Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Disember 30, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 43

Pagi itu, Puan Rohana menjenguk Hani di biliknya. Hani kelihatan sibuk membelek-belek beberapa dokumen di atas katil.

Lagu nyanyian Dimas dan Leo berkumandang di radio yang diletakkan di sisi katil. Itulah caranya Hani mengubati rindunya kepada lelaki itu. Lelaki itu telah pun pulang ke Yogyakarta bagi menguruskan kariernya.

“Hani…”

Hani memandang ke pintu.

“Eh, mak.”

“Hani sibuk ke?”

“Tak adalah. Masuklah mak.”

Puan Rohana melabuhkan punggung di sisi Hani. Wajah si anak ditatap lama.

“Hani, mak sayangkan Hani…” luahnya.

“Hani tahu. Hani pun sayangkan mak,” Hani cuba berlagak ceria di hadapan ibunya.

“Hani tak bencikan mak sebab mak tak setuju Hani kahwin dengan Dimas?”

“Mak…” Hani memegang tangan ibunya. “Takkanlah Hani nak bencikan mak, orang yang telah melahirkan dan membesarkan Hani?”

“Mak bukan apa… Cuma mak sedih. Mak tak sanggup nak berjauhan dengan Hani. Indonesia tu kan jauh. Kalau boleh naik bas aja, tak apalah. Ini kena naik kapal terbang,” Puan Rohana meluahkan perasaan sebenarnya.

“Mak, Hani tahu mak sayangkan Hani tapi Hani bukannya nak tinggalkan mak terus. Nanti sekali-sekala Hani baliklah jenguk mak kat sini. Hani mintak maaf kalau perbuatan Hani menyinggung perasaan mak…” Hani mencapai tangan ibunya kemudian mengucup tangan itu. Puan Rohana mengusap kepala Hani.

“Mak tahu sejak kecik Hani tak pernah membantah cakap mak,” Puan Rohana diam seketika. Takkanlah permintaan Hani nan satu itu hendak dihampakan? “Mak ada baca suratkhabar. Dimas buat lagu untuk Hani ya?”

Hani mengangkat muka. Apakah ibunya sedang menyiasat perihal Dimas?

“Mak juga ada tengok komen Dimas tentang gosip dia dengan Misha kat TV. Dari cara dia cakap, mak yakin dia betul-betul sayangkan Hani. Kalau dialah calon yang Hani mahu, mak izinkan Hani kahwin dengan dia...”

“Betul ke mak?” Muka Hani berubah ceria.

Puan Rohana menggangguk. Senang hatinya melihat senyuman yang terukir di bibir Hani.

“Terima kasih, mak,” Hani memeluk ibunya.

“Yalah. Mak keluar dulu. Mak tak nak kacau Hani telefon Dimas.”

Hani tersenyum. Mak ni macam tahu-tahu aja. Hani terus mencapai telefon bimbitnya setelah ibunya beredar dari biliknya. Nombor telefon Dimas didail.


***


“Kamu yakin, Dim?” wanita itu seakan tidak percaya apabila anaknya itu memberitahunya yang dia mahu berkahwin. Dengan gadis Malaysia pula tu.

“Dim yakin, ma. Dim sayang banget sama Hani. Dim enggak mahu kehilangannya lagi, ma.”

“Kamu sudah fikir sedalamnya?”

Dimas menggangguk.

“Kalau begitu mama cuma mendoakan kamu bahagia…”

“Terima kasih, ma…”


***


Sementara orang tua kedua-dua belah pihak berbincang tentang majlis perkahwinan mereka, Hani dan Dimas membawa Hayria bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

“Wah, ini Kuala Lumpur? Cantik sekali!” Hayria menjerit keseronokan. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke ibu negara Malaysia. Biasanya dia hanya mendengar cerita daripada Dimas dan membacanya di internet.

“Ria itu happy go lucky kan orangnya?” Hani tersenyum melihat telatah Hayria.

“Seperti abangnya juga,” balas Dimas.

Hani mencebik memandang Dimas. Perasan! Kemudian kembali melihat Hayria.

“Han…” Dimas mencapai tangan Hani. Seraya itu Hani berpaling memandangnya.

“Kenapa?”

“Kamu tahu ada tiga impian dalam hidup aku. Pertama, aku mahu mama dan adikku hidup senang. Kedua, aku pingin jadi artis rakaman. Kedua-duanya sudah terlaksana. Maka aku harap impian ketiga aku juga bisa terlaksana. Kamu tahu impian ketiga aku?”

“Apa?”

“Aku ingin membina hidup bahagia bersama seorang wanita yang kepunyaan aku sendiri. Hanya milik aku seorang. Dan wanita itu adalah kamu. Han, kamu bisa melaksanakan impian ketiga aku ini kan?”

“Aku tak nak janji apa-apa. Biarlah masa yang menentukan,”.Hani tersenyum lalu bersandar di bahu Dimas. Dimas memeluk bahu Hani.


***


“Betul ke you nak tinggalkan dunia hiburan?” soal Syukri apabila Hani datang menemuinya pagi itu. Terkejut dirinya mendengar keputusan Hani.

“I dah fikir masak-masak,” tegas Hani. Dia sudah nekad. Dia akan meninggalkan bidang itu dan menetap di Yogyakarta bersama Dimas.

“You tak menyesal?”

“I yakin dengan keputusan I.”

Syukri melepaskan keluhan. Bertuahnya Dimas dapat memiliki perempuan yang sanggup berkorban untuknya.

“Kalau you dah cakap macam tu, I tak boleh nak cakap apa lagi. Anyway, congratulation for your wedding.”

Semoga you bahagia, Hani.

“Terima kasih. You akan datang majlis I kan?”

“Insya-Allah. Kita tetap kawan kan?”

“Mestilah. Walaupun you bukan bos I lagi, I tetap anggap you sebagai kawan. So I pergi dulu,” Hani bangkit dari kerusi.

“Ok… Bila-bila you free, jenguk-jenguklah kita orang kat sini.”

“Sure. So jumpa lagi.”

Syukri menghantar Hani dengan pandangan matanya. Di luar bilik pejabatnya, dia dapat melihat Hani dan Dimas berjalan beriringan. Mesra.

Tiada ulasan: