Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Ahad, Disember 07, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 12

“Aku tak ada seleralah,” Tasya menolak pinggan yang berisi mi goreng di hadapannya.
“Kenapa pula kau tak ada selera ni?” soal Syafik.

“Ala…macam mana nak ada selera kalau orang yang dipuja bermadu kasih dengan perempuan lain,” celah Anuar.

“Maksud kau, Hani dengan Dimas?” Syafik cuba mengagak.

Hish…takkanlah sebab Hani baik dengan Dimas, dah nak bermasam muka? Tak faham aku.
Tasya menopang dagu. Sepanjang hari itu, dia berasa tidak bersemangat dan tidak ada mood hendak bercakap. Perasaan geram, marah, sakit hati, sedih semuanya berbaur dalam dirinya. Kemesraan Hani dan Dimas yang dilihatnya semalam masih bermain-main di kotak fikirannya.

“Takkanlah sebab hal Hani dengan Dimas, kau tak nak makan?”

“Ala…Tasya, kau cari ajalah orang lain. Banyak lagi lelaki lain yang lebih baik daripada mamat Jodja tu,” Anuar cuba menyedapkan hati Tasya namun semuanya bagaikan angin yang berlalu di telinga Tasya.

Tasya masih membisu. Jika dulu dia tidak kisah jika Hani tidak ada bersama mereka. Kalau Hani tak ada pun, mereka masih boleh bersembang dan bergelak ketawa. Sedikit pun dia tidak berasa kekurangan sekiranya Hani tidak ada. Memang dulu pun mereka cuma berempat.

Hani masuk kumpulan ni pun sebab Farra. Farra yang beria-ria mahu Hani menyertai kumpulan mereka. Memandangkan dia tidak ada apa-apa masalah dengan Hani, makanya dia menerima keputusan itu tanpa banyak soal apabila Farra meminta persetujuan dia, Syafik dan Anuar. Lagi ramai, lagi meriah kan?

Tapi ternyata sangkaannya meleset. Hani ada atau tidak ada, keadaan mereka sama sahaja kerana Hani adalah seorang yang sangat pendiam. Kalau tidak ditanya, Hani hanya diam. Kalau mereka bersembang pun, dia hanya mendengar dan tidak menyampuk.
Macam mana dia boleh masuk Komunikasi dan Media? Aku rasa dialah satu-satunya pelajar Komunikasi dan Media yang tidak suka bercakap. Dia ada atau tak ada, sama saja.

Tapi itu dulu. Sekarang, jika Hani tidak ada bersama mereka, Tasya yakin Hani sedang bergembira bersama Dimas. Sakit hatinya apabila memikirkan perkara itu.

Aku dah lama menyimpan perasaan pada dia. Tapi kenapa Hani yang menjadi pilihan dia? Apa istimewanya Hani? Dahlah pendiam, tak pandai bergaul pula tu. Macam mana dia boleh terpikat kat Hani? Kenapa dia tak nampak kewujudan aku? Kalau orang lain aku boleh terima lagi. Tapi kenapa Hani? Bencinya!

“Hai, kau orang,” Farra dan Hani mengambil tempat di meja Syafik, Tasya dan Anuar.
“Selera aku dah mati. Kau orang ajalah yang makan!” Tasya bangkit meninggalkan mereka yang terpinga-pinga. Rasa marahnya semakin meluak-luak apabila melihat Hani.
“Kenapa dengan Tasya tu?” tanya Hani. Sejak akhir-akhir ini, dia terasa seolah-olah Tasya membencinya.

Setiap kali aku ada mesti dia nak pergi. Macam tak nak jumpa aku aja. Aku ada buat salah ke? Tapi sekurang-kurangnya bagi tahulah. Kalau tak cakap, mana aku nak tahu.
Baik Farra, Syafik mahupun Anuar masing-masing hanya membisu walaupun mereka ada jawapan pada soalan itu. Suasana hening seketika sebelum Farra bersuara.

“Tak ada apalah. Biarlah dia. Angin dia tak baik kut,” bohong Farra. Tak sampai hati dia nak berterus-terang tentang punca Tasya berubah sikap. Dia tak nak perkara tersebut merentap kegembiraan yang baru dirasai oleh Hani. Mungkin marah Tasya hanya seketika. Namun dia tidak menyangka marah Tasya semakin menjadi-jadi sehingga Tasya mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan itu.

“Kalau dia masuk kumpulan kita, aku masuk kumpulan lain,” ugut Tasya. Rasa bencinya kepada Hani semakin meluak-luak.

“Tasya, apa yang kau cakap ni? Kan kita dah setuju lima orang?” Syafik mengetap bibir menahan sabar. Dia tidak mahu kumpulan mereka porak-peranda hanya kerana seorang lelaki.

“Aku tak kira. Aku tak boleh kerja dengan orang yang aku tak suka. Sama ada dia atau aku yang keluar dari kumpulan ni, kau orang pilih,” Tasya memberi kata dua.
“Tasya, janganlah macam ni,” Anuar cuba memujuk Tasya. Dia tahu Tasya terlalu mengikut emosi tatkala itu.

“Kalau macam tu, biarlah aku yang keluar,” ujar Hani. Memang dari dulu pun aku bukan ahli kumpulan ni. Jadi, biarlah aku yang mengalah.

“Kalau Hani keluar, aku pun keluar,” tegas Farra.

“Far…” Hani terkejut dengan tindakan Farra.

“Kenapa dengan kau orang ni?” marah Syafik. Kesabarannya sudah sampai kemuncaknya. Semua gila! Dah elok-elok satu kumpulan, nak keluar pula. “Kalau kau orang nak sangat keluar, keluarlah! Tak payah ada kumpulan dah!” Syafik meninggalkan mereka.

Mereka terkejut melihat Syafik mengamuk. Nampaknya kumpulan mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Masing-masing membawa haluan sendiri.

“Far, tak berbaloi kau keluar dari kumpulan ni sebab aku,” ujar Hani apabila dia tinggal berdua dengan Farra di situ.
“Hani, kau kan kawan aku. Takkan aku nak biarkan kau sorang-sorang?”
Ketika dia terlantar sakit, Hani setia di sampingnya. Dan sekarang, Hani keseorangan. Takkan aku tergamak meninggalkannya?

“Tapi Far, kau dengan dia orang kan dah lama satu kumpulan.”

“Tak apa. Kelas kita kan banyak lagi kumpulan lain. Kita buktikan pada dia orang yang kita boleh buat yang lebih baik,” ucap Farra bersemangat.

Memang dah lama aku nak keluar dari kumpulan ni. Semuanya gila kuasa. Masing-masing nak tunjuk hebat. Tapi bila bab mengarang ayat, aku sorang aja yang terpaksa bekerja keras. Alasannya sebab aku sorang aja yang pandai English. Hani pula disuruh menaip. Mentang-mentanglah Hani tak tahu membantah.

Bagus juga jadi macam ni. Aku pun dah tak tahan kerja dengan dia orang. Semuanya kawan hanya pada nama. Bila aku susah, tak ada sorang pun yang nak tolong. Biasalah, kawan ketawa memang sentiasa ada tapi kawan menangis?

“Terima kasih Far kerana sentiasa bersama aku susah dan senang,” ujar Hani. Masa mula-mula Farra mengajaknya masuk kumpulan itu, dia sudah berasa yang mereka kurang senang dengan kehadirannya. Namun dia cuba menyesuaikan diri dengan mereka. Akhirnya beginilah kesudahannya. Kenapa dia orang benci sangat dengan aku?

“Far, boleh aku tanya sesuatu?”

“Apa dia?”

“Kenapa dia orang tak suka aku?”

“Hah?” Farra terkedu mendengar soalan itu. Haruskah dia menceritakan perkara yang sebenar? Namun lambat-laun Hani pasti akan mengetahuinya juga. Farra memandang Hani. Dia masih teragak-agak untuk membuka mulut.

Tiada ulasan: