Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, Disember 10, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 20

“Hai, geng!”

Tanpa disangka Dimas muncul di hadapannya pada suatu petang tatkala dia sedang duduk bersama Erwin, Sukry, Armand dan Andin di kafeteria. Dia hanya melihat wajah itu sekilas pandang. Sekadar melepas rindu.

“Dim, elo punya waktu hari ini? Enggak ngedate sama Mia?” tanya Erwin. Dimas ada menceritakan perihal gadis itu kepada mereka.

“Yalah, Dim,” celah Armand. “Mana pacar elo tu? Bawalah dia join dengan kita,” Armand menjeling yang lain.

“Elo ini apalah, Dim. Bila orang tidak mahu, elo mahu. Tapi bila orang sudah mahu, elo pula cari yang lain,” ujar Erwin penuh makna. Alangkah sayangnya apabila sesuatu yang kita idam-idamkan sekian lama datang pada waktu yang tidak tepat.

“Tapi bukan salah elo. Cewek itu yang tidak mahu sama kamu,” Armand berlagak bersimpati dengan Dimas.

Mereka berlima menjeling ke arah Hani serentak. Hani yang dapat mengagak dirinya yang sedang dimaksudkan masih cuba berlagak biasa padahal hatinya sudah panas. Pastinya mereka sudah mengetahui perihal dirinya dengan Dimas.

“Tapi tak apalah. Si Mia itu pun cantik, bijak,” puji Erwin. Macam kenal aja. Walhal jumpa pun tak pernah. Hanya dengar cerita Dimas.

“Berbudi bahasa,” tambah Sukry.

“Jujur,” Andin turut menambah.

“Kalau elo jadian sama dia pun kita suka kok,” Armand pula menyampuk. Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin berpandangan sesama sendiri. Cuba membaca reaksi Hani tatkala itu.

Telinga Hani rasa terbakar mendengar kata-kata mereka.

Dia orang ni sengaja nak sakitkan hati aku tahu. Dah tahu aku ada kat sini lagi nak cerita pasal perempuan tu. Entah-entah ini memang rancangan dia orang. Patutlah Erwin beria-ria ajak aku minum dengan dia orang tadi. Ada hal penting konon. Ini ke hal penting tu?

Hani semakin sakit hati apabila mereka berlima tidak berhenti-henti bercakap tentang Mia.

Mia cantiklah. Mia itulah. Inilah. Mia, Mia, Mia! Kat rumah tak nak cerita. Ingat aku nak tahu sangat ke pasal Mia tu? Aku tak minatlah!

Hani mula berang lalu bangkit dari kerusinya meninggalkan mereka berlima. Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin terkejut dengan tindakan Hani.

“Elo ini!” Erwin menyalahkan Armand.

“Elo!” Armand pula menyalahkan Sukry.

“Kok gue?”

Mereka berempat menyalahkan antara satu sama lain kemudian mengalihkan pandangan ke arah Dimas.

“Dim, pergi pujuk.”

“Ini semua salah kalian,” Dimas mengejar Hani yang sudah agak jauh dari situ. Dalam pada itu Dimas masih mampu tersenyum. Berjaya juga rancangan aku.

“Han!”

Hani tidak menghiraukan panggilan Dimas. Langkahnya dipercepatkan. Dia tidak mahu Dimas melihatnya menangis. Dia sudah nekad bahawa dia tidak akan sesekali menitiskan air mata hanya kerana cinta.

Bukannya aku tak pernah kecewa!

“Han...” Dimas cuba menyaingi langkah Hani.

Namun Hani semakin laju melangkah. Melihatkan itu, Dimas menangkap tangan Hani agar gadis itu tidak hilang daripada genggamannya.

“Han,” Dimas cuba memujuk.

“Nak apa?” Hani menepis tangan Dimas kasar. Tak cukup lagi ke kau sakitkan hati aku?
“Han, mereka cuma bercanda. Aku dengan Mia tidak ada apa-apa. Kami cuma berteman,” Dimas menerangkan hal yang sebenar dan berharap Hani mempercayainya.

“Buat apa beritahu aku?”

Air mata Hani gugur juga saat itu. Kekecewaannya sudah tidak mampu ditampung lagi. Namun air mata itu pantas diseka. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu. Air mata pun kenapa mesti jatuh sekarang?

“Sebab…” Dimas memegang bahu Hani dan menatap mata gadis itu. “Aku sayang banget sama kamu.”

Aku memang suka dan sayangkan kamu sejak dulu. Kamu saja yang tidak pernah mahu mengerti.

Hani terkedu mendengar pengakuan Dimas. Dia jadi kaku saat panahan mata Dimas mengena tepat ke matanya.

Betul ke aku dah jatuh cinta dengan dia?

“Dan aku tidak mahu kamu salah faham sama aku. Aku benar-benar sayang sama kamu, Han. Dari dulu dan sampai saat ini, perasaan aku pada kamu tidak pernah berubah.”
“Aku pun.”

Betul. Aku yakin dengan perasaan aku sekarang. Betapa lega hatinya bila meluahkan semuanya. Kalau dari dulu lagi aku bagi tahu perasaan aku tak adalah aku tersiksa seteruk ini.

“Aku tahu.”

“Kau tahu?”

“Setelah kamu bilang tadi.”

Fuh nasib baik tak bocor rahsia. Kalau aku cakap Farra yang bagi tahu mesti Hani marah.

”Mia tu girlfriend baru kau ke?” Farra menemuinya pada suatu hari bertanyakan perihal Mia.

“Aku dengan Mia?” Dimas ketawa kecil. “Kenapa? Aku dengan dia nampak macam couple ke? Tak adalah. Kami cuma berteman.”

“Betul ke? Tapi Hani kata kau dengan dia nampak mesra aja,” Farra masih tidak percaya.

“Aku dan Mia dah lama kenal. Kami satu sekolah di Yogya dulu. Tapi waktu aku melanjutkan pelajaran di sini, kami terputus hubungan. Dia juga sudah berpindah ke Bandung. Terus waktu di Yogya kelmarin, kita ketemu kembali. Dan kebetulan dia ada urusan kerja di sini. Lagipun dia tidak punya sesiapa di Malaysia, makanya sepanjang dia di sini aku menemaninya,” terang Dimas panjang lebar.

“Owh… macam tu ke?”

Farra mula mengerti.

Apalah Hani ni. Itulah bukannya nak bertanya. Ikut kepala sendiri aja. Apa yang dia nampak itulah yang dipercayanya.

“Kenapa?” Dimas menyoal Farra kembali.

Tiba-tiba aja perihal Mia ditimbulkan. Bukan ke hanya Hani, Erwin dan yang lain-lain aja yang tahu tentang Mia. Mungkin Hani yang bagi tahu Farra. Tapi kenapa pula Hani nak bagi tahu Farra tentang Mia?

“Hani ingat Mia tu girlfriend kau,” jelas Farra.

Dimas hairan. Kalau benar sekalipun Mia girlfriend aku, apa kaitannya dengan Hani? Bukan ke dia yang menolak aku?

“Sebab itu Hani marah?”

Farra menggangguk.

“Takkan sebab itu pun dia nak marah?”

“Dia tak marah tapi cemburu.”

“Dia cemburu?”

Hani cemburu? Ini perkembangan yang bagus.

“Betul ke dia cemburu?” Dimas seakan gembira dengan khabar itu.

“Betul. Sebenarnya Dim, Hani pun sukakan kau. Sejak kau balik Yogya, aku tengok Hani tu lain macam aja. Termenung sini. Termenung sana. Assignment pun dia tak buat. Bila dia dapat tahu kau nak balik sini, dia pergi airport nak jemput kau tapi kau balik dengan Mia. Berapilah dia,” cerita Farra.

“Hani pergi airport semata-mata mahu menjemput aku?” Dimas terkejut kemudian tersengih. Owh... hantar kawan ya? Pandai. Biar aku kenakan kamu pula.

Tiba-tiba suatu idea muncul di kepalanya. Dimas tersenyum mengenang perkara itu.

“Kenapa senyum?”

Hani hairan melihat Dimas tersenyum sorang-sorang.

“Tak ada apa.”

“Ingat Mialah tu. Dahlah! Pergilah cari Mia!” Hani merajuk semula.

“Taklah. Aku cuma gembira kerana akhirnya kamu sudi menerima aku. Aku tidak mahu menjanjikan apa-apa. Aku mahu kamu rasakan sendiri betapa sayangnya aku pada kamu,” ujar Dimas. “Kamu jangan menangis lagi ya.”

Hani mula tersenyum. Air matanya diseka.

“Tapi kau tipu aku!”

Hani menolak Dimas.

“Aduh!” Dimas memegang dadanya. Mukanya kelihatan menahan sakit yang teramat.

Hani cemas melihat Dimas.

“Dim, kau okey ke? Sorry, Dim…” Hani menggosok-gosok tempat yang dipukulnya tadi. Sorry, Dim. Aku tak berniat.

Dimas menggenggam tangan Hani. Hani terkejut.

“Aku tahu kamu sayangkan aku.”

Dimas tertawa kerana berjaya menipu Hani. Hani berasa marah lalu menarik tangannya daripada pegangan Dimas namun Dimas semakin erat menggenggam tangannya.

“Aku tidak akan pernah lepaskan kamu lagi,” janji Dimas. “Tidak akan.”

Tiada ulasan: