Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, November 25, 2009

Bukan Cerita Baru



Sudah terbit! :)

Tajuk asal: Cinta 'Kan Membawamu Padaku

Sila klik di sini.

Cerita ni sebenarnya aku tulis hampir 10 tahun yang lalu. Masa tu aku dalam tingkatan 4 dan masa tu juga aku suka sangat dengan band seberang yakni Sheila on7. Aku selalu berangan-angan kalaulah dia orang jadi pacar aku ataupun sekurang-kurangnya kawan aku :)

Masa tu aku cuma main-main. Apa yang aku angankan, aku coretkan kat atas kertas. Maklumlah masa tu aku tak reti guna komputer...hehe... Lepas SPM, aku sambung belajar kat UiTM Arau. Jadi, aku hampir melupakan cerita ni dan tak pernah terfikir nak hantar manuskrip ni ke mana-mana. Tapi bila sesuatu benda tu dah mengalir dalam diri kita, memang sampai mati pun, ia akan tetap ada dalam badan kita.

Bila aku dah ada komputer sendiri, aku curi-curi menaip dan menyudahkan cerita ni setiap kali bila idea datang sampaikan aku pernah ketepikan assignment aku semata-mata nak luangkan masa untuk habiskan manuskrip ni. Pernah juga aku tak tidur malam gara-gara idea datang mencurah-curah tatkala itu.

Cerita ni mengambil masa yang lama untuk disiapkan memandangkan aku tak pernah terfikir nak bukukan cerita ni. Lagipun aku malu kalau orang tahu. Aku menulis pun sembunyi-sembunyi. Bila ada orang datang, aku mesti sorok. Mungkin sebab aku tak yakin dengan diri sendiri.

Suatu hari, sorang kawan aku pinjam disket aku. Masa tu belum ada pendrive. Aku tak sangka pula dia akan baca cerita aku. Memang tak boleh dipercayai! Aku yang nak marah tak jadi nak marah bila dia dan sorang lagi kawan aku bagi komen yang positif dan sarankan aku hantar manuskrip ni kepada syarikat penerbitan.

Akhirnya, aku ambil langkah berani hantar manuskrip ni kepada satu syarikat penerbitan. Malangnya tiada jawapan. Tak diterimalah tu. Maklum saja, bukan calang-calang manuskrip yang dia orang terima. Mungkin manuskrip aku belum cukup kuat. Jadi, aku meminta dia orang memulangkan semula manuskrip itu kepada aku.

Kemudian, aku hantar pula manuskrip ini ke satu lagi syarikat penerbitan yang baru nak berjinak-jinak dalam penerbitan novel. Bosnya memberi kata-kata yang menjunamkan semangat aku. Walaupun dia tak cakap secara direct tapi aku tahu maksud di sebalik ayatnya. Katanya penulis ada dua kategori. Satu, penulis yang betul-betul dilahirkan sebagai penulis dan dua, penulis yang diasah. Aku tahu aku dalam kategori kedua.

Aku jadi hilang semangat. Mungkin aku cuma berangan-angan padahal langsung tak ada bakat menulis. Tapi entah kenapa aku tetap menulis. Selepas itu, aku ada hantar ke dua syarikat penerbitan lagi tapi tiada jawapan. Akhirnya, aku mencuba nasib dengan KarnaDya Solutions.

Hampir setahun juga aku menunggu jawapan daripada dia orang kerana ada pencanggahan daripada pihak pengurusan. Ada yang suka dan ada juga yang tidak suka dengan cerita aku. Aku tetap sabar. Banyak kali juga aku menelefon dia orang bagi mengetahui status manuskrip aku.

Aku dapat tahu manuskrip aku dah berkali-kali dipass-pass ke beberapa tangan editor lantaran ada editor yang berhenti. Selepas itu, aku dapat tahu manuskrip aku hilang dan dia orang mintak aku hantar balik. Aku tetap bersabar dan hantar sekali lagi. Tak lama kemudian, dia orang telefon dan meminta aku membaiki manuskrip itu.

Selain itu, aku juga diminta menukar judul dan nama pena. Walaupun tak rela, aku terpaksa akur. Nanti tak pasal-pasal dicop sebagai penulis agong pula. Dan akhirnya, manuskrip ni diterbitkan juga pada penghujung 2009. Alhamdulillah...

5 ulasan:

MaY_LiN berkata...

sis..
date release die bile..
nnti xde la akak tercari2..
nway..congrats ya..

Khar berkata...

novel kamu ya? kenapa senyap2 saja ni? nnt saya tlg war-warkan di AVA

Ilmar Imia berkata...

Trimas, MaY_LiN! :)

Bln 12 kuar.

MaY_LiN berkata...

ai..da keluar ke..?
xpe nnti akak cari yea..
tp baca lmbt skit la..
tgg akak pas exam dl..

Ilmar Imia berkata...

Katanya bln 12 tp xtau bape hb. Saya pun tak tengok lagi.