Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 08, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 17

Telefon bimbit Nokia berwarna biru itu ditenung.

Patut ke aku telefon dia? Dalam keadaan macam ni, mesti dia memerlukan seseorang untuk berkongsi kesedihan yang ditanggung. Sebagai kawan, aku tak patut biarkan dia tanggung kesedihan ini sorang-sorang. Aku perlu bagi dia kata-kata semangat supaya dia tahu masih ada orang yang sayangkannya. Sayang? Ya, memang aku sayangkan dia. Sayang seorang kawan. Tapi nanti dia salah faham pula. Apa aku nak buat ni?

Dia mengeluh. Berita yang disampaikan oleh Erwin siang tadi masih tergiang-giang di telinganya.

“Han!”

Hani berpaling ke arah suara tersebut.

“Lama tak jumpa. Kamu ke mana?”

“Tak ke mana-manalah. Cuma akhir-akhir ini aku sibuk dengan kuliah,” ujar Hani berbohong. Takkan Dimas tak cerita apa-apa?

“Kita ada lagu baru. Datanglah tengok kita di kafe.”

Memang akhir-akhir ini Dimas kelihatan pelik dan kurang bercerita. Salah satu sebabnya mungkin kerana perihal Ibu Hetty. Sebab yang lain mungkin ada kena-mengena dengan Hani. Sudah agak lama nama Hani tidak kedengaran daripada mulut Dimas. Hani juga sudah lama tidak kelihatan di kafe. Jika ditanya kepada Dimas, pasti jawapan yang sama yang keluar daripada mulutnya.

“Hani sibuk. Tidak bisa datang.”

Erwin meneka-neka sendiri. Pasti ada sesuatu yang mereka rahsiakan.

“Tengoklah. Kau tunggu siapa?” Hani melihat sekeliling. Mungkin orang yang ditunggu oleh Erwin ada di sekitar tempat itu.

“Dimas.”

Air muka Hani berubah tatkala mendengar nama itu disebut. Macam manalah dia sekarang.

“Kamu tahu Dimas mahu pulang Yogya?”

“Dim nak balik Yogya? Bila?” Berita itu mengejutkan Hani.

Kenapa pula dia nak balik Yogya tiba-tiba? Takkan sebab aku tolak cinta dia, dia nak balik Yogya? Dia kan dah tahun akhir. Takkan dia sanggup mensia-siakan pengajian dia disebabkan aku? Salah ke tindakan aku ni? Habislah. Apa aku dah buat?

“Dim tak beritahu kamu?”

Erwin hairan kerana Hani tidak mengetahui tentang perkara itu padahal sebelum ini apa jua perkara yang berkaitan dengan Dimas biasanya Hanilah antara orang pertama yang mengetahuinya. Perkara itu menguatkan lagi andaiannya terhadap hubungan Hani dan Dimas. Perubahan sikap Dimas mesti ada kaitan dengan Hani.

“Tak,” Hani menggeleng. “Dim ada cakap kenapa dia nak balik Yogya?”

“Ibunya sakit kuat.”

Ibunya sakit? Mesti Dimas tengah risau sekarang. Kesian Dimas.

“Ibunya sakit? Sakit apa? Serius ke?”

“Tak tahu tapi serius juga.”

“Berapa lama dia kat sana?”

“Kalau itu aku kurang pasti. Sebaiknya kamu tanya terus pada dia. Haa… Itu pun Dim.”
Hani memandang ke arah yang dikatakan oleh Erwin. Dari jauh, kelihatan Dimas melangkah menuju ke arah mereka. Langkahnya seakan tidak bermaya. Tubuhnya juga kelihatan agak susut. Keadaannya tidak terurus.

“Tak apalah, Win. Aku ada kelas ni. Nanti lambat pula. Aku pergi dululah ya,” ujar Hani memberi alasan. Dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Dimas.

“Tak mahu jumpa Dim dulu ke?”

“Tak apalah. Bye!”

Hani mengeluh apabila mengingati pertemuannya dengan Erwin siang tadi.

Nak telefon ke tak ni? Ala...telefon ajalah Hani. Bukannya buat apa-apa pun. Sekadar bertanya khabar.

Telefon bimbit itu dicapai. Nombor telefon Dimas didail. Namun tak sampai beberapa saat, talian itu dimatikan.

Tak boleh, tak boleh. Aku tak boleh telefon dia. Nanti dia salah faham pula. Aku tak patut bagi dia harapan. Tapi... Ah, biarkan dia! Erwin dengan yang lain-lain kan ada.


***


“Dim, elo sama Hani lagi berantem ya?”

Air muka Dimas berubah mendengar pertanyaan sahabatnya itu. Sudah hampir seminggu dia tidak menatap wajah gadis itu. Rasa rindu mula bersarang di hatinya. Ingin sekali dia menatap wajah itu agar kerinduannya terubat. Namun sikap Hani yang menjauhkan diri daripadanya membuatkannya tersiksa menanggung rindu yang tidak pernah dirasakannya itu.

“Tadi gue ketemu Hani,” cerita Erwin.

“Elo ketemu Hani? Kapan?”

“Tadi. Sebelum elo datang.”

“Dia sihat?”

“Dia baik-baik aja. Tapi dia kaget saat gue ngasi tahu dia yang elo mahu pulang Yogya. Katanya elo enggak bilang ke dia yang elo mahu pulang Yogya. Dim, kenapa elo enggak ngasi tahu ke Hani yang elo mahu pulang Yogya?” Erwin cuba mencungkil rahsia temannya itu.

“Gue enggak pasti mahu ngasi tahu ke dia ataupun enggak.”

Mahu ke Hani tu ambil tahu tentang aku lagi? Dah lama dia tak telefon aku. SMS pun tak. Entah-entah dia memang dah tak nak jumpa aku lagi.

“Emangnya kenapa?”

Memang sahlah dia orang ni ada apa-apa. Seorang menjauhkan diri, seorang lagi liat nak buka mulut.

“Nanti aja gue cerita.”

Dimas tidak tahu macam mana mahu memulakan cerita. Erwin sahabatnya sejak bertahun yang lalu. Mustahil temannya itu tidak perasan akan perubahan sikapnya akhir-akhir ini.

Kenapalah aku jadi begini hanya kerana seorang perempuan? Aku bukanlah orang yang mudah jatuh cinta dan aku juga tak mudah untuk mengatakan aku jatuh cinta.
Ternyata dia telah membuat aku hilang arah hanya kerana cinta. Hani, kalaulah kamu tahu betapa rindunya aku pada kamu.

Aku tidak bisa menahan rasa ini lebih lama. Lebih lama dipendam, boleh sakit jiwa dibuatnya. Aku perlu berjumpa dengan Hani.


***


“Boleh kita bicara sebentar?”

Dia tidak peduli akan empat pasang mata asing yang memandang. Dia perlu meleraikan segalanya petang itu juga.

“Sorry, Dim. Kita orang ada discussion ni,” Hani cuba mencari alasan. Macam mana dia boleh ada kat sini? Depan Farra dengan yang lain-lain pula tu.

“Please Hani,” rayu Dimas.

Hani kurang senang dengan situasi itu. Dia serba salah melihat kawan-kawannya yang sedang memerhatikannya. Kawan-kawannya berpandangan sesama sendiri.

“Pergilah, Hani,” ujar Farra. Dia kasihan melihat wajah Dimas yang penuh berharap itu.

Hani masih tidak berganjak dari kerusi. Dia kaku.

“Maaf, saya pinjam Hani sebentar,” Dimas geram melihat sikap Hani lantas menarik tangan Hani dari situ.

Hani terkejut dengan tindakan Dimas. Berani betul dia pegang tangan aku depan dia orang?

“Dim, lepaskan tangan aku,” pinta Hani.

“Aku tidak akan lepaskan tangan kamu kalau kamu tidak mahu mendengar omongan aku,“ Dimas enggan melepaskan tangan itu.

“Dim, kau tak malu ke? Orang tengok ni.”

“Biarkan! Aku juga boleh cium kamu seperti malam itu kalau kamu mahu,” Dimas membawa Hani ke sebalik rak yang agak tersorok daripada pandangan orang di perpustakaan itu.

“Kau takkan berani.”

“Kamu cabar aku?”

Dimas berpaling mengadap Hani dan mendekatkan mukanya ke muka Hani.

“Aku pernah melakukannya sekali dan aku tidak akan teragak-agak untuk melakukannya sekali lagi kalau kamu macam-macam.”

“Jangan kau cuba cuba,” Hani mula cuak. Peristiwa malam itu terbayang di ingatannya. Dia tidak mahu mengulangi peristiwa itu. Dimas yang di hadapannya kini bukan Dimas yang dia kenal dulu. Tiba-tiba air matanya menitis tanpa sedar.

Dimas diam. Dia tidak bermaksud mahu melakukan perkara itu lagi kepada Hani. Tak mungkin dia mengasari gadis kesayangannya. Namun sikap Hani yang degil itu benar-benar menguji kesabarannya. Dimas mengusap lembut air mata yang mengalir di pipi Hani dengan jarinya.

“Maafkan aku, Han... Maafkan aku.”

Dimas mengangkat muka Hani memandang wajahnya. Betapa rindunya dia untuk menatap wajah itu. Kalaulah Hani tahu betapa sengsaranya dia beberapa hari ini. Kenapalah susah benar mahu memiliki hatinya.

“Aku ke sini untuk memberitahu kamu bahawa aku akan pulang ke Yogya esok petang,” ujar Dimas setelah agak lama mereka mendiamkan diri. “Untuk berapa lama aku sendiri tidak pasti. Sebelum aku berangkat, aku mahu kata putus daripada kamu. Apa benar kamu tidak pernah suka dan sayang pada aku?”

Hani diam. Sesungguhnya soalan itu amat sukar untuk dijawab. Hani tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia kehilangan kata-kata.

“Aku tahu aku bukan orang berharta, hidup menumpang di negara orang. Aku tahu siapa aku. Yatim piatu, tidak sehebat Arri kamu. Tapi aku tidak pernah meminta simpati sesiapa untuk hidup. Aku bukan pengemis yang hidup tanpa usaha.”

Hani berasa tersentuh dengan kata-kata Dimas. Aku tidak pernah memandang rendah pada kau. Dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal, kaulah yang paling istimewa di hati aku. Tapi aku belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Kalau diikutkan hati memang dia mahu mengucapkan kata-kata itu kepada Dimas namun entah mengapa lidahnya kelu.

“Aku harap kamu bisa datang esok kerana aku tidak tahu bila lagi aku akan kembali ke sini. Mungkin aku tidak akan kembali lagi kalau itu yang kamu mahu.”

Mungkin pemergian aku ini sedikit sebanyak dapat membantu aku memadamkan nama kamu yang telah terukir mekar di hati aku. Tapi mustahil aku dapat melupakan kamu.

Kiranya kamu tahu betapa gilanya cinta aku pada kamu. Betapa hebatnya rindu aku pada kamu. Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu dan aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau rindu.


***


“Dim, elo kelihatannya seperti tidak mahu pulang ke sini lagi,” ujar Erwin apabila melihat beg pakaian Dimas.

“Gue juga pikir begitu,” Dimas memasukkan baju-bajunya ke dalam beg pakaian yang diletak di atas katil.

“Elo biar benar, Dim! Apa elo sanggup mensia-siakan semester akhir elo begitu saja? Semester akhir tahu enggak? Susah payah datang ke sini. Sekarang elo mahu melepaskannya begitu saja,” marah Erwin.

“Ya, Dim. Jangan hampakan harapan Ibu Hetty,” celah Sukry.

“Omongan Sukry tu benar, Dim. Takkanlah pasal Hani, elo mahu menghancurkan masa depan elo? Kalau dia tidak mahu sama elo, biarin aja. Masih banyak kok cewek-cewek cantik yang bisa elo dapatkan,” tambah Armand.

“Syy...” Erwin memarahi Armand. “Gue rasa Hani butuh waktu. Biarkan dia tenang dulu. Bila elo kembali nanti, gue pasti keadaannya akan lebih baik.”

“Sudahlah, Win. Enggak perlu elo memujuk gue lagi. Hani memang sudah tidak mahu melihat gue lagi. Dan gue harus menerimanya,” Dimas seolah-olah sudah berputus asa.
Dia sudah letih untuk memikirkan perkara itu. Dia harus melupakan gadis itu dan segala kenangan indah mereka. Justeru, dia memerlukan ruang untuk melupakan semua itu.


***


Di perpustakaan, Hani membelek-belek buku di hadapannya. Tiba-tiba hatinya berasa tidak tenteram. Jam di tangannya dilihat. Pasti Dimas sudah naik kapal terbang tatkala ini.

Ah buat apa aku nak ingat kat dia!

Hani cuba menghapuskan ingatannya pada Dimas dan cuba memberi tumpuan pada buku di hadapannya. Namun bayangan wajah Dimas masih tetap menghantui fikirannya walaupun ketika dia mahu melelapkan mata.

Apa kena dengan aku ni? Kenapa aku asyik ingat kat dia ni? Takkan aku dah mula sukakan dia kut? Hee... bukan taste akulah. Mamat tu dahlah kurus kering, rambut macam akar kayu, pandai buat lawak, bertanggungjawab, baik hati, suka menolong, ramah,... Ah!


***


“Kangen sama cewek di Malaysia ya?” pertanyaan itu menyentakkannya daripada lamunan lalu berpaling. “Siapa namanya?”

Si gadis melabuhkan punggung di sebelah abang tunggalnya itu.

“Siapa?”

Si abang pura-pura tidak mengerti.

“Siapa lagi? Ceweknyalah.”

“Cewek mana? Enggak ada siapa ah!”

“Ah, bohong! Masa makan tadi gue lihat elo seperti memikirkan sesuatu. Dan tadi juga elo termenung. Bukan kangen namanya tu?”

Si abang terdiam mendengar kata-kata adiknya itu. Sejak ibu bapa mereka meninggal, dia hanya tinggal bersama ibu saudara dan adiknya, Hayria. Dua wanita itulah yang menemani hidupnya selama ini.

Namun hatinya kini telah terukir suatu lagi nama untuk insan yang bergelar wanita. Yasmin Hani Mustaqim. Hani. Wanita itu benar-benar telah menambat hati lelakinya.

Orangnya sederhana. Berambut panjang. Berkaca mata. Warna kulit taklah cerah sangat dan taklah gelap sangat. Sedang-sedang saja. Kalau nak diikutkan Hani memang tak secantik Fasha Sandha, tak secomel Sharifah Amani tapi melihat wajahnya saja sudah cukup mendamaikan. Tutur katanya ada kalanya agak kasar namun jika kena dengan gayanya sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan.

Dimas mengeluh. Dia seolah-olah lupa akan kehadiran Hayria yang masih memerhatikannya.

“Nah, lihat. Kita cakap dengan dia. Dia sibuk ingatkan si ceweknya,“ Hayria seolah-olah merajuk hati dengan perangai abang kesayangannya itu. “Baru satu hari enggak ketemu udah kangen.”

“Gue sendiri tidak mengerti. Dia tu susah amat. Degil!”

Tanpa sedar, dia meluahkan isi hatinya.

“Maksud elo?”

“Dia belum bisa menerima gue. Katanya dia tidak yakin dengan hubungan kami,” akhirnya Dimas membuka cerita.

“Gue tahu kenapa dia tidak yakin dengan elo.”

“Kenapa?”

“Kerana elo punya banyak pacar!” seloroh Hayria. “Ya kan?”

“Serius sih!”

“Ok, ok. Kalau itu katanya gue rasa elo harus memberinya sedikit waktu,” Hayria memeluk bahu si abang. “Tidak usah khuatir. Elo tahu jika kita menyayangi seseorang, kita harus memberinya kebebasan. Jika benar dia kepunyaan kita, yakin saja dia pasti jadi milik kita.”

“Pandai aja!” Dimas mencuit hidung adiknya. “Baca dari mana elo?”

“Dari majalah.”

“Majalah aja yang dibaca. Ya, sudah. Dah malam ni. Esok elo sekolah kan?”

“Rasanya berat juga ya masalah elo?”

Apalah abang aku ni. Esok kan hari minggu.

“Maksud elo?”

“Esok kan hari minggu? Siapa yang sekolah hari minggu? Itulah asyik ingat cewek sampai hari apa pun elo sudah lupa.”

“Oya?”

Hari minggu? Macam mana aku boleh tak ingat? Memang betul cakap Ria. Berat sungguh masalah aku ni. Dimas tertawa sendiri.

“Kak, esok teman gue ke mall ya. Gue mahu beli baju.”

“Elo ini, asal gue pulang aja selalu diajak ke sana ke mari. Kok elo nggak punya pacar untuk diajak keluar?”

“Ah, pacar menyusahkan! Lihat aja diri elo. Lagipun, buat apa ada kakak kalau tidak bisa dibuat driver?”

“Owh...makanya elo menganggap gue driver?”

“Bukanlah. Up sikit. Bodyguard,” Hayria tertawa. “Bolehkan, kak?” Gadis itu merengek manja.

“Ya, ya.”

“Elo memang kakak gue yang terbaik di dunia ini. Gue sayang banget sama elo,” Hayria mencubit pipi si abang.

“Emangnya elo punya kakak lain?”

Hayria tersengih lalu menghilang ke dalam.

“Gue masuk dulu ya. Jangan lupa kunci pintu.”

Dimas tersenyum melihat telatah si adik. Pandangannya dialihkan semula ke langit setelah Hayria menghilang ke dalam. Kata-kata Hayria tadi ada benarnya. Mungkin dia harus bersabar buat sedikit waktu saja lagi.

Entah apalah yang sedang dilakukan oleh Hani tatkala ini?


***


Talian itu dimatikan. Dia mengalihkan pandangan ke arah temannya yang sedang mengelamun di meja sambil memandang ke luar jendela.

“Hani, jom ikut kita orang tengok wayang esok.”

Hani tersentak.

“Apa Far?”

“Kita orang nak tengok wayang esok. Jomlah ikut sekali,” kata Farra.

“Malaslah. Kau orang ajalah yang pergi,” Hani menolak. Dia tak ada mood nak berjalan-jalan.

“Kau ni kenapa? Dua tiga menjak ni aku tengok kau selalu sangat termenung.”

“Entahlah, Far. Aku sendiri pun tak tahu. Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam tak ada mood saja. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Entahlah,” adu Hani.

"Kau demam kut."

“Tak adalah. Aku sihat aja.”

Hani meletakkan telapak tangannya ke dahinya. Tak panas pun. Tekak pun okey.

“Bukan demam tu. Maksud aku demam rindu,” Farra tertawa.

“Siapa pula yang aku nak rindu?”

“Eleh...siapa lagi? Cowok Jodja tulah!”

“Hish tak ada masa aku rindu kat dia,” Hani cuba berlagak biasa. “Dahlah. Malas aku nak layan kau. Aku nak basuh bajulah,” Hani bangkit mencapai baldinya yang berisi baju kotor sebelum Farra mengenakannya lagi.

Farra tersengih sendiri. Eleh tak nak mengaku pula. Ingat aku tak tahu kau dah syok kat cowok Jodja tu. Itulah masa orang tu ada buat tak tahu. Bila tak ada barulah nak rindu. Hani, Hani.

“Dan sekarang kita nak dengarkan pula lagu pilihan daripada Dimas di Seremban...”
Hani tersentak apabila juruhebah Red 104.9 itu menyebut nama Dimas. Hani mengeluh sendiri.

Mungkin betul apa yang Farra cakap. Aku ni dah kena demam rindu. Dimas Kresno Putro, apa kau dah buat pada aku ni?

Hani tidak tahu kenapa. Yang pasti nama itu semakin dirinduinya. Hari-hari yang berlalu terasa sunyi tanpa pemilik nama itu. Adakah benar dia juga menyayangi cowok Jodja itu? Mungkin benar seperti yang dikata orang. Kita takkan pernah tahu apa yang kita miliki hingga nanti kita kehilangannya.

Tiada ulasan: