Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Disember 06, 2008

Kita

Di sini kita dipertemukan
Walau berbeza aliran
Kita punya satu tujuan
Mengejar impian memburu kejayaan

Di awal perkenalan
Tiada jenaka kenakalan
Mungkin kerana kejanggalan
Masing-masing dalam khayalan

Katamu sikapku mendingin
Mungkin perubahan angin
Aku pun tak ingin
Sepi merajai Beringin

Dalam meniti ranjau kepayahan
Lahirlah sebuah keakraban
Menuntun seribu pengorbanan
Menjadi benteng segala rintangan

Tanpa mengenal perbezaan
Kita disatukan dengan persahabatan
Mungkin sudah suratan
Kau dan aku saling memerlukan

Atas satu landasan kita berpadu
Jalani hari yang penuh liku
Tanpa di sisi ayah jua ibu
Kita mengenal erti bersatu

Kehadiranmu ku syukuri
Kejujuran kau beri ku hargai
Mengajar ku mengenal erti
Seorang teman bergelar sejati

Tiada ulasan: