Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Ahad, Disember 21, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 25

“Sejak bila kau merokok ni? Kau baik-baik sikit. Nanti kena tangkap aku juga yang kena,” Irwan menegur Danish yang selamba aja hisap rokok di dalam bilik.

Danish diam. Berkepul-kepul asap keluar dari rokok di bibirnya.

“Kau tak keluar ke hari ni?” Tanya Irwan. Akhir-akhir ini, Danish sudah jarang-jarang ada di bilik. Tak ada lainlah tu. Mesti keluar dengan Syella.

“Nak keluar dengan siapa?”

Aku bukan macam kau. Awek bersepah. Danish masih berdendam dengan Irwan kerana membabitkan Eisya dalam permainan playboynya. Tapi yang lebih menyakitkan hatinya, kenapa Eisya terima Irwan sedangkan dia tahu perangai Irwan yang playboy tu.

“Dengan awek kau tulah, Syella,” balas Irwan. Takkan awek sendiri pun lupa?

“Bila masa pulak dia jadi awek aku?” bantah Danish. Kalau dia cakap yang Syella tu bukan aweknya, pasti ramai yang tidak percaya memandangkan dia dan Syella selalu sahaja kelihatan bersama sejak kebelakangan ini atau lebih tepat lagi selepas Irwan mengumumkan hubungannya dengan Eisya.

Danish akui memang tak susah untuk jatuh cinta dengan Syella. Melihatkan wajahnya yang Chinese look itu aja pasti ramai lelaki yang terpikat. Tambahan pula, Syella agak manja orangnya. Namun, Syella tidak mampu memberikannya suatu perasaan yang berbeza seperti mana apabila dia bersama Eisya.

“Habis yang kau kerap keluar dengan dia tu bukan dating ke?” Irwan pelik. Kalau dia orang tak ada apa-apa, kenapa dia orang selalu keluar bersama? Kalau dia orang tak serius, kenapa Danish terima cadangannya untuk buat double date hari tu?

“Kalau aku keluar dengan dia pun, tak bermaksud aku couple dengan dia kan? Aku dengan Syella tu kawan ajalah,” ujar Danish. Pantang lelaki dan perempuan bersama, mesti orang akan ingat couple. “Yang kau sibuk tanya aku ni kenapa? Yang kau tu tak keluar dengan Eisya ke?”

“Tak. Dan, aku ada benda nak tanya kau ni tapi aku nak kau cakap terus-terang dengan aku.”

“Apa dia? Serius aja aku tengok.”

“Macam nilah, Dan... Aku pun tak nak putar belit dengan kau. Kita kawan dah lama kan? Dah lebih satu tahun. Eh, lama ke? Kira lamalah tu. Jadi, aku harap kau tak payahlah nak berselindung dengan aku lagi. Betul ke kau sukakan Eisya?”
Danish tersentak. Gilalah Irwan ni! Ada ke patut dia tanya aku pasal awek dia. Eh, awek dia pun kawan aku jugak.

“Kenapa kau tanya aku pasal benda ni?”

Kalau aku suka dia pun, apa yang aku boleh buat? Dia kan dah jadi awek kau sekarang.

“Aku tanya kau ni sebab Eisya suka kat kau.”

“Kau jangan main-main, Wan.”

“Betul, aku tak tipu. Eisya sendiri dah mengaku kat aku.”

“Tapi kalau dia suka kat aku, kenapa dia couple dengan kau?”

“Sebab dia kesian kat aku kut. Sebenarnya Dan, aku dengan Eisya dah clash. Aku pun tak nak dia couple dengan aku sebab terpaksa.”

“Wan, aku tak tahu nak cakap apa,” Danish kehilangan kata-kata. Betul ke Eisya pun sukakan aku?

“Sama-sama…” ujar Irwan.

“Terima kasih, Wan. Aku nak jumpa Eisya sekarang,” wajah Danish sudah bertukar ceria. Danish bangkit dari katil namun ditegah oleh Irwan.

“Kalau ya pun, tak boleh tunggu esok ke? Kan dah malam ni.”

Danish melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah hampir ke pukul sepuluh malam.

“Ya tak ya. Esok ajalah aku jumpa dia,” Danish duduk di katilnya semula. Lambatnya nak tunggu esok. Danish memandang Irwan.

“Tapi Wan, kau macam mana?” Danish serba salah. Takkan tergamak dia bergembira sedangkan Irwan pula sebaliknya. Sedikit sebanyak situasi itu pasti memberi kesan kepada Irwan. Bukan ke Irwan pernah cakap yang dia serius dengan Eisya?

“Tak payahlah kau nak risaukan aku. Aku okey. Bukannya kau tak kenal aku. Setakat nak cari awek, anytime aja,” ujar Irwan selamba seolah-olah dia tidak berasa apa-apa dengan Eisya. “Oklah, Dan. Aku nak pergi mandi.”

“Thanks, Wan!”

Tiada ulasan: