Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, Disember 10, 2008

Untitled

Ungkapan sayangku bukan main-main
Lahirnya dari sebuah keikhlasan
Walau nampak macam gurauan
Di hati rasa itu sangat terkesan

Kata itu bukan untuk sebarangan orang
Hanya buat kamu yang aku sayang
Walau kadang tak tertayang
Di benak wajahmu selalu terbayang

Saat namaku kausebut
Terasa bahagia menyelimut
Bila sapaanmu tak kusahut
Itu tandanya aku tengah kalut

Bukan sengaja ku berteka-teki
Hanya mencari waktu yang pasti
Agar pilihan itu takkan ku kesali
Selamanya namamu terukir di hati

Tiada ulasan: