Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Disember 30, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 44

“Lepas bernikah, papa dan mama menetap di Jodja ini. Setahun kemudian, kami dikaruniakan seorang permata hati dan diberi nama Krisya Norsabrina. Dan anak itu adalah kamu,” Dimas mencuit hidung anak kecil di ribaannya. “Naa, begitu ceritanya.”

“Jadinya udah lama banget papa dan mama pacaran. Krisya juga mahu cari suami yang setia seperti papa.”

Dimas tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Sedang dia asyik melayan kerenah si anak, isterinya muncul dari dalam.

“Cerita apa lagi tu? Dah pukul berapa ni? Kenapa tak siap lagi? Nanti lambat,” ujar si isteri.

“Cuma cerita-cerita aja. Krisya duduk sama mama ya. Papa tukar baju dulu,” Dimas menghampiri isterinya. “Ma, papa tukar baju dulu ya.”

“Baju papa mama dah letak atas katil,” Hani memandang Krisya. “Papa cerita apa tadi?”

Krisya menggeleng.

“Papa ada cerita tentang bekas teman wanita papa?”

“Papa bilang dalam hidupnya tu cuma ada empat perempuan.”

“Siapa?”

“Eyang, Tante Ria, Krisya dan mama! Tapi papa bilang yang paling istimewa tu Krisya.”

Hani tersenyum.

“Ya, kamu memang istimewa. Jom tukar baju.”


***


Hani, Dimas dan Krisya setia menanti ketibaan penumpang dari Malaysia di lapangan terbang itu..

“Mak! Abah!” Hani melambai ke arah sepasang suami isteri. Pasangan itu tersenyum melihat Hani, Dimas dan anak kecil yang bersama mereka.

“Apa khabar, mak, bah?” Hani menyalami kedua-dua ibu bapanya.

“Sihat,” Puan Rohana memeluk Hani erat. Sudah hampir lima tahun dia tidak berjumpa dengan anak bongsunya itu. “Dim…” Perhatiannya kemudian beralih kepada menantunya.

“Mak, abah, inilah cucu mak dan abah, Krisya,” Hani memperkenalkan anak kecil yang bersama mereka kepada kedua-dua datuk dan neneknya yang tidak pernah ditemuinya sejak lahir.

“Inilah cucu nenek. Mari kat nenek sayang,” Puan Rohana mahu mendukung Krisya namun Krisya enggan.

“Krisya, ini ibu dan ayah mama,” terang Dimas. Mungkin Krisya belum biasa. Maklum sejak lahir hingga kini setelah dia berusia empat tahun, dia hanya mengenali eyangnya iaitu ibu Dimas.

“Tak apalah. Mungkin dia belum biasa dengan mak. Macam muka Hani kan bang?”
Encik Mustaqim menyetujui pendapat isterinya.

“Kak Su dengan Abang Man tak datang ke, mak?” Hani memandang sekeliling namun tiada tanda yang kakak dan abang iparnya itu ada.

“Kak Su dengan Abang Man lambat sikit kut. Abang Man kau masih ada kerja kat Malaysia. Mungkin malam ni baru dia orang sampai,” ujar Puan Rohana.

“Jom mak, abah,” Dimas menolong ibu dan bapa mertuanya membawa beg pakaian mereka.


***


Suasana di rumah itu kelihatan meriah. Puan Rohana, Ibu Hetty dan Hayria sibuk menyiapkan makanan di dapur sementara Mustaqim sibuk melayan Krisya di ruang tamu.

“Lama betul si Dimas dengan Hani tu pergi airport,” Puan Rohana melihat jam di dinding. Sudah hampir dua jam mereka keluar.

“Jalan-jalan di sini memang agak jauh. Jadi ambil masa yang lama. Tenang aja. Sebentar lagi sampailah,” balas Ibu Hetty.

“Assalamualaikum!” seorang wanita muncul sambil mendukung seorang anak kecil dan diikuti beberapa orang lagi.

“Haa itu pun dia orang dah sampai,” Puan Rohana gembira mendengar suara di luar.

“Ria, kamu di sini aja ya,” Ibu Hetty dan Puan Rohana menjenguk ke luar sementara Hayria ditugaskan menjaga masakan di dapur.

“Ini ke Krisya?” soal tetamu itu.

“Krisya, ini kakak mama dan suaminya,” Hani memperkenalkan Suraya dan Rahman kepada anaknya. Krisya kelihatan bingung.

“Om Rahman dan Tante Suraya,” ujar Dimas. Dia tahu Krisya akan kelihatan bingung apabila Hani berbahasa Malaysia. Walaupun Krisya membesar di Indonesia, namun Krisya juga perlu mengetahui bahasa ibunda ibunya. Oleh sebab itu, Hani akan menggunakan bahasa Malaysia apabila berbicara dengan Krisya.

“Ini sepupu kamu, Shahira dan Razak.”

“Pa, kok Shahira punya adik? Krisya juga mahu adik, pa,” kata-kata Krisya itu disambut oleh derai tawa semua yang ada di situ. Hani dan Dimas saling berpandangan.

“Kamu mahu adik laki-laki atau perempuan?” soal Dimas.

“Laki-laki,” jawab Krisya petah.

“Papa enggak punya masalah tapi kena tanya mama juga,” Dimas memandang Hani dengan suatu jelingan nakal.

“Boleh kan, ma?” Krisya merengek kepada mamanya pula.

“Krisya boleh dapat adik kalau Krisya janji tidak akan nakal-nakal,” ujar Hani. Dia dan Dimas tidak pernah menetapkan bilangan anak yang dikehendakinya. Mereka menyerahkan soal itu kepada Allah SWT.

“Krisya janji tidak akan nakal. Kapan Krisya bisa punya adik?”

Hani tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada anaknya yang seorang itu. Hani memandang Dimas seolah-oleh meminta bantuan.

“Krisya, papa dan mama akan berusaha untuk memenuhi keinginan Krisya untuk punya adik tapi soal kapan papa dan mama sendiri juga masih belum tahu. Krisya sabar ya, sayang?” Dimas cuba menyusun ayat agar Krisya memahami yang adiknya itu bukan boleh dibeli di kedai ataupun di mana-mana. “Buat sementara, Krisya bisa bermain bersama Shahira dan Razak ya? Kalian juga seperti adik-beradik.”

“Benar, ma?” Krisya berpaling memandang ibunya.

“Ya, sayang…”

“Shira, Razak, ajak Krisya main sama-sama,” ujar Suraya kepada anak-anaknya.

“Baik, ma,” Shahira, Razak dan Krisya menghilang ke dalam.

“Ma, makanannya sudah siap,” Hayria muncul dari dapur.

“Oh, iya. Yuk makan,” Ibu Hetty mempersilakan para tetamunya ke meja makan bagi menikmati hidangan makan malam.


***


“Mama buat apa lagi? Kok belum tidur?” Dia memeluk bahu isterinya dari belakang. Si isteri yang sedang sibuk menaip di hadapan laptop terhenti menaip.

“Mama nak siapkan manuskrip novel ni. Minggu depan kena hantar,” balas si isteri.

Selepas berkahwin dan menetap di Yogyakarta, si isteri lebih banyak menghabiskan masa dengan menulis novel. Alhamdulillah, namanya kini sudah mula dikenali dalam bidang penulisan di Indonesia walaupun hanya sekadar nama pena.

“Udah malam ni. Besok ajalah sambung. Yuk teman papa tidur,” ujar si suami.

“Mama belum mengantuk. Papa tidur dulu ya.”

Baru sahaja si isteri hendak menyambung kerjanya, dia sedikit terkejut apabila tiba-tiba suaminya menarik tangannya lalu mendukung tubuhnya.

“Kalau papa tidur sendiri, gimana Krisya bisa punya adik?”

Si isteri mula mengerti lalu hanya menurut kehendak suaminya. Dia bersyukur kerana selepas berbagai-bagai ujian dan dugaan yang melanda hubungan mereka, akhirnya mereka dikurniakan rumahtangga yang bahagia kini.

Semoga kebahagiaan itu akan terus menghiasi perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat…


TAMAT

Tiada ulasan: