Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Disember 20, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 24

Eisya mengatur langkah ke asramanya. Langkahnya lemah. Wajahnya muram. Setiba di biliknya, Eisya merebahkan tubuh ke katil. Tiba-tiba dia menangis.

Fauziah yang baru muncul dari tandas terkejut melihat keadaan Eisya lalu merapatinya.

“Sya… Sya, kenapa ni?”

Eisya tidak menjawab pertanyaan Fauziah. Dia masih teresak-esak.

“Sya… Kalau ya pun kau kecewa pasal Danish dengan Syella janganlah sampai macam ni. Dah bukan jodoh kau dengan Danish. Nak buat macam mana?” Fauziah cuba memujuk.

Tangisan Eisya semakin menjadi-jadi apabila dua nama itu disebut. Hatinya semakin bengkak apabila mengingati kemesraan Danish dan Syella ketika di dalam kelas tadi.

“Ok, ok. Aku tak sebut nama dia orang dah,” pujuk Fauziah. Parah betul penyakit kawan aku ni. Sebut nama pun tak boleh.

Eisya mengesat air matanya.

“Aku bukan menangis sebab Danish.”

“Habis tu?”

“Aku menangis sebab…” Eisya menahan tangisnya. “Aku fail test PR.”

“Kau fail test PR? Tapi markah kau tak adalah teruk sangat kan?”

Eisya menunjuk kertas ujiannya kepada Fauziah.

Fauziah melihat kertas ujian Eisya. Fauziah terkejut melihat markah yang tertera di kertas ujian itu.

“Dua per lima puluh?” Fauziah memandang Eisya dan cuba memujuknya. “Sya… Dahlah tu. Kau anggaplah ini semua sebagai pengajaran. Final nanti kau buatlah betul-betul. Dahlah.”

Tangisan Eisya masih bersisa. Tidak pernah dia gagal ujian seteruk itu. Paling teruk pun 40 markah sahaja. Eisya menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. Semua ini pasti gara-gara dia sibuk memikirkan soal cinta hingga mengabaikan pelajaran.

Tiba-tiba dia teringatkan ibu bapanya di kampung. Kalau mereka tahu dia gagal dalam ujian, mesti mereka kecewa. Bukan ke mereka sudah bersusah payah mencari duit agar dia dapat belajar di universiti?

Eisya tahu ibu bapanya sanggup menebalkan muka meminjam wang daripada sanak-saudara bagi membiayai pengajiannya ke universiti memandangkan keluarganya tidak mampu. Tambahan pula, adik-beradiknya ramai.

Maafkan Eisya, mak, bah…

Tiada ulasan: