Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Mei 07, 2012

Aina Masuk Asrama

Assalamualaikum kepada anda yang masih setia membaca blog ini. Maaf kerana sudah lama saya tidak memasukkan entri e-novel baru atau cerpen. Saya kini sedang sibuk dengan kerja baru, jadi kerja-kerja menulis saya menjadi perlahan sedikit. Apa pun, novel baru saya baru sahaja terbit.

Kali ini saya cuba menulis cerita kanak-kanak pula. Novel ini adalah terbitan Ana Muslim.




Aina merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mempunyai tiga orang kakak, seorang abang dan dua orang adik. Namun begitu, mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan baginya. Hal yang demikian kerana dia berasa rimas dan tertekan kerana apa-apa sahaja dia perlu berkongsi dengan mereka. Selepas keputusan UPSR diumumkan, Aina menerima tawaran ke sekolah berasrama penuh. Aina berasa sangat gembira dan teruja kerana hasratnya untuk memasuki asrama penuh tercapai. Namun kebebasan yang diharapkan bukanlah seperti yang dibayangkan. Apakah yang berlaku terhadap Aina? Adakah keputusannya tinggal di asrama merupakan satu penyesalan kepadanya?



Walaupun lambat, saya sedang cuba menyiapkan beberapa buah manuskrip lagi untuk tahun ini. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.

Tiada ulasan: