Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Disember 09, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 16

“Wan, kenapa you dah lama tak call I? I rindu sangat dekat you,” Nabila menyapa Irwan yang ketika itu sedang menyiapkan tugasan bersama Eisya di perpustakaan.

Irwan kaget melihat Nabila di situ. Kenapa pula dia ada kat sini? Kacau mood orang aja. Irwan memandang Eisya. Eisya berlagak biasa.

“Oh, patutlah dah tak ingat kat kita lagi. Dah ada girlfriend baru rupanya,” Nabila memandang Eisya dari atas sampai bawah. Hee… tak macam perempuan langsung! “Do you mind if I’m said that your taste is bad?”

Eisya agak terasa dengan kata-kata Nabila. Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Muka aja lawa tapi perangai hampeh buat apa? Assignment pun orang lain yang buatkan. Kalau dah malas sangat, baik berhenti aja. Menghabiskan duit kerajaan aja!

“Wan, aku pergi toilet kejap,” Eisya segera berlalu sebelum air matanya gugur.

Irwan mengerti perasaan Eisya. Pasti hati Eisya terguris dengan kata-kata Nabila tadi. Dia dapat melihat air mata Eisya bergenang di kelopak matanya.

“Bella, actually I tak berminat nak menjalin hubungan dengan you lagi sebab I dah sedar sekarang yang you ni sebenarnya tak layak terima cinta I. Pompuan yang you kata bad taste tadi tu memang girlfriend I. So you nak apa?”

“You bergurau aja kan?”

“No, I’m not joking. I really love her.”

“Cinta?” Nabila tertawa. “Lelaki playboy macam you ni, apa yang you tahu tentang cinta?”

“Okey, I mengaku I playboy. Tapi itu dulu. Sekarang I dah jumpa cinta I yang sebenar. She’s the one and the only. I rasa lebih baik you tumpukan perhatian on your studies,” Irwan melangkah beberapa tapak kemudian berpaling semula. “By the way, I doakan you lulus semester ni.”

Nabila mengetap bibir.

Kenapa aku sensitif sangat ni? Kenapa aku tak lawan balik kata-kata dia tadi? Kenapa aku masih bersabar? Kenapa? Eisya mengutuk dirinya sendiri.

Eisya membelek rupanya di cermin. Tiba-tiba dia rasa menyampah melihat wajahnya sendiri. Gelap! Buruk! Kampung! Kenapa Tuhan tak jadikan aku cantik macam Syella? Stylish macam Fauziah? Trendy macam Nabila?

“Siapa kata kau tak cantik? Cantik tu tak semestinya kena putih. Orang kulit gelap pun cantik apa. Tapi aku tengok kau pun tak adalah gelap sangat. Muka okay. Ada mata, hidung. Mulut pun tak senget. Kau sepatutnya bersyukur sebab sempurna pancaindera. Ada mata yang boleh melihat, hidung untuk menghidu, mulut untuk berkata-kata. Semuanya cukup. Apalagi yang kau tak puas hati?”

Astafirullah. Betul kata Gee. Inikan muka aku. Aku patut bersyukur dengan kurniaan Ilahi.

“Sya…” Irwan menerpa Eisya yang baru keluar dari toilet. “Kau okey?”

“Aku okey,” balas Eisya. “Wan, aku nak balik hostel.”

Aku dah tak ada mood.

“Okey, jom,” Irwan mengemas buku-buku di atas meja.

Jarak dari perpustakaan ke asrama yang tidak terlalu jauh membolehkan mereka hanya berjalan kaki. Sepanjang perjalanan pulang ke asrama, masing-masing hanya membisu.

“Aku masuk dulu,” Eisya melangkah masuk ke asrama Resak tanpa menoleh ke arah Irwan.

“Sya…” Irwan menghampiri Eisya. Tubuh Eisya dipusing menghadapnya. “Aku tak kisah apa orang nak cakap. Yang aku tahu, aku bahagia bersama kau. Aku sayangkan kau, Sya.”

Eisya menentang mata Irwan. Ikhlas ke dia? Orang macam aku pun boleh bercinta ke?

Tiada ulasan: