Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Khamis, Disember 25, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 34

Berita kedatangan kumpulan muzik dari Indonesia itu telah mendapat liputan meluas di seluruh media cetak dan elektronik di Malaysia. Sambutan peminat juga sangat luar biasa. Album mereka laku seperti pisang goreng panas. Poster-poster dan iklan-iklan tentang mereka ada di mana-mana bagi menuar-uarkan kepada orang ramai tentang kedatangan kumpulan muzik nombor satu Indonesia itu.

Lagu mereka juga sering mendapat request daripada pendengar di stesen radio tempatan dan menjuarai carta-carta lagu tempatan. Disebabkan populariti mereka yang meluas di Indonesia, maka pihak syarikat rakaman mereka di Malaysia iaitu Sony Music mengambil inisiatif membawa mereka ke Malaysia.

Tiba harinya, Dimas, Erwin, Sukry, Armand, Andin, Brian dan beberapa orang kakitangan Sony Music Indonesia tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Kedatangan mereka disambut mesra oleh beberapa orang wakil daripada Sony Music Malaysia.

“Selamat datang ke Malaysia,” wakil daripada Sony Music Malaysia, Sam Kassim mengalu-alukan kedatangan rombongan itu.

“Terima kasih,” sambut Brian mesra. Brian adalah pengurus kumpulan itu semenjak mereka menjadi artis rakaman.

“Silakan,” Sam Kassim mempersilakan rombongan itu ke van yang sudah sedia menunggu di depan pintu utama.

“Ya, terima kasih.”

Selepas makan, mereka dibawa ke hotel penginapan sebelum bersiap untuk sesi bertemu wartawan pada sebelah petang.

“Wah, KL sudah banyak berubah ya,” ujar Erwin setibanya mereka di hotel penginapan yang diuruskan oleh pihak Sony Music Malaysia.

“Semakin membangun,” tambah Sukry sambil menghayati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari tingkap bilik itu.

“Gue kangen banget sama teman-teman kita,” Armand mencelah.

“Iya. Gue juga kangen. Elo pikir bisa enggak kita ketemu sama mereka?” Andin pula bersuara.

“InsyaAllah,” ucap Dimas yang sejak dari tadi hanya mendengar. Sudah lama mereka tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Adakah dia masih ingat pada aku?

Sepanjang di Kuala Lumpur, jadual harian mereka sangat padat. Mereka harus menjalani sesi fotografi bersama majalah hiburan tempatan, sesi temubual bersama stesen TV dan radio tempatan, sesi beramah mesra dengan peminat dan beberapa mini showcase.

Petang itu, mereka menghadiri suatu sesi fotografi yang diaturkan oleh sebuah majalah hiburan. Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka dalam pelbagai pose sementara Nurul, wartawan yang ditugaskan menembual mereka sekadar memerhati dan sesekali memberikan idea untuk mendapatkan pose yang cantik.

“Apa pandangan kalian tentang Malaysia?” Nurul memulakan sesi temubual selepas selesai merakamkan gambar mereka.

“Cantik,” jawab Erwin.

“Maju,” tambah Sukry.

“Adakah ini pertama kali kalian datang ke Malaysia?” soal Nurul lagi sambil mencatat apa yang dikatakan oleh Erwin dan Sukry tadi.

“Kalau sebagai pemuzik, boleh dibilang pertama kali kita ke sini. Tapi sebenarnya kita sudah biasa dengan Kuala Lumpur kerana kita semua pernah belajar di sini,” Dimas pula menjawab bagi pihak kawan-kawannya.

“Oh ya? Di mana tu?” Nurul berasa teruja untuk mengetahui tempat mereka belajar dulu.

“Di sebuah kolej di Damansara.”

“Owh…patutlah kalian pandai cakap bahasa sini. Jadi dah berapa lama kalian tak datang ke Malaysia?”

“Berapa lama ya?” Dimas memandang kawan-kawannya.

“Sejak habis belajar,” Erwin mengira-kira. “Lebih kurang enam tahun.”

“Lama juga tu. Baik, sekarang kita cakap pasal album kalian pula. Kalau di Indonesia, album kalian yang baru ini adalah album kedua. Betul?”

“Ya, betul.”

“Jadi, kenapa bila album kedua baru kalian datang ke Malaysia? Kenapa tak masa album pertama dulu?”

“Sebenarnya kita dulu tidak tahu kalau lagu-lagu kita juga diminati oleh pendengar-pendengar di sini. Oleh itu, apabila kita diberitahu oleh Sony Music Indonesia bahawa album kita mendapat sambutan di sini kita agak terkejut kerana kita tidak pernah menyangka lagu kita diterima di sini. Melihatkan sambutan itu, maka pihak Sony Music mengusulkan agar kita bertemu peminat-peminat di Malaysia,” jawab Dimas.

“Tentang lagu kalian, Honey. Siapa yang buat lagu ni?”

“Dimas!” ujar Erwin, Sukry, Armand dan Andin hampir serentak.

“Saya dapat tahu yang lagu ini menjadi hits di stesen-stesen radio sekarang. Ramai pendengar yang request lagu ni ya. Jadi, boleh kamu ceritakan sedikit mengenai lagu ini? Apa maksud di sebalik lagu ini?”

“Lagu ini menceritakan kerinduan seorang kekasih kepada kekasihnya yang jauh dan dia berharap agar kekasihnya itu setia menunggunya.”

“Mesti ada sesuatu di sebalik lagu ini. Adakah lagu ini ditujukan buat seseorang yang istimewa dalam hidup kamu?”

Erwin, Sukry, Armand dan Andin sudah bersorak apabila soalan itu diajukan kepada Dimas. Pastinya mereka mengetahui cerita di sebalik lagu itu. Dimas cuma tersenyum dengan usikan kawan-kawannya.

“Ya, lagu ini sangat istimewa buat saya kerana lagu ini lahir dari hati saya sendiri,” aku Dimas jujur.

“Boleh beritahu siapa gadis yang bertuah itu? Adakah dia juga terlibat dalam industri muzik ataupun…?”

“Dia yang saya kenal hanyalah seorang insan biasa,” ujar Dimas. Apakah Hani masih seperti dulu? Kerja apa dia sekarang?

“Jadi maknanya kamu sudah ada girlfriend? Yang lain macam mana? Semua sudah ada teman wanita?”

Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Di Malaysia belum punya,” seloroh Erwin.

“Owh…Tak apa, tak apa. Nanti saya kenalkan dengan kawan saya,” Nurul turut berseloroh.

“Cantik enggak?”

“Cantik. Ramai peminat tu.”

“Kalau ramai peminat pasti dia sudah ada teman laki-laki kan?”

“Tak juga.”

“Kalau begitu, boleh. Kamu aturkan.”

“No problem!”


***


“Sorry lambat,” Nurul mendapatkan temannya yang sudah menunggunya di restoran itu.

“Tak apa,” ujar si teman. Seorang pelayan menghampiri mereka.

“Fresh orange,” ujar Nurul kepada pelayan itu. Pelayan itu menggangguk lalu menghilang ke dalam.

“Kau interview siapa tadi?” tanya si teman.

“Band nombor satu kat Indonesia sekarang,” balas Nurul.

“Macam mana?”

“Oklah. Dia orang tak sombong. Kelakar pula tu. Kau tahu rupa-rupanya dia orang pun pernah belajar kat sini.”

“Ya ke? Kat mana?”

“Kat mana ya? Aku lupalah.”

“Apalah kau. Itu pun boleh lupa.”

“Nanti aku ingat aku bagi tahu kau. Bos kau tak suruh kau interview dia orang ke?”

“Hello, kau lupa ke program aku tu kan seratus peratus buatan Malaysia?” ujar Hani. Memandangkan terlalu banyak artis Indonesia yang masuk ke Malaysia, maka stesen TV tempat dia bekerja berpakat bagi menerbitkan sebuah program hiburan yang berintikan rencah tempatan.

Dari segi artis jemputan, berita hiburan, video klip yang disiarkan semuanya hasil karya tempatan. Jadi jangan haraplah muka Kris Dayanti, Sheila on 7, Dewa, Peterpan, Gigi, Padi, Samsons, Nidji ataupun Kerispatih muncul dalam program itu.

Alhamdulillah program itu mendapat sambutan di luar jangkaan mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang Malaysia yang menyokong produk tempatan. Lebih-lebih lagi kemunculan band-band indie yang tumbuh bagaikan cendawan seperti Bittersweet, Couple, Meet Uncle Hussain, Hujan, Missing Chapter dan Bunkface.

“Ya tak ya. Terlupa pula aku. Melepaslah kau. Penyanyi dia hensem tahu,” Nurul sengaja membangkitkan rasa cemburu di hati Hani.

“Aku tak hairan pun,” balas Hani. Dia sudah muak mendengar lagu-lagu dari seberang. Memang dulu dia gilakan band seberang. Namun sejak mengendalikan program TV itu, pandangannya tentang band tempatan mula berubah. Rupa-rupanya masih ada band-band tempatan yang bagus. Cuma mereka kurang diberi publisiti. Kebanyakan daripada mereka lebih memilih untuk bergerak secara indie.

“Eleh…tak hairan konon. Aku tahulah kau dah ada Syukri,” usik Nurul. Dia tahu Syukri sudah lama menyukai Hani. Cuma Hani yang masih jual mahal.

“Hah, jangan sebut sembarangan. Aku dengan dia tak lebih daripada seorang kawan aja tau,” tegas Hani. Dia tidak mahu timbul gosip antara mereka. Nurul kan wartawan majalah hiburan.

“Yalah. Ni bos aku suruh aku tanya kau. Boleh tak kau tolong gantikan tugas mengacara kat pelancaran wajah baru majalah aku minggu depan? Pengacara yang kita orang deal hari tu cancel last minute pula,” terang Nurul.

“Bila?”

“Hari Sabtu pukul 2 petang kat Midvalley.”

Hani diam. Berfikir sejenak.

“Bolehlah Hani. Kita orang dah tak ada orang lain ni.”

“Oklah tapi bayaran kena up sikit tau,” seloroh Hani.

“Ala…kau ni, dengan aku pun kau nak demand juga ke? Kita kan kawan.”

“Sebab kita kawanlah, aku minta up,” Hani tertawa. “Aku main-main ajalah.”

Nurul mengeluh lega.

“Thanks, Hani. Kaulah kawan aku. Nanti aku kenalkan kau dengan band Indonesia tu ya.”

“Yalah tu.”


***


Pada hari Sabtu, ramai pengunjung membanjiri ruang legar Midvalley itu bagi menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi. Di belakang pentas pula, keadaannya juga sama sibuk apabila artis-artis berkumpul. Ada yang berlatih bernyanyi sementara menunggu giliran, ada yang duduk bersendirian bagi menghilangkan gementar dan ada yang berbual-bual mesra berkongsi cerita.

Hani pula sibuk berbincang sesuatu dengan pihak yang menguruskan bahagian persembahan pada petang itu. Seketika kemudian, Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin muncul bersama pengurus mereka. Mereka berlima melihat-lihat keadaan di situ. Tiba-tiba mata Erwin melekat pada suatu wajah.

“Apa gue salah lihat ni?” Erwin menggosok-gosok matanya bagi memastikan penglihatannya tidak salah. Erwin menepuk bahu Dimas. “Dim, itu Hani bukan?”

“Mana?” Pertanyaan Erwin turut menarik perhatian Sukry, Armand dan Andin. Mereka melihat ke arah yang dikatakan oleh Erwin.

“Itu. Baju putih itu.”

“Are you sure?”

“Mungkin juga bukan. Tapi mukanya memang ada iras,” ujar Erwin namun firasat hatinya kuat mengatakan gadis itu adalah Hani, teman mereka di kolej dulu.

Tanpa disangka, gadis itu turut melihat ke arah mereka. Dia juga seakan terkejut melihat mereka berlima. Namun, dia tetap melemparkan senyuman.

“Aku yakin itu Hani. Yuk!” Erwin mengajak yang Dimas, Sukry, Armand dan Andin mendekati Hani. “Kamu Hani bukan?”

“Iya, Erwin,” Hani tertawa di dalam hati melihat sikap Erwin yang tidak menentu itu. Tidak mungkin dia lupa pada mereka.

“Ya, betul kamu Hani,” Erwin mula yakin gadis itu adalah Hani. Kalau tidak, mustahil gadis itu mengetahui namanya tanpa diberitahu.

“Ini Sukry, Armand, Andin dan ini mm…” Hani pura-pura lupa. “Dimas kan?”
Dimas tersenyum. Akhirnya mereka bertemu semula setelah hampir enam tahun tidak bersua.

“Wah, udah lama banget enggak ketemu. Kok semakin cantik kamu,” puji Erwin.

“Kau orang pun apa kurangnya,” balas Hani. Dia sudah biasa menerima teguran seperti itu. Perubahan itu kan perlu. Tambahan sekarang dia harus menyesuaikan penampilannya dengan persekitaran memandangkan kehidupannya kini jauh berbeza dengan kehidupannya sebagai pelajar biasa seperti dulu.

“Eh, macam mana kalau kita lepak bareng nanti?” cadang Armand.

“Ya, sure. Tapi lain kali aja ya. Aku sibuk hari ni,” balas Hani. Dia juga rindu untuk duduk melepak bersama mereka seperti dulu. Namun, tuntutan kerja membataskan rutih hariannya.

“Janji?”

“Janji. Aku ada kerja ni. Kita jumpa nanti ya. K,” Hani menghilang ke pentas bagi memulakan acara pada hari itu. Seketika kemudian, seorang wartawan mendapatkan mereka.

“Hai. Kita jumpa lagi,” sapa wartawan itu.

“Hai,” mereka membalas sapaan itu mesra.

“Macam mana lima hari di Malaysia?” tanya wartawan itu.

“Bagus,” ujar Dimas. “Nurul, aku mahu tanya. Yang tadi tu Hani kan?”

“Kamu kenal Hani?” Dahi Nurul berkerut.

“Kita pernah belajar di kolej yang sama dulu. Dia menyanyi juga ke?” tanya Dimas ingin tahu.

“Eh, taklah! Dia pengacara aja. Kalau kau orang nak tahu Hani tu pengacara kat sebuah stesen TV kat sini,” terang Nurul. Hani pernah belajar satu kolej dengan dia orang? Boleh jadi bahan cerita ni! Nampak gayanya tak payahlah aku kenalkan dia orang pada Hani.

Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin tercengang mendengar kenyataan itu. Pengacara TV?

“Wah, hebat tu!”

“Memang hebat. Namanya tengah naik sekarang. Walaupun masih baru tapi dia bagus. Eh, kalian duduk dulu ya. Nanti ada orang akan panggil bila tiba giliran kalian,” Nurul meminta diri untuk menyambung kerjanya.

“Ok, thanks ya.”

Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin saling berpandangan. Tak percaya ataupun kagum?

“Hani pengacara TV?”

Di atas pentas, seorang penyanyi baru selesai mengadakan persembahan. Hani kembali mengambil tempat di tengah pentas.

“Ok. Itu tadi penyanyi kecil molek kita. Anda nak lagi?”

“Nak!!”

“Hari ni kita ada tetamu khas yang diterbangkan jauh nun dari seberang. Anda tahu siapa?”

Para penonton bersorak apabila mengetahui artis yang dimaksudkan.

“Nampaknya semua dah tak sabar. Kita persilakan Leo…”

Sorakan penonton semakin kuat apabila Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin muncul di teas pentas. Kedengaran suara-suara yang memanggil nama mereka.

“Ok, sebelum kita bagi dia orang nyanyi kita nak interview sikit,” Hani cuba mengawal getar di hatinya. Entah kenapa dia berasa kekok berjumpa mereka dalam situasi begitu. Lebih-lebih lagi apabila Dimas berdiri di sebelahnya. “Baik, sila perkenalkan diri. Mungkin ada di antara penonton yang masih Belum tahu siapa ahli Leo ni.”

“Saya Dimas,” Dimas melambai ke arah penonton.

“Saya Erwin.”

“Saya Armand.”

“Saya Andin.”

“Saya Sukry.”

“Dengar cerita you all akan mengadakan showcase di Malaysia bagi mempromosikan album terbaru you all. Bila tu?” tanya Hani lagi.

“InsyaAllah, tanggal 30 di Hard Rock Cafe jam 9 malam,” jawab Dimas sambil sesekali anak matanya memandang ke wajah Hani.

“Ok, jadi kepada anda semua jangan lupa datang ke showcase mereka pada hari Ahad nanti,” Hani memberi peringatan kepada para penonton. “Baiklah, tanpa membuang masa, kita persilakan Leo…”

“Terima kasih,” Dimas dan Hani sempat berbalas senyuman sebelum Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin mengambil posisi masing-masing. Dimas vokal, Erwin dan Sukry gitar, Armand bass dan Andin drum. “Honey, lagu ini buat kamu,” Dimas menunjuk ke arah penonton walaupun sebenarnya dia menujukan lagu itu buat Hani.

Hani yang berada di sisi pentas tersentak mendengar tajuk lagu itu. Adakah lagu itu benar-benar ditujukan kepadanya? Adakah namanya masih terpahat di hati lelaki itu?

“Kita harus ke Shah Alam. Ada interview dengan radio UiTM,” ujar Brian sebaik-baik sahaja mereka selesai mengadakan persembahan.

“Boleh tunggu sebentar enggak?” pinta Dimas.

“Enggak bisa, Nanti kita telat,” balas Brian.

“Tapi…” Dimas serba-salah. Dia melihat Hani yang sedang menemubual seorang artis di atas pentas. Kalau aku enggak ngasi tau sekarang, kapan lagi aku bisa ketemu Hani. Besok malam aku udah mahu pulang ke Jakarta. Tiba-tiba Dimas terpandang Nurul. Suatu idea terlintas di fikirannya.

“Dim!” Brian menggesa. Bimbang mereka lewat tiba di Shah Alam.

“Sebentar kok!” Dimas menghampiri Nurul.

Tiada ulasan: