EISYA
termenung sambil melihat ke luar tingkap biliknya menikmati keindahan langit
malam. Apa yang diberitahu oleh Irwan tadi masih terngiang-ngiang di
telinganya. Sungguh, dia sendiri seperti tidak percaya tetapi bukti yang
ditunjukkan oleh Irwan tadi memaksanya untuk percaya.
Dulu dia selalu menyangka Irwan saja
yang perasan dengan layanan yang diberi oleh Syella. Tapi sekarang dia berasa
bersalah pula kerana menyangka Irwan yang bukan-bukan. Kalau Syella tidak
memberi harapan, dia yakin Irwan tidak akan berperasaan sebegitu. Tiba-tiba dia
berasa kasihan dengan Irwan.
Baginya, Irwan seorang lelaki yang
baik. Selalu menjaga solat, bertanggungjawab, bersifat melindungi dan segala
sifat baik yang lain. Dia tidak sanggup melihat Irwan dikecewakan oleh kawan
baiknya sendiri. Kalau betul Syella tidak pernah sukakan Irwan, mengapa diberi
harapan kepada lelaki itu?
Namun dia juga tahu yang dia tidak
berhak menilai Syella selagi dia tidak mendengar daripada mulut Syella sendiri.
Tidak adil rasanya jika dia menuduh Syella tanpa memberi peluang kepada Syella
untuk menjelaskan segala-galanya.
Namun seperti kata Irwan, dia juga
sebenarnya merasakan perubahan sikap Syella. Syella sekarang sudah jarang
meluangkan masa bersama mereka.
“Apa
yang kau menungkan tu, Sya?” tegur Fauziah.
Eisya
mengalih pandangan kepada Fauziah. Fauziah sedang bersiap-siap untuk keluar.
“Aku
tengah fikir pasal Syella. Sejak akhir-akhir ni, dia macam kerap sangat balik
lambat,” balas Eisya sambil memerhatikan Fauziah bersiap.
“Alah,
tak payahlah kau risaukan sangat pasal Syella tu. Dia dah besar, tahulah dia
fikir mana baik mana buruk,” jawab Fauziah sambil membetulkan tudung di depan
cermin.
“Harap-harapnya,
macam tulah. Eh, kau nak pergi mana malam-malam ni?” Eisya melihat jam pada
skrin telefon bimbitnya. Kebiasaannya jika mahu ke mana-mana, Fauziah akan
mengajaknya bersama.
“Aku
ada group discussion kat perpustakaan, nak siapkan assignment. Aku pergi dulu tau.” Selepas berpuas hati dengan
penampilannya, Fauziah mencapai beg dan bukunya lalu meninggalkan Eisya seorang
diri.
“Assignment?”
Entah
mengapa perkataan itu mengingatkan Eisya kepada Danish.
TELEFON BIMBIT di atas meja ditenung buat sekian kali. Masih tiada apa-apa mesej atau
panggilan yang masuk. Sudah dua hari
berlalu namun Danish langsung tidak menghubunginya.
Eisya
mula bimbang. Bimbang mereka tidak dapat menyiapkan projek yang diberi. Mana
tak bimbang, projek ini menuntut 40 markah daripada keseluruhan markah subjek.
Dia bukanlah pandai sangat, justeru dia cuma menaruh harapan pada projek-projek
sebegini untuk mendapatkan markah.
“Macam
mana ni? Takkan aku yang nak mesej dia dulu? Nanti orang kata aku macam perigi
cari timba pula. Eh, tapi aku bukan nak mengurat dia pun.” Eisya bermonolog
sendirian.
“Tapi
kalau aku tak mesej dia, entah bila projek kita orang nak siap. Kalau projek ni
tak siap, aku juga yang susah nanti.” Eisya mencapai telefon bimbitnya dan
mencari nama Danish dalam senarai nombor telefon simpanannya.
Pada
mulanya, dia ingin menelefon Danish namun kemudian dia berubah fikiran. Lebih
baik dia menghantar mesej saja. Jika Danish tidak membalas mesejnya pun tak
adalah dia berasa malu sangat. Sekurang-kurangnya Danish membaca mesejnya.
Selepas
menekan butang ‘hantar’, Eisya menunggu seketika. Lima minit, sepuluh minit,
setengah jam... Namun Danish masih tidak membalas mesejnya. Mana pula dia
pergi? Atau dia sengaja tak nak balas mesej aku? Eisya mendengus geram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan