Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 6

Hubungan Irwan dan Nabila berkembang dengan cepat. Sekejap sahaja mereka sudah menjadi rapat. Pantang ada masa terluang, mereka pasti bersama.

Ekoran sering terlihat berdua, satu course Mass Comm heboh mengatakan mereka a new couple in Mass Comm.

Irwan, best student couple dengan Nabila ataupun lebih dikenali dengan nama glamournya Bella, model majalah tu. Cerita-cerita macam ni memang cepat tersebar dalam Mass Comm.

Dalam Mass Comm, senior couple dengan junior bukanlah suatu perkara yang baru. Fenomena sebegitu seakan-akan sudah menjadi tradisi. Kalau bukan senior dengan junior pun, paling kurang teman sekelas tapi masih dalam Mass Comm.

Mungkin betul apa yang dikata orang. Timbulnya sayang kerana sudah terbiasa berdekatan.

Hari itu selepas kelas, Nabila menemui Irwan yang sudah menunggunya di gerai.

“Susahlah assignment Writing for Mass Media ni. Kena buat iklan. Puan Laila tu pula bukannya nak ajar. Dia just bagi guideline aja, tapi cara-cara nak buat dia tak cakap,” Nabila mengadu kepada Irwan.

Nama pun universiti. Takkan semua nak kena ajar? Pandai-pandai sendirilah! Ngomel Irwan dalam hati.

“Buat iklan? Gunalah Photoshop ataupun InDesign. Illustrator pun boleh,” balas Irwan. Bukannya susah pun.

“Photoshop? Mana Bella tahu. Bella cuma tahu Microsotf Word aja.”

Kalau setakat Microsoft Word, semua orang tahu guna. Macam mana masuk Mass Comm tapi tak tahu guna basic software ni? Patut dah masuk semester dua mesti dah tahu guna. Irwan mengomel lagi.

“Tak susahlah. Senang aja. Kalau Bella nak, Wan boleh tolong ajarkan,” Irwan menawarkan diri untuk mengajar Nabila.

“Really? Tapi Bella tak ada masalah. Weekend ni Bella kena balik KL. Ada photo shoot untuk majalah,” Nabila mereka alasan.

“Kalau macam tu apa kata malam ni? Kita buat kat library. Bella bawa laptop okay?” cadang Irwan.

“Bukan Bella tak nak. Bella pun teringin sangat nak Wan ajar tapi malam ni Bella dah janji dengan kawan Bella.”

“Habis bila Bella nak buat assignment tu? Deadline bila?”

“Hari Isnin ni.”

“Habis macam mana?”

“Macam nilah. Apa kata Wan tolong buatkan untuk Bella?” Irwan teragak-agak mendengar permintaan Nabila. “Please…Wan. Takkan Wan nak Bella fail?” Nabila merengek manja.

“Tapi…” Irwan masih teragak-agak.

“Wan tak kesian kat Bella ke?”

“Bukan macam tu tapi….”

“Tak apalah. Bella sedar. Siapalah Bella ni,” Nabila pura-pura merajuk.

Irwan serba salah. Takkan aku nak buatkan assignment Bella? Assignment aku pun bertimbun. Tapi kalau aku tak tolong Bella, nanti dia kecik hati pulak dengan aku. Ala…setakat assignment Bella tu kacang aja! Satu hari pun dah boleh siap.

“Okeylah, Wan tolong. Kali ni aja tau,” Irwan mengalah juga akhirnya apabila melihat muka monyok Nabila.

“Macam tulah. Sayang Wan,” Nabila tersenyum senang hati.

Tiada ulasan: