Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Khamis, Disember 18, 2008

Budak S.M.A.R.T. 30

Petang Jumaat itu, Azrizal, Shafik, Iqbal, Laily, Melissa dan Azleen menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran di perpustakaan awam.

“Mana Riz ni? Lamanya pergi tandas,” rungut Iqbal.

“Dia sakit perut agaknya,” celah Azleen.

“Kejap lagi datanglah tu. Baru beberapa minit dia pergi kau dah rindu kat dia?” Shafik mengusik nakal.

“Mestilah rindu,” ujar Iqbal bersungguh.

“Haa…tu dia. Dengan Tya…?”

Semua mata tertumpu ke arah pintu perpustakaan itu. Kelihatan Azrizal dan Athira berjalan beriringan menghampiri mereka.

“Hai,” Athira menyapa mereka.

Azrizal menarik kerusi di meja sebelah dan mempelawa Athira duduk di sebelahnya. “Duduklah Tya.”

“Thanks.”

Mereka hairan melihat layanan Azrizal kepada Athira. Apakah Azrizal sudah lupa apa yang telah dilakukan oleh Athira kepadanya dahulu? Macam mana pula dengan Laily?

“Kenapa kau orang tengok aku ni?” Azrizal berasa dirinya diperhati. Aku lupa zip seluar ke? Azrizal melihat zip seluarnya. Dah zip. Apa yang tak kena?

“Tak ada apa. Rindu,” balas Shafik bersahaja.

Mereka kembali meneruskan ulangkaji. Sesekali Laily sempat mencuri pandang ke arah Azrizal dan Athira. Mereka berdua kelihatan sangat mesra. Seperti dulu! Adakah mereka telah bersama semula?

Apalah kau ni Riz! Kesian Laily. Marah Shafik di dalam hati.

Riz ni memang dah nyanyuk! Yang dia pergi layan Tya tu kenapa? Iqbal turut tidak berpuas hati dengan sikap Azrizal.

“Adoi letihnya,” ujar Shafik selepas tiga jam mereka mengadap buku. Melissa melihat jam di tangan kirinya.

“Dah petang ni. Aku kena balik. Jom Laily.”

“Eh, janganlah balik dulu! Jom kita lepak Megamall kejap. Minum minum,” cadang Shafik.

“Bagus juga idea tu. Aku pun dah naik juling tengok buku ni,” Azrizal berpaling kepada Athira. “Jom Tya.”

“Boleh juga,” Athira bersetuju.

“Laily?” Shafik memandang Laily.

“Sorry… saya tak boleh pergi. Ayah saya dah pesan suruh balik cepat,” bohong Laily walaupun dia memang teringin sangat nak berlama-lama dengan Azrizal namun dia tidak sanggup nak tengok kemesraan Azrizal dengan Athira. Dia betul-betul sakit hati dan cemburu mungkin.

“Ala…janganlah macam tu Laily. Jomlah. Kejap aja,” pujuk Shafik.

“Sorry. Saya memang tak boleh. Saya balik dulu ya,” Laily meminta diri.

“Tunggu apa lagi? Jomlah,” gesa Azrizal. Shafik dan Iqbal memandang Azrizal tidak puas hati.


***


“Kita nak pergi mana dulu ni?” tanya Azrizal sebaik-baik sahaja mereka menapak di Megamall. Mereka hanya berempat memandangkan Laily, Melissa dan Azleen tidak dapat menyerta mereka.

“Kita makan dululah. Aku laparlah,” ujar Iqbal.

“Nak makan kat mana?”

Mereka saling berpandangan. Tidak tahu mahu makan di mana. Bila dah ramai-ramai macam tu, pasti macam-macam jenis makanan yang bermain di kepala masing-masing.

“Aku nak makan Mc’ Donalds,” Iqbal menyatakan keinginannya.

“Aku pun,” Shafik setuju dengan Iqbal.

“Tya macam mana?” tanya Azrizal. Dia tahu Athira suka makan tomyam.

“Tya nak makan tomyam tapi kalau Shafik dan Iqbal nak makan Mc’ Donalds, Tya tak kisah,” balas Athira.

“Macam nilah. Kau orang makan kat Mc’ Donalds, biar aku dan Tya makan kat food court,” usul Azrizal.

“Ala…takkan kita nak berpecah? Tak bestlah macam tu,” rungut Shafik. “Tak apalah. Kita makan kat food court ajalah.”

Shafik dan Iqbal mengekor langkah Azrizal dan Athira. Sementara menunggu makanan mereka siap, mereka duduk di sebuah meja.

“Riz, Tya pergi tandas kejap ya,” Athira berlalu ke tandas berhampiran.

Shafik dan Iqbal berbalas pandang. Athira sudah tiada. Inilah peluang mereka untuk ‘membelasah’ Azrizal secukup-cukupnya.

“Riz, kenapa dengan kau ni haa?” marah Shafik.

“Kenapa apa?” Azrizal tidak mengerti.

“Yang kau pergi baik sangat dengan Tya tu kenapa?” suara Shafik lagi.

“Laa….salah ke aku baik dengan dia?”

“Memanglah salah. Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat kat kau dulu?”

“Entah! Kau ni memang pelupa betullah. Tak serik-serik lagi?” Iqbal pula menyampuk.

“Apa salahnya aku baik dengan dia? Walaupun kita orang dah tak ada apa-apa kita orang masih kawan. Rasanya tak salah. Lagipun benda tu kan dah lepas,” tenang sahaja Azrizal menutur bicara.

“Kau ni memang pentingkan diri sendiri tahu!” Shafik berang mendengar kata-kata Azrizal.

“Apa hal pula ni?”

“Kau tahu tak yang Laily suka kat kau?”

“Hah?” Azrizal terkedu. Laily suka kat aku?

“Buat-buat terkejut pula?”

“Aku memang tak tahu pun dia suka kat aku,” luah Azrizal. Lagipun aku cuma anggap dia macam kawan aja.

1 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

waaaaaahh..
da timbul konflik dalaman nieh..
cpat2 smbung..
hihi...