Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Disember 06, 2008

Teman Tapi Beda

Kau dari utara aku dari timur
Kau belajar akaun aku belajar mass comm
Walau berbeza aliran
Kita punya satu tujuan
Mengejar impian memburu kejayaan

Kau suka Hindi aku suka Indon
Kau dengar T.H.R, aku dengar R.F.M
Walau berbeza citarasa
Kita tak pernah sengketa
Atas satu cerita kita berpadu kata

Kau pergi kelas aku balik rileks
Kau belajar keras aku berbaring malas
Walau berbeza ilmu,
Kita tetap bersekutu
Luangkan waktu kita pasti bersatu

Kau bercerita aku mencelah
Kau mengata aku membantah
Walau berbeza pendapat
Kita sering beringat
Itu semua hanyalah debat
Jangan sampai mengundang khianat

Kau balik Alor Setar aku balik Kuantan
Habis mengaji haluan sendiri
Walau berbeza destinasi
Kenangan kita tetap abadi
Namamu terukir di hati
Seorang teman yang pernah ku kenali

Tiada ulasan: