Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Ahad, Disember 28, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 38

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Kini sudah lebih dua bulan Dimas pulang ke Indonesia. Sepanjang waktu itu, Dimas, Erwin, Sukry, Armand dan Andin sibuk dengan jadual promosi album baru mereka di seluruh kota Indonesia. Memenuhi undangan konsert, sesi bertemu peminat, fotografi untuk majalah, program temubual di TV dan macam-macam lagi.

Hani juga turut sibuk dengan tugasnya sebagai pengacara TV. Jika tidak bersiaran langsung, Hani akan melakukan sedikit homework tentang artis yang bakal ditemubual di samping memenuhi beberapa undangan fotografi untuk majalah dan suratkhabar. Namanya semakin hari semakin meniti di bibir peminat. Hani kini mula menyesuaikan diri dengan kehidupannya sebagai seorang personaliti TV.

Selepas mandi, Hani mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Hani melihat telefon bimbitnya di meja. Tiada sebarang mesej ataupun missed call. Hani kecewa. Patut ke aku telefon dia? Hani berkira-kira. Tak semestinya lelaki yang kena telefon dulu kan?

Hani kemudian mencapai telefon bimbit itu lalu mendail nombor telefon Dimas namun hanya suara mesin yang menjawab panggilannya. Hani meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja. Hampa. Sibuk sangat ke dia?


***


“Minggu depan I akan ke Jakarta untuk membincangkan projek usahasama kita dengan pihak di sana. I nak you temankan I,” ujar Syukri apabila Hani masuk ke biliknya pada petang itu.

“Tapi kenapa pula I? I kan cuma pengacara aja?” Hani hairan apabila Syukri memintanya menemaninya ke Jakarta atas urusan kerja sedangkan kehadirannya tidak diperlukan dalam perbincangan usahasama itu. Adakah dia sengaja ajak aku?

“Sebab I nak you temankan I,” ujar Syukri berterus-terang. Ada kalanya dia berasa geram apabila Hani sengaja buat-buat tidak faham tentang perasaannya. “So macam mana?”

“Jakarta?” Hani diam sejenak. Boleh juga. Kat sana aku boleh jumpa Dimas. Bolehlah aku buat surprise kat dia. Mesti dia terperanjat bila jumpa aku.

“Hani…”

Hani tersentak.

“Macam mana? You nak ikut I?”

“Boleh juga. Berapa hari?”

“Mungkin tiga hingga tujuh hari,” hati Syukri berbunga riang apabila Hani sudi mengikutnya ke Jakarta. Dapatlah dia berdua-duaan dengan Hani di sana nanti. Syukri mula menjana idea untuk dia dan Hani di sana nanti.

Namun tanpa pengetahuan Syukri, Hani juga sedang merencana sesuatu. Sejak mendapat pelawaan Syukri itu, bibir Hani tidak berhenti mengukir senyuman. Hani tidak sabar menanti hari itu. Sudah hampir tiga bulan dia dan Dimas tidak berjumpa. Rindu di hatinya sudah tidak tertahan. Inikah dugaan percintaan jarak jauh?


***


Hani membuka pintu bilik itu. Beg pakaiannya diletak di sisi katil kemudian melangkah ke tingkap. Hani membuka tirai dan mengamati pemandangan di luar.

Tiba-tiba dia teringatkan Dimas lalu melangkah ke katil dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg lantas mendail nombor telefon Dimas.

Senyuman yang terukir di bibirnya menjadi hambar apabila panggilannya dijawab oleh suara mesin.

“Mana ni?” marah Hani lalu dicubanya sekali lagi. Selepas beberapa kali panggilannya tidak berjawab, akhirnya Hani hanya meninggalkan pesanan di mesin suara itu.

“Hello, Dim. Aku dah sampai di Jakarta. Sekarang aku menginap di Hotel Sari Pan Pacific. K, see you.”

Pada mulanya Hani ingin merahsiakan kunjungannya ke Jakarta kerana mahu membuat kejutan kepada Dimas namun apabila panggilan telefonnya sering tidak berjawab dan kiriman SMSnya asyik pending, Hani menukar rancangan asalnya.

Dia sengaja memberitahu Dimas lokasi hotel penginapannya agar Dimas dapat menemuinya di situ apabila dia menerima kiriman SMS itu.

Tapi kalau dia tak ada kat Jakarta macam mana?

Sedang Hani mengelamun mengingati kekasihnya itu, telefon bimbitnya berbunyi. Sangkanya Dimas namun hampa apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit biru itu. Dengan terpaksa dia menjawab panggilan itu.

“Dah siap?”

“Siap ke mana?” Hani terpinga-pinga.

“Laa…kan tadi I dah bagi tahu you. I nak ajak you pergi makan malam.”

“Oh ya ke? Sorry, I lupa. I siap sekarang k?”

“Ok, I tunggu you kat lobi ya.”

“Setengah jam lagi I turun.”

“Tak apa. Take your time. I boleh tunggu.”

“Sekejap ya, Syuk.”

Macam mana aku boleh lupa ni? Ni semua kau punya pasallah Dim. Ish!

Hani bangkit melangkah ke bilik mandi untuk bersiap. Dia tidak mahu Syukri menunggunya lama kerana dia sendiri tidak suka menunggu.


***


Malam itu, Syukri membawa Hani makan malam di sebuah restoran terkenal di Jakarta. Dia mahu Hani mendapat layanan yang istimewa apabila bersamanya.

“Syukri, kenapa you bawa I makan kat tempat macam ni?” Hani terpegun melihat suasana mewah restoran itu.

“You tak suka ke?”

“I kurang selesa kat sini. Kenapa tak makan kat gerai aja ke?”

“Hari ini kan hari istimewa. Takkan nak makan kat gerai aja?”

“Hari istimewa? Apa yang istimewa?”

“You tunggu kejap ya.”

“You nak pergi mana?”

“I tertinggal barang dalam kereta. You tunggu kejap ya,” Syukri berlalu ke kereta tanpa sempat Hani bertanya lanjut.

Hani berasa janggal dengan suasana itu. Dalam hati, dia memarahi Syukri kerana tidak memberitahunya tentang tempat makan mereka.

Syukri ni bukannya nak bagi tahu nak ajak aku makan kat restoran mewah ni. Kalau tak, bolehlah aku pakai baju yang elok sikit.

Hani melihat penampilannya yang hanya berblaus labuh dan berseluar jeans.

Sementara itu, di tempat letak kereta, Syukri mengeluarkan sejambak bunga mawar yang diletak di tempat duduk belakang kereta agar tidak dilihat oleh Hani. Syukri tersenyum sendiri melihat bunga itu.

Adakah Hani akan menerima aku pada malam itu? Kalau dia menolak lagi seperti dulu? Ah, kalau dia tolak lagi aku tetap takkan berputus asa untuk memiliki hatinya.

Di restoran, Hani termenung di meja menunggu Syukri. Tiba-tiba sejambak bunga mawar terpacul di hadapan matanya. Hani terkejut lalu berpaling. Syukri tersenyum sambil memegang jambangan mawar itu.

“Selamat hari jadi, Hani,” ucap Syukri.

Hani menyambut jambangan mawar itu dari tangan Syukri walaupun dirinya masih dalam keadaan terkejut.

“Thanks tapi kan ada beberapa jam lagi,” Hani melirik jam di tangannya. Baru pukul sepuluh malam. Birthday aku kan esok.

“I tahu tapi I nak jadi orang pertama yang wish kat you,” balas Syukri.

“Thanks, Syuk,” Hani berasa terharu kerana Syukri mengingati hari lahirnya.

Adakah Dimas masih ingat birthday aku? Jangan-jangan dia ada surprise untuk aku dan sengaja buat-buat lupa? Adakah dia telah merancang sesuatu yang istimewa untuk aku? Candle light dinner?

“You nak makan apa?” Pertanyaan Syukri mematikan anganan Hani.

Hani seakan tersedar bahawa di hadapannya kini adalah Syukri, bukan Dimas.

“Apa ajalah,” Hani.menyerahkan kepada Syukri kerana sememangnya dia tidak tahu nak makan apa. Tambahan pula di tempat asing begitu.

Sementara Syukri membuat pesanan makanan, mata Hani sempat menjeling telefon bimbit di dalam beg tangannya. Sekali lagi dia dihambat rasa kecewa apabila telefon bimbitnya tidak mencatatkan sebarang missed call ataupun message.

“Hani, actually I ada something nak cakap dengan you,” Syukri memandang tepat ke anak mata Hani.

“Apa dia?” Hani berlagak biasa walaupun dia seolah-olah dapat mengagak apa yang akan diperkatakan oleh Syukri.

Mungkin sudah tiba masanya aku berterus-terang dengan Syukri pasal Dimas supaya dia tak terus mengharap pada aku.

“Will you marry me?”

Macam nak terkeluar anak mata Hani mendengar pertanyaan Syukri itu. Adakah aku salah dengar ataupun aku masih bermimpi?


***


“Han!”

Langkah Hani dan Syukri terhenti. Hani terkejut melihat lelaki itu namun dia gembira. Rindunya sedikit terubat menatap wajah itu.

Macam familiar aja mamat ni. Siapa ya? Fikir Syukri.

“Kawan you? I naik dululah,” Syukri meminta diri. Dia tidak mahu mengganggu. Mungkin ada perkara penting antara mereka memandangkan lelaki itu sanggup datang mencari Hani pada waktu tengah malam begini.

“Ok. Thanks again, Syuk,” ujar Hani sebelum Syukri berlalu.

Lelaki tadi menghampiri Hani.

“Siapa tu?” tanyanya.

“Syukri,” balas Hani.

“Aku enggak mahu tahu namanya. Aku cuma mahu tahu siapa dia dengan kamu?” ujarnya keras. Ada nada cemburu di dalamnya.

“Syukri tu bos akulah.”

Dimas melihat bunga di tangan Hani.

“Kok bos sampai kasi bunga?”

“Bunga ajalah. Tak ada apa-apa maksud.”

“Kamu fikir aku enggak tahu membaca? Enggak tahu Bahasa Inggeris? Kok sampai I love you segala?” Dimas mula panas apabila membaca ayat itu pada kad di jambangan mawar di tangan Hani.

Adakah lelaki itu sedang memikat Hani ataupun mereka berdua sememangnya suka sama suka?

“I love you apa?” Hani masih tidak mengerti.

“Itu di kadnya tulis.”

“Kad?” Hani mula menyedari ada kad kecil di celah jambangan mawar itu lantas membaca tulisan yang tertulis pada kad di jambangan mawar itu. Macam mana aku boleh tak perasan? Hani memandang Dimas. “Dim, terus-terang aku tak tahu.”

“Masa kan kamu enggak tahu? Di kad itu terang-terang sudah jelas. Kamu ini gimana sih Han? Kamu bilang kamu ke sini atas urusan kerja. Tapi dalam diam kamu ngedate sama laki-laki lain? Han, kamu jangan fikir kamu cantik, pengacara popular, kamu bisa mainin perasaan orang sesuka hati kamu. Aku juga punya maruah,” Dimas mula hilang pertimbangan.

“Dim! Sampai hati kau cakap aku macam tu? Selama ini aku diam bila kau digosipkan dengan perempuan lain. Aku diamkan saja sebab aku percayakan kau. Kau ingat aku tak rasa apa-apa ke? Hati aku pun sakit. Tapi kau senang-senang cakap aku curang dengan lelaki lain? Mungkin aku salah buat pilihan!” dengan rasa marah, Hani meninggalkan Dimas.

Hatinya terasa pedih apabila mendengar tuduhan Dimas tadi. Dia mengharapkan sesuatu yang indah pada hari jadinya namun ini yang dia dapat sebagai hadiah hari jadinya.

Mungkin benar dia sudah membuat pilihan yang salah. Kenapa dia sanggup menghampakan harapan Syukri yang baik hati itu dan memilih Dimas yang baran dan kuat cemburu tu?

Hani menyembamkan mukanya ke bantal sebaik-baik sahaja kakinya menapak di biliknya. Dia menangis semahu-mahunya.

Tiada ulasan: