Eisya membelek wajah dan penampilannya di cermin. Dari semalam, bibirnya tidak berhenti tersenyum. Setelah berpuas hati melihat penampilannya, dia mencapai begnya dan melangkah ke pintu.
Namun belum sempat dia membuka pintu tersebut, pintu tersebut dibuka dari luar. Eisya terkejut melihat wajah di hadapannya.
“Kau ni Syella buat terkejut aku aja,” Eisya mengurut dada.
“Sorry… Kau nak keluar ke?”
“A’ah. Aku ada hal sikit.”
“Kau kejar masa ke?”
“Taklah. Kenapa?”
“Aku ada benda nak cakap dengan kau sikit,” Syella melabuhkan punggung ke katil Eisya.
“Apa? Cakaplah. Aku dengar,” Eisya mencapai kasut sukannya yang diletakkan di atas rak kasut di luar biliknya kemudian menyarung stoking ke kakinya.
“Aku rasa aku dah jumpalah orang yang aku suka.”
“Baguslah,” balas Eisya acuh tak acuh. Balik balik cerita pasal lelaki. Rimas betul!
“Nak tahu siapa?”
Eisya masih bersikap acuh tak acuh namun dilayan juga demi menjaga hati temannya itu.
“Siapa?”
“Danish.”
Eisya tersentak.
“Danish mana?”
“Danish mana lagi yang kau kenal? Danish kelas kita tulah. Danish Haikal.”
“Dia tahu ke kau suka kat dia?”
“Belum. Tapi aku rasa dia tahu kut. Semenjak dua menjak ni dia baik sangat dengan aku. Kau rasa dia suka kat aku tak?”
“Agaknya. Syella, aku dah lambat ni. Aku pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu.”
“Okey.”
Eisya berasa marah, sedih dan kecewa apabila mendengar pengakuan Syella tadi. Hee…Macam tak ada orang lain aja. Eisya mengomel sendiri.
Eisya menuruni tangga namun sampai di tingkat satu, langkahnya terhenti. Dia kemudian melabuhkan punggung di tangga. Telefon bimbitnya di dalam saku seluar dikeluarkan.
Eisya menaip mesej kepada Danish.
“Sorry… Aku tak dapat datang. Ada hal.”
Selepas menghantar mesej itu Eisya menghubungi Irwan pula.
“Wan, aku nak jumpa kau kejap boleh? K, aku jumpa kau kat sana.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan