Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, Disember 10, 2008

Lebih Baik Sendiri

Aku tidak bisa mengerti kamu
Mungkin aku bukan orang itu
Aku tidak bisa bergaya ayu
Kerana aku bukan begitu
Aku cuma menjadi diriku
Berbuat apa yang aku mahu

Walau lidahku setajam pisau
Aku tetap ada bila kauperlu
Tak ku biar kau sendiri pilu
Di sini aku ada untuk kau adu
Tapi kau masih ragu-ragu
Kerana sering kita tak sebahu

Takkan pernah lagi aku merayu
Kerana rasa ini sudah membeku
Andai kau rasa terbuang waktu
Biar saja cerita kita jadi abu
Jangan diungkit yang telah lalu
Biar saja ia terbang dibawa bayu

Tiada ulasan: