Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 29, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 41

“Haa… Hani, kenapa sekarang baru balik?” Puan Rohana menyambut Hani di muka pintu.

“Kenapa mak, bah?” Hani melabuhkan punggung ke sofa. Macam ada yang tak kena saja.

“Tadi ada orang datang merisik Hani,” terang Puan Rohana.

“Ha? Siapa?” Hani terkedu. Orang datang merisik aku? Takkan Dimas kut? Cepatnya! Baru semalam aku cakap dengan dia kat telefon. Tapi tak ada pulak aku cakap aku setuju.

“Mak dan abah pun tak kenal tapi orang tu kata dia kenal kamu.”

“Orang tu orang mana, ma?”

“Orang KL.”

Orang KL? Dimas bukan orang KL. Syukri? Tapi mama cakap tadi mama tak kenal orang tu. Habis siapa?Buat saspen aja ni.

“Habis, mak dan abah cakap apa kat orang tu?”

“Abah dan mak tak buat keputusan lagi. Kami nak tanya Hani dulu nak terima ke tak,” jelas Encik Mustaqim.

“Tak naklah Hani. Entah siapa-siapa.”

“Hani ada pilihan lain?” tanya Encik Mustaqim.

Perlahan Hani menggangguk.

“Siapa?” Puan Rohana mencelah.

“Mak dan abah masih ingat Dimas?”

“Dimas?” Encik Mustaqim dan Puan Rohana saling berpandangan. “Abah macam pernah dengar nama tu tapi ingat-ingat lupa. Yang mana satu?”

“Kawan Hani masih di kolej dulu. Mak dan abah pernah jumpa dia masa abah kat hospital dulu,” Hani cuba mengingatkan Dimas kepada ibu dan ayahnya.

“Abah tak ingatlah Hani tapi kalau tengok muka, mungkin abah boleh cam. Kiranya selama ni Hani masih berhubung dengan dialah?”

“Sebab tulah Hani tak boleh terima Syukri?” Puan Rohana meminta kepastian. Patutlah semua pinangan yang datang ditolaknya.

“Hani tak boleh terima Syukri sebab hati Hani tak ada pada dia, mak,” balas Hani. Mudah-mudahan ibunya mengerti.

“Dimas tu kerja apa sekarang?” tanya Puan Rohana. Lebih bagus daripada Syukri ke?

“Dia menyanyi. Dia main band.”

“Artis ke?”

“Ha’ah.”

“Kalau macam tu, mak rasa masa depan Hani lebih terjamin kalau Hani kahwin dengan Syukri.”

“Mak, kan Hani dah cakap Hani tak ada hati pada Syukri.”

“Habis yang Dimas ni? Dia serius ke dengan Hani? Kalau dia serius dengan Hani, mesti dah lama dia ajak Hani kahwin kan? Kawan lama-lama pun nak buat apa?”

“Dia ada ajak Hani kahwin tapi Hani tolak.”

“Laa… kenapa Hani tolak?”

“Masa tu Hani tengah bengang dengan dia. Tiba-tiba dia ajak Hani kahwin. Hani kan tengah marah. Mestilah Hani tolak.”

“Sebab apa Hani gaduh dengan dia?”

“Hani tak suka gosip dia dengan Misha.”

“Hani, Hani. Dah nama pun gosip. Hani tak bolehlah nak salahkan Dimas seratus peratus. Hani sendiri pun kerja dalam bidang ni kan? Jadi Hani seharusnya lebih memahami dia. Kepercayaan dan kejujuran itu sangat penting dalam menjamin hubungan yang utuh. Hani tak sepatutnya mudah goyah dengan gosip-gosip macam ni,” ujar Encik Mustaqim.

Hani diam. Tak sangka abahnya lebih memahami mainan dunia hiburan berbanding dirinya.

“Kalau Dimas serius, Hani suruhlah dia datang jumpa abah dan mak,” tambah Encik Mustaqim.

“Nanti Hani bagi tahu dia.”

Macam mana aku nak cakap dengan Dimas? Kalau dia masih marahkan aku pasal semalam macam mana? Tapi takkan aku kena terima pinangan orang yang aku tak kenal?


***


“Ada apa?” suara di hujung talian kedengaran acuh tak acuh. Mungkin masih merajuk.

“Kau tengah buat apa?”

“Tengah ngedate,” balasnya selamba.

Sengaja nak sakitkan hati akulah tu. Rileks Hani Dia main-main aja tu. Bukannya kau tak kenal dia.

“Dim, aku mintak maaf pasal semalam. Aku betul-betul tertekan pasal gosip kau dengan Misha. Aku rasa sakit hati sangat,” Hani menunggu jawapan daripada Dimas namun lelaki itu seolah-olah tidak ada perasaan mendengar kata-kata Hani.

“Udah selesai ngomongnya?”

“Dah.”

“Ya, udah. Aku sibuk ni,” Dimas mematikan talian.

“Dim!” Hani geram.

“Kamu fikir kamu saja yang pandai merajuk? Aku juga tahu. Biar kamu rasa,” Dimas tersenyum nakal.

Selalunya dia yang akan memujuk Hani tetapi kali ini dia mahu melihat macam mana Hani memujuknya pula.

Dimas kemudian berlalu ke ruang tamu. Di ruang tamu, adiknya Hayria sedang asyik melayari internet di laptopnya. Dimas melihat ke skrin laptop Hayria dari belakang tanpa disedari oleh Hayria..

“Chatting ya?”

“Ah, kakak! Kok curi baca perbualan orang,” Hayria menutup skrin laptopnya dengan kedua-dua tangannya.

“Pacar ya?”

“Enggak ah! Teman tapi mesra aja.”

“Teman tapi mesra? Huh!”

Dimas melabuhkan punggung di sofa. Remote control TV dicapai. Mujur dia tidak mempunyai undangan persembahan pada hari itu. Dapatlah dia berehat di rumah sepuas-puasnya.

“Ria, mama ke mana ya?”

“Toko bunga sama Tante Rina.”

“Elo enggak ikut?”

“Malas. Lagipun itu urusan orang tua.”

“Maksudnya?”

“Mama menemani Tante Rina beli barang-barang pernikahan buat anak perempuannya.”

“Emangnya anak Tante Rina mahu nikah? Kapan?”

“Tanggal 11. Kak, sore nanti temani gue beli sepatu ya?”

“Elo belum beli? Kelmarin kan gue udah beri uang buat beli sepatu. Kok enggak dibeli lagi?”

“Iya sih tapi elo enggak ngantarin.”

“Ah, manja banget!”

“Hehe… boleh kan?”

“Mendingan elo belajar-belajar berdikari. Soalnya kalau gue udah punya isteri, punya anak nanti gimana?”

Hayria terhenti menaip. Dia memandang abangnya.

“Emangnya elo mahu menikah dalam waktu terdekat ini?”

“Enggak tahu lagi. Baru plan plan aja,” balas Dimas.

“Siapa calonnya?” Hayria bangkit kemudian mengambil tempat di sebelah Dimas. Teruja benar dia apabila mendengar abang kesayangannya itu bakal bernikah.

“Siapa lagi? The one and only my Hani laa…”

“Emangnya elo masih jadian sama dia?”

“Iyalah. Kapan kita putus?

“Eh, tapi tadi gue lihat di internet. Katanya Hani sudah dilamar orang tapi bukan elo,” ujar Hayria.

“Canda elo!”

“Benar. Barusan tadi gue lihat. Kalau elo enggak percaya, sini!” Hayria menarik tangan Dimas ke laptopnya. Hayria mencari artikel yang dibacanya tadi sambil diperhati oleh Dimas.

“Hah, ini! Lihat!”

Hani dirisik VIP? Bagai nak terkeluar biji matanya tatkala membaca berita di internet itu. Dimas kemudian membaca keseluruhan isi kandungan artikel itu. Selesai membaca, dia memandang Hayria.

Apakah tadi Hani mahu memberitahunya tentang perkara itu? Tanpa berlengah, nombor telefon bimbit Hani segera dihubungi.

“Ayo Han, jawab!” Dimas mendail nombor itu berulang kali namun masih tiada jawapan.

Sementara itu Hani yang baru sahaja keluar dari bilik mandi terkejut apabila melihat tujuh missed calls di skrin telefon bimbitnya. Semuanya daripada Dimas. Tiba-tiba telefon itu berdering lagi lantas segera dijawab oleh Hani.

“Han!”

Hani terkejut mendengar suara cemas Dimas.

“Kenapa Dim?”

“Han, aku mohon kamu menolak pinangan itu.”

“Pinangan? Pinangan mana?”

“Kamu dilamar VIP kan? Kamu sudah menolaknya kan?”

Hani mula mengerti. Owh…rupa-rupanya dia dah tahu.

“Aku belum buat keputusan lagi samada nak tolak ke tak,” kini giliran Hani pula mengenakan Dimas.
]
“Kenapa?”

“Mak aku suruh aku terima aja pinangan tu,” bohong Hani.

“Jadi kamu terima?”

“Kau bagi aku satu sebab kenapa aku kena tolak pinangan orang tu.”

“Sebab kamu tak boleh kahwin dengan lelaki lain selain aku. Han, waktu aku ajak kamu bernikah, aku enggak main-main. Aku serius mahu bernikah dengan kamu. Kamu tolak pinangan itu ya?”

Hani tersenyum. Senang hatinya mendengar pengakuan Dimas itu. Dia tahu Dimas tidak pernah main-main dalam hal-hal sebegini.

“Kalau kau dah cakap macam tu, baiklah. Nanti aku cuba pujuk mak aku tapi aku tak jaminlah mak aku setuju ke tak dengan keputusan aku ni,” Hani masih sengaja menduga Dimas.

“Kenapa pula?”

“Mak aku tu memang dah lama nak tengok aku kahwin cepat. Dia takut tak ada orang nak kat aku.”

“Siapa bilang? Aku mahu kamu.”

“Ya ke? Macam mana dengan Misha?”

“Misha itu hanya teman. Enggak ada lebihnya.”

“Betul?”

“Betul. Swear! Han, esok aku ke sana. Kamu tunggu aku ya.”

Hah? Dimas nak datang sini? Besok? Dia ingat Jakarta dengan KL ni macam Damansara Perdana dengan Taman Tun ke?

“Kau main-main aja kan?”

“Kamu tunggu aja.”

Tiada ulasan: