Sudah lebih 20 minit berlalu. Namun dia masih di situ. Sepanjang hayatnya, inilah kali pertama dia mengerjakan solat sunat Hajat. Memohon keampunan dan kesejahteraan kepada Allah yang Maha Berkuasa.
Sudah agak lama dia tidak mengerjakan suruhan Allah itu. Sejak dinaikkan pangkat, dia semakin lalai dan leka dengan tugasnya sebagai pensyarah. Mungkin ini balasan Allah kepadanya kerana mengingkari rukun Islam yang kedua itu.
Anak-anaknya, Suraya dan Hani juga diabaikan. Namun syukur mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak elok.
Saat ini, dia amat berharap agar dia diberi kesempatan kedua bagi memperbaiki diri dan keluarganya. Dia juga berjanji akan memberikan pehatian yang lebih kepada keluarganya terutamanya Hani.
Sebaik-baik sahaja dia mengaminkan doanya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan. Dia mencari-cari telefon bimbitnya di dalam beg tangan yang diletakkan di hadapannya ketika bersolat tadi.
Pantas dia menjawab panggilan itu apabila melihat nama si pemanggil.
“Mak, abah dah sedar!” suara di hujung talian kedengaran gembira.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih, Tuhan,” dia memanjatkan kesyukuran. Dia tahu Tuhan telah memakbulkan doanya.
***
“Bang…” Puan Rohana memegang tangan suaminya.
“Saya kat mana ni?” Encik Mustaqim berasa tempat itu terlalu asing.
Lama sangat ke aku tidur?
“Abang kat hospital,” ujar Puan Rohana lembut.
“Hospital? Saya sakit ke?”
Hani dan Puan Rohana berpandangan.
“Abang lupa ya? Abang kemalangan hari tu.”
Encik Mustaqim memandang orang-orang yang berada di sisinya ketika itu.
“Hani…”
“Ya, bah…” Hani merapati ayahnya.
“Suraya mana?”
“Kak Su dalam perjalanan dari Muar. Kejap lagi dia sampai.”
Encik Mustaqim menggangguk. Kemudian, pandangannya jatuh pada lelaki di sebelah Hani.
“Yang ni siapa pula?”
“Ini Dimas, bah. Kawan satu kolej Hani.”
“Pak cik….” sapa Dimas.
“Dah berapa lama saya tidur?” tanya Encik Mustaqim kepada isterinya.
“Dah dua hari abang tak sedarkan diri. Saya takut betul,” luah Puan Rohana. Mujur Tuhan masih panjangkan usia suaminya. Kalau suaminya tak ada, entah bagaimanalah nasib mereka tiga beranak.
Selama ini, mereka terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga terlupa antara satu sama lain. Namun apabila perkara seperti ini terjadi, barulah mereka menyedari yang mereka saling memerlukan.
“Mak…” seorang wanita dan seorang lelaki menerpa ke bilik itu. “Macam mana dengan abah?”
“Syukur alhamdulillah,” ujar Puan Rohana.
“Alhamdulillah,” wanita itu turut mengucapkan syukur.
“Macam mana abah boleh kemalangan?” Tanya lelaki yang bersama wanita itu pula.
“Entahlah. Abah pun tak ingat,” Encik Mustaqim cuba mengingati apa yang telah berlaku namun sedikit pun dia tidak ingat.
“Tak apalah, bang. Yang penting abang selamat. Sehari, dua lagi bolehlah keluar hospital,” terang Puan Rohana. Dia juga cemas apabila tiba-tiba denyutan jantung suaminya dikatakan lemah. Selepas pemeriksaan doktor, suaminya mula dilaporkan stabil.
***
“Macam mana Dimas boleh ada kat sini?” tanya Suraya ketika dia dan Hani membeli minuman di kantin hospital. Sengaja dia mengajak Hani ke situ. Bolehlah mereka berbincang tentang hal peribadi.
“Farra yang bagi tahu dia Hani kat sini. Bila dia tahu abah sakit, dia terus datang sini,” cerita Hani.
“Sayang betul dia kat Hani ya.”
“Itulah. Hani pun tak sangka dia sanggup datang sini semata-mata nak temankan Hani.”
“Kalau dah ada orang yang sayang tu, hargailah dia.”
“Tapi Hani tak tahulah, Kak Su. Kadang-kadang Hani rasa yang Hani ni tak sesuai untuk dia. Dia patut dapat yang lebih baik daripada Hani.”
“Kenapa pula Hani cakap macam tu?”
Hani menjungkit bahu.
***
Malam itu, Hani menghantar Dimas di Terminal Makmur dengan ditemani Suraya dan Rahman.
“Kau balik kolej dulu ya,” ujar Hani.
Dimas tak sepatutnya berada di sini. Dia akan ketinggalan dalam pelajaran jika terus ada di sini.
“Kamu?” Tanya Dimas.
Aku tidak mahu meninggalkan kamu sendiri.
“Aku pun akan balik kolej tapi bukan sekarang. Aku masih ingin meluangkan masa dengan keluarga aku,” Hani meluahkan hasratnya.
Telah banyak masa yang dibazirkan selama beberapa tahun ini. Justeru, dia ingin menebus kembali masa-masa yang ada untuk keluarganya.
“Aku mahu menemani kamu,” luah Dimas.
“Tak boleh, Dim. Aku tak nak kau gagal semester kerana aku. Kau kan dah semester akhir. Hujung semester ni dah nak grade.”
“Tapi…”
“Jangan risaukan aku. Aku ok. Tentang perkara semalam, aku tak dapat bagi jawapan sekarang.”
“Aku faham. Tapi kalau ada apa-apa, jangan lupa contact aku ya.”
Hani menggangguk.
“Dah sampai masa ni. Kau naiklah bas.”
“Aku tunggu kamu di kolej ya,” Dimas baru melangkah beberapa tapak apabila Hani memanggilnya.
“Dim…” Dimas berpaling. “Terima kasih.”
Aku sayang kau tapi aku belum bersedia untuk mengucapkannya.
Dimas membalasnya dengan senyuman.
Aku ingat kau nak ucap sayang. Tak apa, aku akan tunggu saat itu.
***
Di rumah Hani, suasana riuh apabila mereka sekeluarga makan malam bersama. Buat pertama kalinya, mereka sekeluarga duduk semeja. Masing-masing sibuk bercerita mengenai perihal masing-masing.
Namun dalam keriuhan itu, Puan Rohana perasan anak bongsunya tidak banyak bersuara. Memang itu sifat semulajadi Hani. Pendiam dan tidak banyak bercakap sampaikan pernah di sekolah dulu, gurunya mengadu kepadanya yang Hani tidak banyak bercampur dengan teman-teman sekelasnya. Mungkin disebabkan itu, Hani tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi apakah seorang yang pendiam itu tidak mempunyai apa-apa untuk diucapkan? Mungkin mereka berat di mulut namun pasti ada sesuatu yang bermain di fikiran mereka.
“Hani, tambah nasi lagi,” Puan Rohana menyeduk nasi ke pinggan Hani. “Makan banyak sikit.”
“Ya, Hani. Makan banyak sikit. Bagi berisi sikit badan tu,” celah Encik Mustaqim.
Hani cuma tersenyum.
“Hani, ni mak nak tanya sikit. Apa hubungan Hani dengan Arri?”
Hani tersentak dengan pertanyaan itu.
“Arri tu kawan Hani masa sekolah dulu,” terang Hani. Dia cuba berlagak biasa.
“Kawan satu sekolah?”
“Bukan. Dia kawan kepada kawan Hani.”
“Habis tu sekarang?”
Hani tidak mengerti.
“Sekarang ni macam mana? Hani masih ‘berkawan’ ke dengan dia?”
“Kita orang kawan aja. Dia dah kahwinlah, mak. Baru aja dapat anak.”
“Dah kahwin? Sayanglah.”
“Dimas pula?” Tanya Encik Mustaqim pula. Dia nampak macam mana layanan Dimas pada Hani ketika di hospital. Takkan kawan aja kut?
Hani memandang Suraya. Suraya cuma tersengih.
“Dimas tu kawan satu kolej Hani. Dia senior Hani,” jawab Hani. Kenapa mak dengan abah banyak tanya ni?
“Kawan aja?” duga Rahman pula.
Takkanlah kawan sanggup datang sini?
“Setakat ni kawan ajalah,” Hani tidak mahu memanjangkan perkara itu.
“Mak dengan abah ni bukan apa, Hani. Mak dengan abah tak larang kalau Hani nak berkawan. Cuma Hani kena tahu batas-batasnya. Jaga nama baik keluarga kita,” nasihat Puan Rohana.
“Hani tahu, mak. Hani ingat pesan mak dengan abah.”
***
Telefon bimbit Hani berbunyi ketika Hani melangkah masuk ke dalam biliknya. Hani mencapai telefon Nokia yang berada di atas katil itu lalu segera membaca S.M.S. yang baru diterimanya itu.
'Hi, syg. Km udah tido?'
Hani tersenyum membaca SMS itu lalu membalasnya..
'Nk tido la ni.'
Dimas segera membaca S.M.S. Hani.
Nak tidur dah ke? Ya, tidur ajalah, Dimas. Tidak mungkin dia mengucapkan sayang malam-malam begini.
Dimas bersiap-siap untuk tidur apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada S.M.S. yang masuk. Dimas gembira melihat nama si pengirim.
'Thx Dim. Ko dh byk b’korban utk aku. Tp aku stil x dpt nk ucap 3 words tu dpan ko. So aku anta sms aja ek. AKU SAYANG KAU!'
Dimas tersenyum membaca SMS itu. Kok ucap sayangnya lewat SMS aja? Dimas membalas SMS itu.
'Aku juga sayangggg kamu. Bila km mau ke sni? Aku rindu ama km.'
'Ye ke rindu? Kn ada byk aweks cun kt sna?'
'Iya tp X secun km =)'
'=p Klu xde pape, insyaAllah sok aku blk klj.'
'Besok? Bgus skali! Bas jam brapa? Aku jemput km d Pudu ya?'
'Waduh, ko xde klas ke sok? Kita jmpa d klj aja la. Bas kol 10 pg.'
'Xpe. Aku jemput km. Aku tgu.'
'Ske ati ko la. K, jmpa sok. Nite!'
'Nite! Mimpi yg indah ya =)'
Hani tersenyum membaca SMS terakhir Dimas kemudian mematikan lampu. Bersiap untuk tidur.
***
Matanya yang baru sahaja hendak lena terbuka kembali apabila telefon bimbitnya bernyanyi. Dia membaca SMS itu.
'Dh smpai KL mn?'
Sejak dia memberitahu Dimas yang dia akan pulang ke kolej hari itu, Dimas tidak henti-henti mengirim SMS. Tanya bila dia nak sampai, dah sampai mana sekarang. Lama lagi ke… bla… bla… bla…
'Aku kn bru naik bas. Nnt dh smpai KL, aku bg tau la.'
'Ok. Aku cuma X saba mau ketemu km'
'Mayb dlm 3 jam lg aku smpai la. Ko kt mn ni?'
'CM.'
'Dgn diorg ke?'
'Xla. Sorg. Xkn nk jmpa km nk bw diorg kn? =)'
'Ada2 aja. Tgu la situ.'
'Ok!'
***
“Hai, Hani. Bila balik sini? Khabarnya, ayah kamu masuk hospital. Macam mana keadaannya?” Erwin, Sukry, Armand dan Andin menyertai Hani dan Dimas yang sedang makan di kafeteria kolej.
“Alhamdulillah, keadaan ayah aku bertambah baik. Ni pun aku baru aja sampai dari Kuantan,” balas Hani.
“Baru aja? Baru sampai udah dating sama Dimas?” usik Armand.
“Baguslah. Kamu tahu tak, bila kamu tak ada, Dimas ini macam orang tidak betul, makan tak kenyang, tidur tak lena tapi aku tak tahu dia mandi basah ataupun tidak sebab aku tak pernah tengok dia mandi,” Erwin menambah.
“Kalau tak basah, bukan mandi namanya tu,” celah Sukry.
“Kalian baik-baik aja kan?” soal Erwin.
“Ok aja,” jawab Dimas.
“Kalau begitu, Dim elo ajak aja Hani ke majlis kita,” cadang Erwin.
“Majlis apa?” Hani tidak mengerti.
“Begini. Kita ada majlis makan malam untuk pelajar-pelajar semester akhir bulan depan. Makanya aku mahu tanya kamu, sudi tak kamu pergi majlis itu dengan aku?” pelawa Dimas.
“Dinner pelajar tahun akhir? Tak naklah!”
“Kenapa?”
Hani diam. Dia memandang Dimas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan