Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Ahad, Disember 28, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 39

“Hani, you ok ke? Dari tadi I tengok you macam tak bermaya aja,” Syukri bimbang melihat keadaan Hani. Ketika berbincang dengan wakil syarikat produksi TV Indonesia tadi pun, Hani hanya membisu. Tiba-tiba Syukri teringat akan lelaki yang menemui Hani semalam. “Siapa lelaki semalam tu? I macam pernah tengok dialah.”

“Itulah Dimas,” balas Hani.

“Dimas?” Syukri berkerut kemudian baru dia teringat. Owh…Dimas yang digosipkan dengan Hani tu ke? Itulah orangnya. Nampak lain dari dalam gambar. “Ada apa dia cari you semalam?”

“Tak ada apalah. Dia saja nak jumpa I untuk wish birthday. Lagipun dah lama kita orang tak jumpa,” bohong Hani.

Pandailah kau Hani padahal dia langsung tak ingat hari jadi kau! Sakitkan hati kau lagi adalah! Hani memarahi dirinya sendiri. Baru aja dia hendak melepaskan rindu menatap wajah Dimas, Dimas pula meragui cintanya. Sia-sia aja aku datang sini untuk kau!

“Syuk, I nak balik Malaysia,” ujar Hani.

Syukri tergamam.

“Kenapa tiba-tiba aja you nak balik Malaysia? Kan kita ada tiga hari lagi kat sini?”

“I rasa I tak boleh lama-lama kat sini. I nak balik hari ni juga,” tegas Hani.

“Tapi kenapa?”

“Tak payahlah you tanya kenapa.”

“Apa Dimas dah buat kat you?”

Mahu aja dia menanyakan soalan itu kepada Hani namun dia tahu dia tidak ada hak untuk campur tangan dalam urusan mereka berdua. Walaupun Hani tak bagi tahu, dia tahu sebab Hani nak balik Malaysia mesti ada kaitan dengan Dimas.

Bukan ke Hani sepatutnya gembira bertemu Dimas, teman lamanya ataupun bekas teman lelakinya? Tapi kenapa Hani kelihatan muram selepas berjumpa dengan Dimas semalam? Mesti ada sesuatu.

“Baiklah, Hani. Kalau itu yang you nak. Nanti I uruskan tiketnya.”

“Thanks Syuk kerana memahami.”

“For you, Hani… anything,” ujar Syukri di dalam hati.


***


Malam itu di bilik hotel, Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin baru sahaja pulang dari mengadakan persembahan di Hard Rock Café, Jakarta. Masing-masing kelihatan kepenatan.

“Waa, nikmatnya dapat baring,” Armand merebahkan tubuhnya ke katil. Tilam yang empuk itu seakan mengubat keletihannya.

Andin memetik suis televisyen mencari siaran yang menarik sementara Sukry sibuk bergayut di telefon. Bergayut dengan aweklah tu! Erwin dan Dimas pula menyertai Andin menonton televisyen.

“Siapa yang mahu mandi dulu ni?” soal Erwin.

“Gue capek banget,” balas Armand yang sudah hampir terlelap.

“Elo mandi aja dulu. Gue mahu nonton ni,” ujar Andin pula.

“Elo Dim?”

“Gue juga capek ni. Sebentar lagi kok,” balas Dimas.

“Eh Dim, gimana sih Hani? Elo ketemu ama dia kan semalam?” Pertanyaan Erwin mengingatkan Dimas tentang peristiwa semalam.

Betapa dia bergegas ke Hotel Sari Pan Pacific sebaik-baik sahaja dia menerima kiriman SMS daripada Hani. Kepenatan beraksi di konsert selama tiga jam seakan hilang apabila dia mengetahui Hani berada di Jakarta. Dia sanggup meredah gelap malam semata-mata mahu berjumpa Hani dan mengucapkan selamat ulangtahun.

Sememangnya dia tidak pernah melupakan segalanya yang berkaitan dengan Hani. Semuanya tersimpan kemas dalam kotak ingatannya. Namun, hatinya bagaikan dipijak apabila melihat Hani bersama Syukri pada waktu itu. Dan yang lebih menyakitkan hatinya adalah kad yang tertera ucapan ‘I love you’ itu. Tanpa disedari, dia telah menghamburkan kata-kata yang menghiris hati gadis itu. Dimas merenung telefon bimbit di tangannya.

Apakah aku harus menelefon Hani dan mengucapkan maaf? Pasti Hani terluka dengan kata-kata aku semalam tapi bukan ke dia ada Syukri di sampingnya? Tapi macam mana kalau Syukri yang mahu memikat Hani?


***


“Hani, cepatnya Hani balik? Bukan Hani kata nak pergi seminggu?” Hani baru sahaja tiba di rumah apabila ibunya menyapanya.

“Tak jadilah mak. Hani banyak kerja kat pejabat tu,” Hani memberi alasan.

“Hani sorang aja ke? Syukri mana? Dia tak hantar Hani?” Puan Rohana menjenguk ke luar. Mungkin Syukri ada di luar.

“Hani balik sorang aja. Syukri still ada kat Jakarta,” balas Hani. Mak ni tak boleh ke kalau tak tanya pasal Syukri?

“Laa…kenapa pulak macam tu? Hani gaduh dengan Syukri ke?”

“Tak adalah mak. Kan Hani dah kata tadi, Hani banyak kerja kat pejabat sebab tu Hani balik dulu.”

“Betul ke ni?”

“Betullah. Kenapa pulak Hani nak tipu mak? Kalau mak tak percaya, mak telefonlah Syukri.”

“Yalah, mak percaya.”

“Hani masuk dululah, mak.”

“Yalah. Oh ya, Hani. Ada bungkusan dari Jakarta untuk Hani. Mak dah letak atas meja kat bilik Hani.”

“Bungkusan dari Jakarta? Bila sampai?”

“Sehari sebelum Hani berlepas ke Jakarta. Lagi satu Hani, mak bukanlah nak campur urusan Hani tapi mak tak nak Hani susah nanti.”

“Kenapa mak?”

“Kenapa bil telefon Hani tinggi sangat? Dah tu kerap pula telefon ke Indonesia. Ada siapa kat sana tu?”

“Kawan Hani, mak. Kawan Hani tinggal kat sana.”

“Dah tahu kawan tu duduk jauh, kenapa tak SMS aja? Emel ke?”

“Mana sama mak. Cakap kat telefon lebih syok, mak. Boleh dengar suara.”

“Apa yang syok sangat tu? Kawan Hani tu lelaki ya?”

“Mak ni banyak tanyalah. Hani masuk dululah, mak,” Hani sengaja mengelak daripada soalan itu. Belum masanya ibunya tahu tentang Dimas.

Setibanya di bilik, Hani merebahkan diri ke katil. Melepaskan kepenatan. Baru saja dia hendak melelapkan mata, telefon bimbitnya berbunyi.

Siapa pulalah yang telefon ni? Jangan-jangan Dimas? Ah, biar lantak dia!

Di mulutnya mengucapkan benci namun di hatinya masih tersemat rasa sayang yang menebal. Hani bangkit lalu mencapai begnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dengan rasa malas, dia menjawab panggilan itu.

“Hello… Dah, I baru sampai rumah. Ok. Bye!”

Ingatkan Dimas rupanya Syukri. Mana Dimas ni? Dah hampir satu hari masa berjalan, langsung tak ada rasa bersalah nak mintak maaf ke? Ataupun dia sengaja cari alasan nak putuskan hubungan dengan aku sebab dia dah ada cewek lain kat Indonesia tu?

Tiba-tiba Hani teringat bungkusan dari Jakarta yang dikatakan ibunya tadi. Hani melihat ke mejanya yang terletak di hadapan katil. Terdapat satu bungkusan kecil di atasnya. Hani mencapai bungkusan itu lalu membuka sampulnya. Hani tersenyum melihat isi di dalamnya. Sekeping cakera padat lagu dan sekeping kad ucapan selamat hari jadi. Hani membaca tulisan di kad itu.

Honeyku, Hani…
Selamat ulangtahun sayang…
Sorry… hadiahnya bukan seutas rantai emas ataupun sebentuk cincin berlian seperti yang kamu harapkan. Aku hadiahkan CD ini buat kamu agar kamu bisa mendengarkan suaraku bila kamu merindukan aku. Aku janji nanti bila aku sudah punya uang yang banyak, aku akan belikan hadiah yang lebih bagus buat kamu. Aku sayang kamu selamanya!

Yang selalu mencintaimu,
Dimas Kresno Putro


Hani terharu membaca tulisan itu. Rupanya dia masih ingat hari jadi aku. Jangan-jangan dia sengaja datang jumpa aku malam tu untuk ucap selamat hari jadi pada aku?

Pantas saja tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas katil selepas menjawab panggilan telefon Syukri tadi lantas menekan-nekan keypadnya kemudian menekan butang send.

Tak sampai beberapa saat SMS itu dihantar, telefon bimbitnya berbunyi. Hani melihat nama si pemanggil lalu segera menjawabnya. Rasa marahnya terhadap si pemanggil itu semalam seolah-olah hilang serta merta.

“Selamat ulangtahun, sayang…” suara lembut itu menerjah ke gegendang telinga Hani sebaik-baik sahaja talian disambungkan.

“Dah terlambat,” Hani sebak mendengar suara itu.

“Tapi hari ni masih hari ulangtahun kamu kan? Belum pukul dua belas lagi. Han, aku mintak maaf tentang perkara semalam. Aku tahu aku salah. Aku tidak bermaksud mahu menyakiti hati kamu. Tapi aku waktu tu enggak tahu harus gimana. Aku cemburu banget. Hani sayang, maafin aku ya,” Dimas benar-benar rasa bersalah. Tak sepatutnya dia menyakiti hati orang yang disayanginya.

Sewaktu Hani mengirim SMS kepadanya tadi, dia memang sedang memegang telefon bimbitnya untuk menelefon Hani. Sebab itulah sebaik-baik sahaja dia membaca kiriman SMS itu, dia terus menelefon Hani.

“Ya, udah dimaafin!” Hani mengajuk dialog Cinta lakonan Dian Sastro dalam filem Ada Apa Dengan Cinta yang mana waktu itu Rangga lakonan Nicholas Saputra bertemu dengan Cinta sewaktu perlawanan bola keranjang bagi memohon maaf.

“Thanks, sayang. Tapi Han, tadi kamu mengucapkan terima kasih atas hadiah ulangtahunnya? Bukankah hadiah itu aku kirim ke Kuala Lumpur? Jadi, macam mana kamu boleh dapat hadiah tu sedangkan kamu di Jakarta kan sekarang?”

“Semalam memang aku kat Jakarta tapi sekarang aku kat KL.”

“Kamu bercanda kan?”

“Serius, aku kat KL. Buktinya kan aku dapat hadiah kau ni.”

“Kamu sudah pulang? Kok awal banget? Kenapa enggak kasi tahu aku?”

“Kenapa pula aku nak bagi tahu kau? Sebab kaulah aku balik Malaysia. Yalah, orang dah tak sudi buat apa lagi aku tunggu kan?” Hani masih berjauh hati apabila mengenangkan peristiwa semalam.

“Maafkan aku, Han…” Dimas cuba memadamkan kepedihan di hati gadis itu walaupun dia tahu perkara itu adalah mustahil. Terlanjak perahu boleh diundur, terlanjak kata selamanya akan berbekas di hati. Kalaulah Hani berada di hadapannya waktu itu, mahu sahaja dia memeluk gadis itu agar dapat meredakan kepedihan di hatinya.

“Han, bulan depan aku akan ke Malaysia lagi,” Dimas mengalih topik. Dia tidak mahu peristiwa semalam mengeruhkan hubungan mereka.

“Untuk apa?”

“Kok kamu enggak suka aku ke sana?”

“Tak adalah. Tapi kau kan datang sini selalu sebab kerja.”

“Ya, tapi kali ni lebih lama.”

“Berapa lama?”

“Dua minggu.”

“Dua minggu aja? Ingatkan dua bulan.”

“Dua minggu itu kan lebih lama dari biasanya. Kita ke sana untuk konsert tiga bandar. Tapi sebelum tu kita dijemput untuk perform di ABP apa Anugerah Bintang Popular?” Dimas cuba mengingati nama acara yang disebut oleh Brian kelmarin.

Kata Brian, acara itu adalah salah satu acara anugerah yang berprestij di Malaysia dan bukan selalu artis Indonesia diundang mengadakan persembahan pada anugerah itu. Justeru, mereka sangat berbesar hati menerima undangan itu.

“Yang tu aku tahu. Dim, aku tak boleh cakap lama ni. Mak aku dah tahu aku selalu telefon Indonesia.”

“Biar aja mak kamu tahu. Lagipun bukan ke aku yang menelefon kamu?”

“Dim…”

“Ya, aku ngerti. Kita jumpa nanti ya. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam,” Hani mematikan talian kemudian merenung cakera padat hadiah daripada Dimas.

Apalah Dimas ni. Kalau aku suka, mestilah aku dah beli CDnya. Setiap hari pun aku rindukan kau.

Hani meletakkan cakera padat itu di tepi radio. Di tepi radio itu juga terdapat sekeping cakera padat yang sama dengan cakera padat yang dihadiahkan oleh Dimas. Setiap malam, Hani tidur bertemankan lagu-lagu dari cakera padat itu.

Tiada ulasan: