggu.... citer nie best tapi lambat bersambung tu yg ramai lari tuu.... but saya akan tetap di sini sebab enovel kak ilmia mmg best....

GOOD LUCK ILMAR ILMIA.... ALL THE BEST....

yg menanti dan meminati enovel mu,
thir

p/s: cpt sambung n smile always :D

Ilmar Imia berkata...

hehe...sorry sangat2, akak banyak kerja luar ari tu. Balik je dah penat, tu yang tak bukak laptop tu...huhu...insyaAllah akak akan sambung nanti ye. Btw, terima kasih sbab setia menanti :)

Tanpa Nama berkata...

bila nk smbung lama dah tggu pls ya....

Unknown berkata...

Bila nak sambung 2009 masa tu skarang 2013!