Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 08, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 13

“Farisha Irwayu!”

Eisya tersentak.

“Apa yang kau menungkan tu?” soal Fauziah.

“Tak ada apalah.”

“Ya ke tak ada apa-apa? Macam ada apa-apa aja aku tengok. Ceritalah,” desak Fauziah. Dua tiga menjak ni temannya itu selalu aja termenung.

“Irwan…”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia cakap dia suka kat aku. Dia tanya sama ada aku sudi jadi girlfriend dia ke tak.”

“Irwan cakap dia suka kat kau? Habis apa jawapan kau?” Fauziah teruja mendengar berita itu. Akhirnya ada juga lelaki yang nak kat Eisya! Bestfriend dia pulak tu.

“Aku minta fikir dulu.”

“Laa…Kenapa?”

“Sebab aku tak pasti aku suka kat dia ke tak. Lagipun aku suka kat orang lain,” luah Eisya tanpa berselindung. Memang Fauziah banyak menyimpan rahsia hatinya.

“Danish?” Fauziah mengagak.

Eisya mengangguk.

“Danish tahu tak kau suka kat dia?”

Eisya menggeleng.

“Kau tak tanya dia?”

“Gila kau! Takkan aku nak mulakan dulu. Malulah aku.”

“Ala…apa salahnya? Kalau kau berani masuk asrama pelajar lelaki, takkan luahkan perasaan kat lelaki pun kau tak mampu?”

“Aku pun tak sangka aku boleh bertindak seberani itu. Mungkin aku kena tunggu keberanian macam tu datang balik baru aku boleh luahkan perasaan aku kat Danish,” Eisya tersenyum sendiri apabila mengingati peristiwa dia masuk asrama lelaki itu.

“Baik kau doa keberanian tu cepat datang. Bak kata lagu tu jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang…”

Kata-kata Fauziah itu masih tergiang-ngiang di fikirannya, Patut ke aku luahkan perasaan aku kat dia? Kalau dia tak suka kat aku macam mana? Macam mana aku nak berdepan dengan dia kat kelas hari-hari? Tapi kalau betul dia suka kat aku mesti dah lama dia cakap. Ah, biarlah masa yang menentukannya.

Eisya kembali mengadap bukunya. Sengaja dia datang ke situ untuk menyiapkan tugasannya. Namun angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu membuatkan fikirannya melayang seketika.

Sedang dia leka membaca buku di meja yang dibumbungi pohon rendang itu, tiba-tiba sekuntum mawar merah menghiasi pandangan matanya. Eisya terkejut lalu mengangkat muka. Wajah di hadapannya itu tersenyum.

“For you,” lelaki itu menghulurkan kuntuman mawar itu.

“Thanks,” Eisya menyambut kuntuman mawar itu. “Kenapa tiba-tiba bagi aku bunga ni?”

“Kan aku dah cakap aku akan tackle kau sampai kau terima aku. Ini baru permulaan,” ujar Irwan tanpa segan.

Tidak pernah dia bersungguh-sungguh untuk memikat seorang gadis. Biasanya kalau seorang gadis itu dah tak sudi, maka dia akan segera mencari yang lain. Tapi tidak pada kali ini. Dia telah berazam untuk menawan hati pemilik nama lengkap Farisha Irwayu Ibrahim ini.

“Sya, Sabtu ni kita pergi Alor Setar nak?”

“Boleh jugak. Dah lama aku tak pergi sana. Kita ajak Danish, Fauziah dengan Syella sekali ya?”

“Buat apa nak ajak dia orang?”

Takkan dating nak ajak orang lain?

“Habis tu? Takkan kita nak keluar berdua aja?”

“Yalah. Mana ada orang dating bawak kawan?”

“Dating?” Eisya terkedu. Biar betul Irwan ni? Takkan dia serius kut?

“Yalah. Habis kau ingat aku saja-saja ajak kau?”

“Kau ni serius ke, Wan? Aku ni kan bukan taste kau. Kalau kau setakat nak cari teman pengubat sepi, kau cari ajalah orang lain. Aku tak berminat.”

“Aku serius, Sya. Aku pilih kau bukan sebab nak mengisi kesepian atau apa. Aku betul-betul dah jatuh sayang dengan kau.”

Eisya diam mendengar bait kata dari mulut Irwan. Tak mungkin dia dapat menerima Irwan sedangkan hatinya untuk orang lain.

“Yalah, kita keluar berempatlah Sabtu ni. Nanti aku ajak Danish. Kau ajaklah Fauziah dan Syella,” Irwan bersuara setelah melihat Eisya hanya membisu.

Ajak dating pun susah. Nak jugak bawak bodyguard. Tapi tak apa. Yang susah nak dapat tulah aku suka. Baru mencabar! Sekurang-kurangnya aku tahu hatinya takkan mudah berubah.

Tiada ulasan: