Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 29, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 40

Pagi itu, Hani baru sahaja selesai menjalani penggambaran di studio ketika seorang teman sepejabatnya memberitahu ada seseorang yang sedang menunggunya di luar namun temannya itu tidak pula menyebut siapa orangnya.

Hani tertanya sendiri. Siapa pula yang sanggup datang cari aku kat pejabat ni? Peminat fanatik?

Hani menjenguk ke luar namun tiada sesiapa pun yang berada di situ. Hani berasa dipermainkan lalu dia berpaling untuk pergi.

“Han!”

Langkah Hani terhenti. Itu macam suara… Takkanlah?

Hani berpaling untuk memastikan andaiannya tidak salah. Betapa terkejutnya dia apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Nasib baik dia tidak ada sakit jantung. Kalau tidak, sudah lama dia pengsan melihat lelaki itu di situ. Lelaki itu tersenyum kepadanya.

“Kata datang sepuluh hari bulan,” Hani menatap wajah itu sepuasnya ketika dia dan lelaki itu minum di sebuah restoran berhampiran.

Lelaki itu kelihatan berlainan dari waktu terakhir mereka bertemu di Jakarta sebulan yang lepas. Rambutnya yang menutupi telinga sudah dipotong pendek dan dicacakkan ke atas persis zaman remajanya dulu.

“Aku sengaja datang awal untuk berjumpa dengan kamu kerana aku kangen banget sama kamu,” ujar lelaki itu.

“Ah, tipu!”

“Kamu tak suka aku datang?”

“Bukan tak suka tapi kau takkan turun KL kalau tak ada apa-apa kan?”

“Kamu tahu Han, sebab itulah aku sayang sangat pada kamu. Kamu tahu aja apa yang ada di fikiran aku.”

“Maknanya betullah yang tadi tu tipu?”

“Benar. Aku rindu kamu,” Dimas memegang tangan Hani. Hani menepis.

“Kau tak takut orang nampak ke? Wartawan dan jurugambar banyak tahu kat sini,” Hani sengaja menguji Dimas.

“Biar aja. Aku mahu satu dunia tahu kita pacaran,” ujar Dimas.

“Kau ingat satu dunia kenal kita ke?”

“Sekarang mungkin tidak tapi kalau muka kita berdua disiarkan dalam internet pasti mereka akan kenal siapa kita,” seloroh Dimas.

“Dim…”

“Kamu takut mereka tahu hubungan kita?”

“Bukan macam tu.”

“Lalu?”

“Aku takut kau aja yang tak selesa. Yalah, kau kan artis popular. Kau tak takut peminat kau lari ke kalau dia orang tahu kita couple?”

“Itu bukan masalahnya. Aku pasti peminat sekarang lebih berfikiran terbuka. Jika mereka meminati seseorang artis itu kerana bakatnya, persoalan ini tidak akan timbul. Lagipun ramai artis yang berkahwin masih mempunyai peminat yang ramai kan? Kalau terlalu menjaga hati peminat, alamatnya membujang sampai ke tualah artis-artis kita.”

“Kalau wartawan tanya macam mana?”

“Jawab aja yang benar.”

“Betul? Jangan nanti bila wartawan tanya, kau yang menafikannya pula.”

“Tidak ada apa yang lebih membahagiakan aku daripada bersama kamu,” Dimas menangkap tangan Hani tanpa sempat Hani mengelak. Hani cuba meleraikan pegangan tangan Dimas namun Dimas semakin kuat menggenggam.

“Macam mana kau boleh sampai sini? Brian bagi pulak kau keluar sorang-sorang?” Hani membiarkan saja Dimas memegang tangannya.

“Brian tak tahu. Aku curi keluar.”

Kalau Dimas bagi tahu dia mahu berjumpa Hani, pasti Brian tidak membenarkannya. Alasannya khuatir Dimas akan sesat padahal Dimas sudah biasa dengan Kuala Lumpur.

“Berani pulak?”

“Untuk kamu, aku sanggup.”

Tiba-tiba telefon bimbit Dimas berbunyi. Dimas menggelabah mencari telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya. Mesti kawan-kawannya sudah menyedari kehilangannya.

“Hello…”

“Dim, elo di mana?” soal suara di hujung talian.

“Aku sama Hani,” Dimas tersenyum memandang Hani.

“Kok lepak bareng Hani enggak ngajak kita?” marah suara itu.

“Sorry. Aku tak tahu kalian mahu ikut.”

“Ala…bilang aja elo mahu berdua-duaan dengan Hani.”

“Elo memang sahabat yang memahami!”

“Dim, mendingan elo pulang sekarang. Brian sudah bising tu.”

“Ya, ya. Sebentar lagi gue pulang ke sana. Ok, daa…”

“Siapa?” Tanya Hani sebaik-baik sahaja Dimas mematikan talian.

“Erwin. Sorry, Han. Aku harus pergi ni.”

“Tak apa. Aku faham.”

“Tapi aku belum puas sama kamu,” Dimas merengek manja.

“Kau datang sini kan atas urusan kerja. Lain kali kalau nak bersantai, datang bila tak ada kerja,” balas Hani. Ini tidak. Bila ada kerja baru nak datang sini.

“Idea yang bagus. Ok, nanti aku atur. Aku pergi dulu ya. Nanti malam aku telefon kamu. I love you.”

“I love you too,” balas Hani perlahan namun masih bisa didengari oleh Dimas.

Dimas tersenyum mendengar ucapan balasan Hani. Kalau dulu, Hani terlalu sukar untuk mengungkapkan kata-kata cinta kepadanya, namun kini Hani tidak lagi malu-malu bila mengucapkan kalimah keramat itu.


***


Hujung minggu itu Hani hanya bersantai di rumah. Tambahan pula, penat memanjat Arena of Star Genting Highlands semalam masih bersisa. Hani mencapai suratkhabar Bintang Popular. Seperti diduga, kandungan suratkhabar pagi itu banyak menyiarkan cerita-cerita tentang Anugerah Bintang Popular yang baru sahaja berlangsung.

Hani tersenyum sendiri melihat gambar-gambar yang dipaparkan dalam suratkhabar tabloid itu.

“Han, ini pertama kali kamu ke Genting?”

“Yalah. Kalau nak tunggu kau bawa, sampai kucing bertanduklah aku tak merasa datang sini tahu,” balas Hani.

“Aku tahu kamu tidak akan ke sini bersama orang lain kecuali aku kan?”

“Perasan!”

“Nanti bila aku punya waktu, kita datang sini lagi ya tapi cuma berdua.”

Hani tersenyum sendiri mengingati kata-kata Dimas ketika mereka bertemu di Genting Highlands semalam namun senyumnya berubah menjadi hambar apabila melihat cerita yang disiarkan di muka surat seterusnya.

Mata Hani tertumpu pada muka surat itu. Di muka surat itu terpampang wajah Dimas bersama seorang artis wanita dengan tajuk ‘Dimas Tertarik Dengan Misha’. Hani segera membaca isi ceritanya. Hatinya mula tidak senang dengan cerita itu. Suratkhabar itu direnyuk lalu dicampak ke lantai.

Peristiwa semalam menerjah fikiran Hani. Betapa sakitnya hati apabila melihat Dimas bermesra dengan Misha, seorang pendatang baru. Mungkin mereka sekadar berbual-bual kerana mereka duduk semeja. Namun Hani tidak dapat mengawal api cemburunya apabila melihat kemesraan mereka.

Perempuan mana yang tidak cemburu apabila melihat kekasihnya bermesra dengan perempuan lain di hadapan mata? Semua lelaki sama saja. Gatal!


***


“Kita kan jarang berjumpa. Bila berjumpa, kamu masam pula. Ada apa?” Dimas kurang senang melihat Hani bermasam muka dengannya. Seolah-olah dia sudah melakukan kesalahan.

“Kamu suka Misha?” tanya Hani terus-terang.

“Kamu kenapa tanya aku gitu?” Dimas hairan dengan soalan Hani. Tiba-tiba tanya tentang Misha.

“Jawab aku.”

“Suka juga. Dia tu friendly, cantik,..” niat Dimas hanya mahu mengusik Hani. Sengaja dia mahu membuat Hani cemburu namun tanpa disangka Hani naik angin.

“Kalau dah suka sangat dengan dia, pergi ajalah cari dia. Jangan cari aku lagi.”

“Kamu kenapa Han?”

“Sendiri buat sendiri tahulah.”

“Masalahnya aku sendiri tidak tahu ni. Kalau aku buat kamu marah, aku minta maaf. Ayo Han jangan begini sayang. Iya, memang aku suka Misha. Cuma suka aja. Kamu sendiri pernah bilang ke aku suka itu tak bermakna kita sayang bukan?”

Hani terkedu. Ada ke aku cakap macam tu?

“Jangan begini Han. Aku tak mahu pulang ke Jakarta dengan melihat wajah kamu yang masam. Senyum ya sayang…” Dimas memujuk.

Hani tersenyum tawar.

Tatkala itu, gosip tentang Dimas dan Misha semakin hangat diperkatakan. Hubungan Dimas dan Hani dikatakan berantakan gara-gara Misha. Yang lebih teruk lagi, timbul desas desus yang mengatakan Hani dan Misha bermasam muka dan bergaduh kerana berebutkan Dimas.

Hani berasa rimas dan lemas apabila diasak soalan wartawan tentang gosip itu.

“Aku dengan Misha bergaduh? Siapalah yang buat cerita ni? Jumpa pun jarang-jarang,” Hani merenyukkan suratkhabar Bintang Popular itu. Inilah gosip yang paling hebat melanda dirinya sejak dia terlibat dalam bidang itu.

Lebih menyakitkan hatinya apabila terdapat gosip yang mengatakan Misha ke Jakarta untuk berjumpa dengan Dimas di samping mempromosikan album pertamanya di sana. Hani semakin hilang sabar apabila Dimas dikatakan sentiasa menemani Misha selama dia di sana.

Demi mendapatkan kepastian, Hani menghubungi Dimas bagi mengetahui tentang gosip itu. Namun, perbualan mereka berakhir dengan pertengkaran.

“Han, aku enggak bisa tahan lagi kalau kita terusan begini. Tiap-tiap hari jauh. Ngomong di telefon juga pasti ada hadnya. Kita nikah aja yuk?”

Nikah? Biar betul Dimas ni?

“Dim, kau sedar tak apa yang kau cakap ni?”

“Aku tahu. Aku masih waras lagi. Kita nikah ya?”

“Macam ni ke cara kau lamar aku?”

Ada ke ajak aku kahwin pakai telefon? Tak pernah dibuat orang!

“Yang penting kan keikhlasan. Aku serius Han. Kalau kamu setuju, dalam minggu ini juga aku minta mama aku berjumpa dengan orang tua kamu.”

Hani diam.

Kok diam?

“Han… kamu masih di situ kan?”

“Ya, aku dengar.”

“Kamu setuju tak?”

“Kau serius?”

“Iya. Kamu tak mahu? Atau kamu sudah punya pilihan lain?”

“Bukan ke kau yang ada affair dengan Misha?”

“Han, please… Just say yes or no.”

“No!”

Talian dimatikan.

Tiada ulasan: